•|Prolog|•

13 3 0
                                        

"Kadang-kadang, permulaan yang paling hening membawa perubahan paling besar."

Inilah kali pertama mereka bertemu — di malam yang sepatutnya menjadi malam paling bahagia dalam hidup dua insan. Namun bagi mereka, ia hanyalah sebuah aturan yang dipersetujui tanpa hati.

Di balai besar yang diterangi lampu-lampu kuning redup, Tsuki Hikari berdiri kaku di sisi keluarganya. Dia dibesarkan dalam dakapan kasih sayang yang melimpah, dan diajar bahawa kehendak keluarga sentiasa menjadi keutamaan. Jika inilah jalan membahagiakan mereka, dia akan melaluinya... walau hatinya belum pernah mengenali lelaki di hadapannya.

Beberapa langkah daripadanya, Gen Zikushi berdiri dengan wajah yang tidak menunjukkan sebarang perasaan. Luka lamanya masih bersisa — dikhianati kekasih dan sahabat sendiri, sehingga kepercayaan dalam hati itu seakan mati. Perkahwinan ini bagi Gen bukan tentang cinta; ia hanyalah sebuah persetujuan untuk mengekalkan keamanan antara dua keluarga besar.

Mata mereka bertemu untuk pertama kali. Sunyi. Dingin. Tiada gurau, tiada senyuman.

"Jangan kau fikir yang aku akan melindungi engkau,  sepertimana yang kau sangka." bisik Gen rendah, sekadar memastikan dia tidak memberi harapan yang dia sendiri tak mampu tunaikan.

Tsuki mengangguk perlahan, walaupun dada terasa berat. "Saya tak berharap apa-apa dari awak," jawabnya lembut, penuh sopan seperti yang dia diajar sejak kecil.

Di luar, angin malam membawa bunyi loceng kuil berkumandang perlahan—seakan memberitahu bahawa dua jiwa yang tidak pernah meminta takdir ini... kini terikat dalam satu janji.

Dan tanpa mereka sedari, malam inilah permulaan sebuah kisah yang bakal mengubah hidup kedua-duanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Ghost BrideWhere stories live. Discover now