🖤ONE DAY : Chapter 1🖤

18 2 0
                                        

⚠️ AMARAN ⚠️
Cerita ini mengandungi kata-kata kasar, unsur kekerasan emosi, dan tema kehidupan yang berat.
Tidak sesuai untuk semua pembaca
Sila baca dengan fikiran terbuka dan bijak menilai.
Terima kasih.

🖤

Sepasang mata yang indah itu tampak begitu berkecamuk

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Sepasang mata yang indah itu tampak begitu berkecamuk. Netra berwarna hazel itu tidak lagi memancarkan cahaya ceria. Air mata yang bergenang di kelopak matanya bukan sekadar menutup pandangan, malah seolah-olah bersuara memberitahu dunia bahawa pemiliknya sedang terluka parah, walau tanpa sepatah kata pun.

Kemerahan dan sembab di matanya menjadi saksi bisu bahawa tangisan itu telah berlarutan sekian lama. Bibirnya yang penuh dan mengilap, dibasahi oleh sisa air mata dan kesedihannya menambah lagi kesan dirinya yang tertekan dan tertindas.

🖤

flashback.

Bunyi pinggan yang pecah bergema di ruang dapur sempit itu. Elvana tersentak, tubuhnya menggigil kecil sambil memandang ke arah ibunya yang sedang berdiri dengan tangan di pinggang, nafas turun naik menahan marah.

"Dah berapa kali aku cakap?!" jerit wanita itu, matanya membulat, penuh amarah yang tak pernah benar-benar padam. "Kau ni memang degil! Bodoh! Tak faham bahasa ke?! Semua kerja aku suruh, tak pernahnya kau buat elok!"

Elvana menunduk, bibirnya terketar-ketar menahan air mata yang mula bertakung di kelopak mata. Tapi dia sudah biasa kata-kata itu bukan pertama kali singgah ke telinganya. 'Bodoh'. Perkataan itu sudah terlalu kerap dilemparkan, sampai dia sendiri mula tertanya-tanya... mungkin benar dia begitu di mata ibunya.

"Duduk rumah makan tidur je! Menyusahkan!" sambung ibunya lagi sebelum berlalu, meninggalkan Elvana berdiri kaku di dapur yang kini seolah membeku bersama luka dalam hatinya

Tanpa sepatah kata, Elvana berpaling dan melangkah laju ke biliknya. Langkahnya tidak gagah, tapi cukup untuk menjauh dari suara yang terus menghantui. Pintu kayu usang itu ditutup perlahan, nyaris tanpa bunyi kerana dia tahu, lebih baik sakit diam-diam daripada dibalas dengan jeritan yang lain.

Bilik itu kecil, kosong hampir sepenuhnya hanya ada sebuah tilam nipis yang terletak di penjuru. Tiada almari, tiada meja, dan tiada ruang untuk rasa selesa. Namun di situlah tempat dia menumpahkan segalanya.

Elvana menjatuhkan diri ke atas tilam, tubuhnya menggulung seperti mahu lenyap dari dunia. Air mata yang tadi ditahan kini mengalir tanpa henti. Tangisannya tidak berbunyi, hanya bahunya yang terhingut-hingut dalam diam. Hanya Tuhan tahu betapa peritnya perasaan itu dimarahi, dihina, dan akhirnya dibiarkan tenggelam dalam kesedihan yang tiada siapa peduli.

Malam makin pekat, jam terus berdetik tanpa belas. Di luar, angin berhembus perlahan, seolah faham betapa sunyinya malam itu untuk seorang gadis bernama Elvana.

Di atas tilam nipis yang tidak lagi memberi nyaman, Elvana masih terbaring mata terbuka namun kosong, fikiran jauh melayang entah ke mana. Hatinya masih pedih, dan air mata yang mengalir tadi belum kering sepenuhnya.

Dia sudah cuba memejamkan mata berkali-kali. Cuba menenangkan dada yang sesak. Tapi setiap kali kelopak matanya tertutup, suara ibunya kembali terngiang. 'Bodoh.' Kata itu bergema seperti sumpahan yang menolak lena.

Dan akhirnya, dia hanya mampu menangis lagi. Perlahan, dalam diam, hingga bantal yang lusuh itu basah sepenuhnya. Dia menangis bukan kerana lemah, tapi kerana terlalu kuat bertahan sendirian.

.

Elvana hanyalah seorang gadis berusia sembilan belas tahun, lahir dalam serba kekurangan. Hidupnya tidak pernah mengenal kemewahan hanya dinding rumah usang dan atap bocor yang menjadi saksi setiap perjuangan.Dia membesar di bawah bayang seorang wanita yang hanya mengisi ruang, bukan hati. 'Ibu' bukan dalam makna sebenar, tetapi sekadar gelaran yang disandang tanpa rasa. Rumah itu sunyi bukan kerana tiada suara, tapi kerana kasih sayang tidak pernah berakar.

Kasih sayang? Itu asing baginya. Rumah itu penuh suara, tapi kosong jiwa. Tiada pelukan, tiada kata manis, apatah lagi belaian yang mampu meredakan luka. Dan soal ayah... itu lebih menyakitkan.

Sejak dia kenal dunia, dia tak pernah tahu siapa ayahnya. Nama, wajah, asal-usul semuanya misteri. Ibu tidak pernah bercerita, tidak pernah menjawab, seolah-olah lelaki itu tidak layak untuk disebut. Dia tidak tahu sama ada ayahnya masih hidup atau sudah lama pergi. Dia tidak tahu sama ada dia ditinggalkan, atau memang tak pernah diingini sejak awal.

Yang dia tahu, hidupnya tak pernah lengkap. Seperti sedang berjalan dengan satu kaki, bernyawa dengan separuh hati. Dia tak minta dimanjakan. Dia cuma mahu tahu adakah dia pernah dicintai walau sekali?


.

Dan malam itu, Elvana tertidur dalam tangisan.
Dengan hati yang masih luka dan dunia yang belum berpihak.
Tapi siapa sangka… semuanya akan berubah.
Bermula dari satu hari yang tak disangka.

🖤

Ini baru permulaan, tinggalkan jejak di bawah ya🖤Perjalanan Elvana baru bermulaJumpa di bab seterusnya💌ONE DAY

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Ini baru permulaan,
tinggalkan jejak di bawah ya🖤
Perjalanan Elvana baru bermula
Jumpa di bab seterusnya💌
ONE DAY

ONE DAYLa tua prossima ossessione. Scoprilo ora