Menggeleng kepalanya kerana tidak percaya akan keputusan anak dan menantunya itu. Usia cucunya itu baru sahaja 3 bulan namun kedua ibu bapa bayi itu ingin meninggalkan dia di dalam jagaan atuk dan neneknya.
"Shahril, Yati betul ke apa yang kamu berdua nak buat ni? Anak kamu baru 3 bulan tau tak." Ujar Encik Hassan bapa kepada Shahril.
"Kami berhajat nak pindah ke Kuala Lumpur lepas kami berkahwin ayah, tak sangka pulak Yati bunting pelamin. Kami tak mampu nak jaga dia buat masa ni ayah, kami akan jaga anak kami bila dia dah besar sikit dan kami dah stabil." Ucap Shahril.
"Anak ni tak cukup lagi dapat susu badan kamu Yati. Takkan nak bagi susu tepung pulak." Ujar Puan Rosiah ibu kepada Shahril.
"Yati ikut apa yang abang Shahril cakap je mak, kami pun tak cukup duit nak jaga anak dekat sana. Kami berdua baru dapat kerja dekat sana mak, nanti tak dapat nak tumpukan perhatian dekat kerja dan anak." Balas si menantu.
"Fikir masak-masak Shahril. Anak ni perlukan kasih sayang ibu dan ayah kandung dia. Ini anak sulung kamu ni, pewaris kamu. Takkan sebab nak kejarkan wang ringgit kamu sanggup tinggalkan dia dengan kami dekat kampung ni?" Pujuk si ayah lagi.
"Kami tak bersedia nak ada anak sebenarnya ayah. Tak sangka pulak secepat ni dapat dia, tolonglah ayah mak jagakan dia untuk kami. Kalau kami bawak dia sekali pun, dia akan terabai ayah." Ujar Shahril lagi.
Berat nafas yang dihela si ayah dan si ibu selepas mendengar kata-kata anak mereka itu.
"Kami akan jaga dia , tapi dengan syarat. Kamu berdua mesti balik ke kampung sebulan sekali dan sediakan nafkah untuk anak ni juga. Itu tanggungjawab kamu berdua." Ujar Encik Hassan.
"Boleh ayah, janji kami dapat berhijrah ke Kuala Lumpur. Semua yang kami buat ni untuk anak kami juga." Balas Shahril.
Dua hari kemudian pasangan suami isteri itu berangkat untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan anak mereka dibawah jagaan atuk dan neneknya.
"Syafiq Hakimi, biar atuk dan nenek jaga kamu ya." Ujar si atuk sambil mencium cucunya yang berada dalam pegangannya itu.
Syarat-syarat yang diberikan oleh Encik Hassan diikuti oleh Shahril dan isterinya namun ketika Hakimi berumur 10 tahun kelibat ayah dan ibunya sudah jarang dilihat oleh anak kecil itu.
Atuk Hakimi bukanlah orang yang senang, rumah dan tanah itu sahajalah harta pusakanya yang tinggal. Shahril merupakan anak tunggal pasangan itu manakala isterinya pula anak yatim piatu.
"Siah, Shahril dah lama tak balik. Duit pun dia dah lama tak bagi." Uap Encik Hassan.
"Diaorang sibuk agaknya tu." Ujar Puan Rosiah optimis dengan keadaan itu.
"Sibuk sangat tapi takkanlah dua hari pun dalam sebulan tak boleh nak datang jenguk Akim. Akim ni hari-hari tanya bila mak dengan abah dia nak datang, sudahlah raya tahun lepas diaorang tak balik." Balas si suami lagi.
"Kesian cucu kita tu abang, ada mak ayah serupa tak ada. Baru-baru ni Maryam datang rumah dia minta maaf dekat saya sebab anak dia mengejek Akim. Anaknya cakap Akim ni anak yatim, mak ayahnya dah mati. Sudahlah cucu kita tu melawan pun tidak, sudahlah diejek begitu dipukul pula." Ujar Puan Rosiah.
"Ya Allah. Kenapa jahat sangat budak-budak ni. Akim sikit pun tak kacau diaorang." Ujar Encik Hassan.
------------------------------------------------------------
Hari demi hari dilalui dengan penuh kepayahan, Encik Hassan hanya bekerja sebagai pekebun di sekolah rendah di kampungnya itu yang juga merupakan sekolah rendah dimana Hakimi belajar.
YOU ARE READING
Penakluk Sang Cahaya Rindu [C]
General FictionDia tidaklah jahat tetapi di dalam dunia dia, dia 'penjahat' sebenar. Tiada yang bisa menandingi ritma kehidupan dia dan tiada siapa tahu susuk tubuh itu wujud memerhati dalam samar. Tiada siapa yang mampu melihat senyumannya namun hanya 'dia' seora...
![Penakluk Sang Cahaya Rindu [C]](https://img.wattpad.com/cover/388237219-64-k863660.jpg)