Model terkenal, Freen Sarocha Chankimha, tidak mahu lakukan apa-apa lagi selepas hubungan cintanya selama empat tahun bersama model Charlotte Austin berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan.
Sahabat baiknya, Nam Ratchanon, memaksanya untuk hadir...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sepanjang malam, Freen tidak berganjak dari bar itu. Dia tidak merasa mahu menari walaupun itu bukan sepenuhnya benar. Ada seseorang yang dia ingin menari bersamanya tetapi orang itu kini terlalu sibuk menari dengan Engfa.
Freen dapat melihat bagaimana Engfa terus menghulurkan banyak alkohol kepada Becky dan dia sendiri pelik apabila Becky masih boleh berdiri selepas melihat semua benda yang diteguk masuk dalam tekaknya. Freen agak terkejut apabila dia melihat Becky berjalan ke arahnya dengan senyuman lebar di wajahnya.
"Kenapa duduk je kat sini? Sepatutnya kau menari dengan aku kat sana." kata Becky dan Freen tidak berkata apa-apa seketika, dia hanya melihat pergerakan perlahan Becky. "Jomlah." kata Becky dan dia menarik tangan Freen sambil dia perlahan-lahan mengundur ke belakang, sudah menggerakkan badannya mengikut irama muzik sambil menatap dengan gaya yang menggoda ke arah Freen.
Dia langsung tak menyedari ada orang dibelakangnya yang sedang membawa dulang air dan kalau tak kerana Freen menariknya ke depan, pasti sudah terlanggar dan tumpahkan semua minuman itu. Tetapi dia tak sempat melanggar kerana Freen sempat menarik Becky rapat ke tubuhnya sendiri. Becky terlalu mabuk untuk menyedari mengapa Freen menariknya lebih rapat dan dia mula menari perlahan.
"Bukan lagu yang sesuai pun untuk slow dance, tapi okaylah, Freen." kata Becky sambil dia merehatkan kepalanya ke bahu Freen. Freen perasan tangannya yang masih menggenggam tangan Becky, tersepit antara badan mereka. Tangan Becky pula terletak dibelakang pinggangnya dan tempat itu semakin lama semakin rasa panas. Freen tidak berkata apa-apa atau menghentikannya kerana dia terlalu menyukai perasaan ini.
Rangkulan sepasang tangan di tubuh mereka membuat mereka terhenti. Darah Freen mula mendidih apabila dia menyedari Engfa yang mengganggu mereka.
"Apa kata kita buat round shots sikit? Everyone has set everything up already." Kata Engfa dan Becky dengan gembira bersetuju.
"Tak payahlah, aku rasa dia dah cukup dah malam ni." Balas Freen sambil memegang Becky. Becky kelihatan keliru memandang Freen tetapi Freen terlalu fokus kepada Engfa untuk menjawab pandangan Becky.
"Becky tu bukannya budak-budak. Dia boleh buat keputusan sendiri, kan? Ujar Engfa dengan sedikit angkuh dan ia membuat darah Freen semakin mendidih.
Dia menoleh lebih ke arah Engfa sebelum bercakap, "Kalau kau tak paksa dia telan semua alkohol tu tadi, memanglah dia boleh buat keputusan sendiri."
"Apa masalah kau dengan aku?" tanya Engfa dan Freen cuma mengetap rahang sahaja semasa Engfa semakin mendekat. "Kau cemburu pasal deal yang aku dapat dari photoshoot kau tu ke?" dia bertanya sambil tersenyum sinis, senyuman yang Freen terpaksa menahan diri daripada menampar muka Engfa.
Sebelum salah seorang daripada mereka sempat berkata apa-apa, Becky sudah berjalan ke arah yang lain. Freen menyedari riak sombong di wajah Engfa tetapi memutuskan untuk mengabaikannya dan mengejar Becky yang sudah menaiki tangga.