INTRO+BAB 01

22 3 6
                                        

CAST:

ARUNEE ROSE

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

ARUNEE ROSE

KAY ITTHIPON

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

KAY ITTHIPON

AIDEN ARTHIT

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

AIDEN ARTHIT

JANE MAYUREE

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

JANE MAYUREE

GENRE:
ACTION,THRILLER,MYSTERY

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧

Achara memandu kereta sambil memandang seorang gadis yang duduk di kerusi penumpang di sebelahnya...Dia memandu kereta menuju ke villa miliknya sambil meredah hujan lebat...

Tangan kiri lelaki paruh baya itu jatuh di atas paha gadis itu...Dia mengurut paha gadis itu dengan perlahan...

Tidak lama kemudian,kereta itu berhenti di perkarangan villa...Achara dan gadis itu keluar dari kereta dan masuk ke dalam villa...

Gadis itu melihat sekeliling sebelum suara Achara kedengaran memanggilnya...

"Aku nak pergi mandi kejap...Tunggu aku dekat sini...Jangan nak pergi mana-mana..."Ucap Achara seraya menuju ke bilik mandi...

Gadis itu sekadar mengangguk dan mengambil tempat duduk di atas sofa...Mata gadis itu pantas menangkap beberapa cctv yang terdapat di ruang tersebut...

Tidak lama kemudian,Achara keluar dengan memakai pajama yang tersedia di villa itu...Achara menghampiri gadis itu dan memeluk pinggang ramping gadis itu...

Gadis itu tersenyum halus sebelum senyuman itu berubah pudar...Darah yang berbau hanyir mengalir di sebalik jemari gadis itu...

Gadis itu memusingkan tubuhnya bagi menghadap Achara yang terdiam kerana ditikam olehnya...Gadis itu menarik pisau daripada tubuh Achara sehingga darah itu terpercik ke wajahnya...

Tubuh Achara jatuh terbaring di atas lantai...Gadis itu melutut di hadapan Achara seraya tersengih dengan penuh makna...

"Selamat tinggal,Khun Achara...Kau dah hidup terlalu lama dengan mempergunakan aku...Sekarang,kembalilah ke sana dengan tenang..."Ucap gadis itu seraya bangun dari posisinya sebentar tadi...

Sebelum gadis itu beredar dari situ,tangannya diraih oleh Achara yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan...

"Kau takkan terlepas dari semua ni...Hidup kau akan merana..."Ucap Achara sebelum genggaman di tangan gadis itu menjadi semakin lemah...

Setelah itu,Achara terkulai layu dan tidak sedarkan diri...

♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤

Keesokkan harinya,kesemua ahli keluarga Amonsak berkumpul di tempat kejadian...Mereka bergilir-gilir melihat tubuh Achara yang sudah pucat...

Arunee dan Aiden masuk ke dalam villa bersama-sama...Polis itu membukakan kain yang menyelimuti tubuh Achara...Arunee langsung menutup hidungnya apabila bau busuk dari mayat Achara menyengat hidungnya...

"Kami percaya Khun Achara meninggal dalam pukul 10 malam...Ada tak salah seorang dari korang yang berjumpa dengan mangsa?"Polis itu menyoal dengan perasaan yang ingin tahu...

"Tak ada lah pulak..."Balas Arunee dengan lembut...

"Ada jumpa sebarang bukti?"Giliran Aiden pula menyoal...

Polis itu menggelengkan kepalanya...Dia menghela nafas panjang...

"Cctv rosak pada malam semalam...Kami cuba untuk pulihkan memori cctv tu tapi tak berjaya..."Balas polis itu seraya menunjuk ke arah beberapa buah cctv yang sudah hancur berkecai...

Arunee dan Aiden sontak melihat ke arah yang ditunjukkan oleh polis itu...

"Kami akan cuba sedaya upaya untuk siasat kes ini..."Sambung polis itu...

♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧♧

Arunee keluar daripada villa sendirian dan meninggalkan Aiden yang sedang berbual dengan pihak polis...Dia memandang sekeliling dan matanya tertumpu kepada kereta milik Achara yang berada di situ...

"Dashcam..."Gumam Arunee di dalam hati...

Tbc...

[C]SHADOWحيث تعيش القصص. اكتشف الآن