Bab 1 - Keinginan

474 11 5
                                        


Kota Hui merupakan kota yang terkenal sebagai kota terkaya di dalam dunia pendekar. Namun kota itu adalah antara kota yang paling selamat dan tiada penjenayah kerana rajanya sangat digeruni oleh penduduk-penduduk di situ. Namun, tak kurang juga para penduduk yang menghormatinya kerana kebaikannya.

Para penduduk di kota itu takut dengan raja mereka kerana raja itu mengamal ilmu kegelapan. Raja yang dimaksudkan oleh mereka ialah Raja Ye Dingzhi.

Menurut orang-orang lama di kota itu, sebelum Raja Ye memerintah, mereka diperintah oleh seorang raja yang kejam. Dan Ye Dingzhi yang kebetulan melalui kota itu, tidak tahan melihat penindasan ke atas rakyat lalu dia mencabar raja kejam itu untuk bertarung, dan pertarungan itu dimenangi oleh Ye Dingzhi. Menurut perjanjian pertarungan, orang yang menang akan menjadi raja di kota itu, dan begitulah caranya Ye Dingzhi menjadi raja di situ. Kini genap 5 tahun Ye Dingzhi memerintah kota itu, dan selama itulah rakyat hidup aman damai.

"Wah, meriah betul la tempat ni! Ada apa-apa yang istimewa ke hari ini?" Soal Baili Dongjun kepada tuan kedai makan.

"Tuan mesti orang luar, jadi tuan tak tahu. Sebenarnya, hari ini ulangtahun ke-5 pemerintahan Raja Ye. Setiap tahun, kami akan meraikannya dengan meriah." Jelas tuan kedai itu.

Baili Dongjun mengangguk tanda faham. "Jadi, Raja Ye akan turun ke sini untuk sama-sama raikannya?"

"Tidak, tuan. Raja Ye hanya membiayai sambutan ini, dan membenarkan rakyat bersuka ria selama 3 hari 3 malam. Kami tidak pernah lagi bertemu dengannya sejak dia naik takhta 5 tahun yang lalu." Jelas tuan kedai itu lagi.

"Eh, kenapa macam tu?"

"Selagi kami aman di bawah pemerintahannya, kami tidak akan banyak soal. Dengar kata, keputusannya untuk tidak bergaul dengan rakyat adalah demi keselamatan rakyat juga. Oleh itu, kami hanya menurut." Tuan kedai menuangkan arak untuk Baili Dongjun. "Tuan jemputlah minum. Saya minta diri dulu."

"Baiklah."

Tuan kedai itu segera beredar untuk meneruskan kerjanya yang terhenti tadi kerana dipanggil oleh Baili Dongjun itu.

"Misteri betul Raja Ye ni. Menarik." Baili Dongjun meletakkan duit di atas meja sebelum beredar.

Baili Dongjun berjalan-jalan di pasar sambil melihat-lihat barangan jualan yang ada. Semuanya kelihatan menarik.

"Memang sesuai dengan julukan kota terkaya di dunia pendekar kerana semua barangan di sini nampak mewah dan berkualiti. Rakyatnya juga tidak ada yang mengemis. Memang kota yang menjadi idaman semua orang, tapi sayang kedudukannya agak terpencil berbanding kota-kota yang lain." Baili Dongjun bergumam sendirian.

Sedang Baili Dongjun menikmati lawatannya itu, dia dikejutkan dengan suara orang yang berteriak dari belakangnya.

"Ke tepi! Ke tepi! Beri laluan! Ke tepi!" Teriak suara itu.

Baili Dongjun menoleh ke belakang dan belum sempat dia berbuat apa-apa, orang itu merempuhnya dan mereka berdua terjatuh ke tanah dengan posisi Baili Dongjun di bawah orang itu yang merupakan seorang pemuda.

"Maaf! Maaf! Saya tak sengaja!" Ucap pemuda itu. Dia segera bangun dan membantu Baili Dongjun untuk bangun semula.

"Apa dah jadi?" Soal Baili Dongjun sambil menyapu-nyapu bajunya yang ada sedikit habuk jalanan. "Kenapa awak kalut macam ni?"

"Saya dah terlambat. Nanti saya jelaskan. Jumpa lagi!" Pemuda itu bergegas pergi meninggalkan Baili Dongjun yang terlopong.

"Wah, ada juga orang macam ni! Apa la yang buat dia kalut sangat? Aish..."

Baili Dongjun meneruskan lawatannya tadi. Sebenarnya, dia dalam perjalanan ke istana, dan sambil-sambil itu dia menikmati lawatannya di sepanjang jalan ke sana. Dia tidak tergesa-gesa seperti pemuda tadi. Kemudian, dia berhenti di sebuah papan info.

My Lucky Charm (Ye Dingzhi x Baili Dongjun)Stories to obsess over. Discover now