"Kau ada dengar tak fasal seorang budak perempuan kelas 4 Sains 1 dari Jepun. Katanya dia anak Yakuza!" Suara Lily memenuhi ruangan tandas sekolah itu. Tangannya dibasuh setelah menggunakan cat air.
"Ya, ya! Aku dengar juga yang dia ada tatu dekat belakang badan dia! Weyh, seram!" Melinda angguk kepala penuh serius. Masing-masing sudah terbayang muka gadis perempuan itu yang penuh dengan tatu jika dia buka baju. Kawan mereka yang seorang lagi, Hanees terpinga-pinga. Apabila ada seseorang buka pintu tandas, mereka bertiga diam dan berpaling kearah pintu. Terkejut beruk masing-masing apabila melihat perempuan yang mereka sedang umpat ada disitu.
"Excuse me..." Perempuan itu angkat tangan paras pinggang. "Boleh tak kalau ajar saya..."
"Maafkan kami!" Berlari mereka bertiga keluar dari tandas dan tinggalkan baran-baran seni mereka diatas sinki. Gadis itu terpinga-pinga. Gadis yang mereka umpat, Sunazagawa Hime garu kepalanya. Hairan. Dah kenapa?
"...aduh, aku tak reti guna bidet. Macammana ni?"
YOU ARE READING
Always With You
RomanceSunazagawa Hime, seorang gadis berasal dari Jepun bersekolah di Bravely Hills International Girls School yang terletak di Kuala Lumpur bertemu dengan Jimmey Sezarne, seorang gadis yang berasal dari Sabah. Hime mempunyai masalah untuk berkawan kerana...
