bab 1

97 64 9
                                        

Happy reading.

Hari-hariku berjalan seperti biasa. Kelas. Rehat. Kelas lagi. Balik. Ulang.

Tak ada apa yang istimewa. Tapi dalam setiap hari yang biasa-biasa ni, ada satu perkara yang sering buat aku tertunggu-tunggu iaitu mesej dari seseorang yang aku jarang berjumpa, tapi aku dah hafal setiap bait suaranya dalam kepala.

Dia sekolah lain. Daerah pun lain. Tapi entah macam mana, sejak kami mula kenal dua tahun lepas, hubungan ni jadi sebahagian daripada hari-hariku.

Kami tak selalu bermesej, sebab kami tak ada masa untuk itu. Tapi bila ada masa. Bila malam tiba... bila semuanya dah tenang, mesej dia akan masuk.

Az: "Hari ni okay?"

Dan aku akan senyum, macam orang gila sorang-sorang.

Ifah: "Letih. Tapi okay je. Kau?"

Kadang dia balas. Kadang dia tidur awal. Tapi aku dah biasa. Sebab aku tahu... bila dia betul-betul rindu, dia akan call. Suara dia selalu tenang, walaupun dia sendiri penat dengan kehidupan selepas sekolah.

Malam itu, aku baring atas katil sambil pegang telefon.

Lampu bilik dah tertutup. Angin kipas perlahan-perlahan menampar muka. Aku tak ada apa-apa nak cerita sangat malam ni. Aku hanya tunggu mesej daripada dia.

Tiba-tiba skrin menyala.

Az: "Boleh call sekejap?"

Aku cepat-cepat tekan 'ya'.

Bunyi deringan hanya dua kali sebelum suara itu menjawab.

"Hello?" Suara dia serak sikit malam ni. Penat agaknya.

"Kau okay ke?" tanyaku perlahan.

"Letih sikit. balik dari sekolah tadi terus kerja. Tapi tak apalah... sekarang dah okay."

"Untuk aku?"

Dia diam sekejap. Kemudian aku dengar dia ketawa kecil.

"Untuk kau."

Aku senyum sendiri dalam gelap. Kadang aku tak tahu perasaan ni betul ke tak.

"Kau memang tak penat ke mesej aku setiap malam?"

Dia menjawab "Letih tu ada. Tapi kau buat letih aku hilang."

Sebelum dia letak telefon, dia sempat cakap

"Ifah."

"Hm?"

"Terima kasih sebab ada."

Dan aku jawab,

"Aku pun."

Tanpa perlu lafaz suka atau rindu, kami saling tahu.

Rutin ini mungkin nampak kecil bagi orang lain.

Tapi bagi aku... dan dia...

Inilah bahagian yang paling besar dalam hari-hari kami.

Daripada pelik, kami jadi biasa. Daripada biasa, kami jadi terbiasa.

Pernah sekali, waktu aku stress sebab peperiksaan, dia hantar nota suara.
Tak terlalu panjang, tapi cukup buat aku rasa terharu.

"Kalau kau rasa susah, ingat... aku ada."

Itu saja. Tapi malam tu aku tidur dengan senyuman dan air mata yang bersatu atas bantal. Macam orang gila, kan?
Tapi begitulah aku bila dengan dia.

Kawan-kawan aku tak ramai yang tahu. Keluarga aku pun tak ada siapa yang tahu. Bagi mereka, aku cuma Ifah yang rajin belajar dan selalu termenung waktu petang. Tapi dalam hati aku, ada satu ruang kecil yang penuh dengan bayangan seseorang.

Dan ruang tu, aku jaga elok-elok.
Sebab aku tak pasti... sampai bila dia akan ada dalam hidup aku.

Aku duduk diam depan laptop, jari jemari aku bergetar semasa menaip email untuk dia. Aku tak nak dia terkejut dengan kehilangan aku nanti.

email itu aku taip perlahan-lahan.
Ayat terakhir... aku taip dengan hati yang berat.

"Aku tahu mungkin kau sibuk... Tapi kalau boleh, aku harap kita dapat jumpa... untuk kali terakhir. Sebelum aku pergi."

Hari ini sepatutnya hari biasa.
Tapi semuanya terasa sunyi.

Langit mendung sejak pagi, seolah ikut rasa dalam hati aku yang sama kelabu. Pagi tadi aku bangun lebih awal dari biasa. Dapur masih gelap, rumah masih senyap cuma bunyi kipas siling dan suara radio ayah dari bilik sebelah.

Mama sibuk dengan kemas barang, abah ulang-ulang semak tiket kapal terbang. Tapi aku... cuma duduk di sisi tingkap dan merenung lama pokok bunga yang ditanam mama. Terkadang ada juga aku fikir.

fikir satu tempat yang aku nak pergi. Tempat yang aku dan dia pernah duduk sama-sama, senyap, walaupun tanpa banyak bercakap. Cuma tengok pandangan pantai,  dengar suara masing-masing. Dan hari ini, aku ke situ.

Tempat menunggu disitu sunyi. Sesunyi hati aku sekarang ini. Kedengaran bunyi ombak yang menghentam pasir. Hujan rintik-rintik turun secara perlahan-lahan, tapi tak cukup kuat untuk menghalau aku dari situ. Aku terus berjalan dan duduk di atas pasir.

Aku buka telefon.

Tak ada mesej. Tak ada panggilan.
Tak ada balasan dari email aku.

Jam makin bergerak. Dari pukul empat sampai hampir maghrib.
Perlahan-lahan, harapan dalam hati aku makin pudar. Macam langit yang makin gelap.

Az tak datang.

Waktu aku balik ke rumah, kaki aku mula terasa berat. Waktu nak tutup pintu rumah aku terserempak dengan mama. Mama tanya aku ke mana. Aku cuma senyum dan jawab, "Pergi jalan-jalan kejap."

Malam tu, aku kemas barang.
Aku lipat baju yang Az pernah puji warna dia cantik. Aku simpan kertas conteng yang ada tulisan nama dia kecil-kecil.

Malam tu juga... aku tengok semula gambar terakhir yang aku ambil diam-diam masa dia datang bertandang ke rumah sepupu aku.
Itulah kali terakhir aku nampak dia.

Senyuman dia. Pandangan dia.
Dan sekarang... semuanya tinggal dalam kepala.

Malam makin larut. Esok aku akan pergi.
Tapi aku tetap menunggu si dia yang tak pasti.

Tunggu kalau-kalau ada satu mesej terakhir. Tapi sampai mata aku tertutup, telefon tu tetap diam.

























Selamat datang ke rasa hati. Saya RunaivElle.

Sin van hart [OG]Stories to obsess over. Discover now