DEKSRIPSI DAN PENGENALAN WATAK

3 0 0
                                        

Miyla Solivan (19 tahun) adalah gadis cantik yang mempamerkan imej tomboy. Dia tak suka main-main dengan cinta, lebih suka hidup berdikari dengan hobi bermain gitar dan mengambil gambar. Meskipun penampilannya yang kasar, Miyla punya keperibadian yang kuat dan berprinsip. Dia bukan jenis yang senang nak buka hati, tapi kalau dah rapat, dia akan jaga kawan-kawan rapat dengan sepenuh hati.


Saiful (20 tahun) mungkin kelihatan lembut, tapi hatinya besar. Dia seorang yang suka melukis dan berimaginasi, lebih suka tenang daripada bergegas dalam dunia yang bising. Walaupun dia kadang-kadang kelihatan introvert, Saiful ada satu sifat yang tak dapat dielakkan-dia suka kacau Miyla! Satu-satunya perkara yang dia tak dapat rahsiakan ialah perasaan dia terhadap gadis tomboy itu. Tapi, tentu saja, Saiful lebih suka berdiam diri daripada mengaku.


Khai (20 tahun) adalah kawan baik Saiful, seorang yang lebih matang dan serius. Tidak seperti Saiful yang lebih banyak bergurau, Khai lebih suka duduk diam, minat tengok bola, dan tak suka keramaian. Tapi ada satu perkara yang dia tak boleh lari-dia juga suka pada Miyla. Walaupun tak pernah tunjukkan, perasaan Khai tak pernah jauh dari fikiran Miyla, dia cuma terlalu 'cool' untuk menunjukkan.


Nana (20 tahun) adalah kawan baik Miyla, seorang yang boleh dikatakan 'ulat buku' sejati. Hobi Nana hanya berlegar sekitar membaca buku, dan dia tak suka terlibat dalam drama luar. Walaupun begitu, Nana selalu jadi tempat Miyla meluah perasaan, memberikan nasihat dan sokongan dengan cara yang sangat bijak dan tenang. Keberadaan Nana adalah rahsia yang paling berharga bagi Miyla dalam menghadapi dunia luar.


Tapi, semua itu hanyalah permulaan... Masuk ke dalam dunia gila-gila mereka yang lebih berwarna, penuh dengan aksi, drama dan persahabatan yang sangat kuat.

TRIO GILA - Meran Solivan (22 tahun), Pakcik Kodi (67 tahun), dan Kazuya (52 tahun) adalah tiga watak yang seringkali mencuri perhatian dalam kehidupan harian mereka. Meran, abang kepada Miyla, adalah seorang yang sentiasa menghiburkan dengan lawak yang tak pernah berhenti. Dia mungkin kelihatan tak serius, tetapi dialah yang sentiasa menjaga dan melindungi adiknya dengan cara tersendiri. Pakcik Kodi, walaupun sudah berusia, tetap muda di hati. Dengan sifat gila-gilanya dan perangai nakal, dia sentiasa ada untuk membuatkan setiap situasi jadi lebih menarik, terutama apabila berdepan dengan Kazuya yang tak kurang hebatnya dalam hal lawak. Kazuya, lelaki berumur 52 tahun, suka berjenaka dan selalu melontarkan komen-komen pedas yang selalu mengejutkan, termasuk menyertai Pakcik Kodi dalam setiap aktiviti 'gila' yang mereka lakukan. Gabungan mereka bertiga selalu membuatkan hari-hari menjadi tidak biasa dan penuh kejutan.


Mereka penuh dengan Drama, Komedi, Pengembaraan, dan Konflik yang tak pernah habis. Dari situasi pelik dan penuh dengan kekecohan, hingga ke pengembaraan yang membawa mereka ke pelbagai tempat tak dijangka, cerita ini akan bawa korang ke dalam dunia yang penuh warna dan kejutan. Setiap watak dengan karakter unik mereka, bersama-sama mencipta kisah yang tak boleh dilupakan. Jadi, siap-siaplah untuk gelak, terkejut, dan teruja sepanjang perjalanan mereka.


Jangan lupa baca... dan..


"Kalau Rasa Tak Best, Jangan Baca."


-byzarcoz




WATAK SOLID FAMILY :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WATAK SOLID FAMILY :


Miyla Solivan :
umur : 19

hobi : Bermain Gitar,Fotografer

Personaliti: tomboy yang serius dan tak suka tentang cinta,ego,keras kepala,tapi penyanyang..... adik kepada meran solivan

Meran Solivan :
Umur:22

Hobi:main gitar,jamming,sembang merapu

Personaliti: suka melawak,gila,happy go lucky, wayar putus dengan Kazuya Dan Pakcik Kodi..macam takdak perasaan tapi pedulikan adiknya,Miyla

Saiful :
Umur : 20

Hobi : melukis,kacau miyla

Personaliti: lembut hati,tak suka kecoh,kawan kepada Khai dan suka pada miyla..

Khai :
Umur :20

Hobi: tengok bola,kacau miyla jugak

Personaliti: matang,tak suka keramaian,Kawan kepada Saiful dan suka pada miyla jugak hahaha

Pakcik Kodi
Umur : 67

Hobi:memancing,memasak dan bermain bass

Personaliti: tua tapi suka acah muda,gila juga sikit,suka bergurau dan otak masuk air juga dengan Meran Dan Kazuya

Kazuya
Umur: 52

Hobi: Main Drum,bancuh Teh Tarik, Kumpul Stem

Personaliti: sedikit Tua,Sedikit Gila,killer dalam lawak Pakcik Kodi dan Meran..

Nana
Umur: 20

Hobi : Baca Buku,Ulat Buku,Muka Buku

Personaliti: Baik, Supporting,Tidak Suka Masuk Campur Hal Dunia Lain Selain Buku,Kawan Baik Kepada Myla

Tokey Berger (Npc)
Umur : 40

Hobi : Masak Berger

Personaliti: Seorang Tokey Berger Sahaja

SOLID FAMILY Stories to obsess over. Discover now