Bab 58

35 4 4
                                    

Esra dan Aysun masuk ke dalam sebuah rumah agam. Kata Aysun Tok Ma mengarahkan mereka berdua ke sini. Tapi jangan beritahu Khairil. Esra awalnya pelik tapi kalau sudah Tok Ma yang arahkan dia ikut sajalah.

Masuk saja ke dalam rumah dia melihat ada beberapa Patung harimau didalamnya membuatkan dia berasa kehairanan. Rumah sapa ini? Pelik semacam saja. Takkan rumah Tok Ma kot?

Esra lantas menarik tangan Aysun membuatkan Aysun terberhenti langkahnya. Aysun lantas memandang Esra.

"Rumah siapa ini?" Tanya Esra pelik.

"Nanti kau akan tahu." Kata Aysun lalu menarik tangannya dari pegangan Esra. Wajah Aysun nampak serius membuatkan Esra rasa agak lain.

Tiba-tiba keluar dari sebalik dinding Aldo De Luca dengan senyuman sinis diberikan pada Aysun dan Esra. Esra berkerut memandang Aldo lalu matanya terarah pada Aysun yang berjalan ke arah Aldo dan menyalami Aldo.

Mata Esra terbuntang terkejut. Dia terkejut melihat tindakan Aysun yang seolah tunduk hormat pada Aldo. Apa yang terjadi? Kenapa tiba-tiba saja dia nampak kejadian ini?

"Aysun?" Panggil Esra. Aysun memandang ke arah Esra dia tersenyum sinis lalu berdiri disebelah Aldo.

"A..apa.. ka..kau buat ini?" Tanya Esra agak tergagap kerana masih terkejut.

"Sorry Esra aku terpaksa." Ucap Aysun dengan wajah sedih mengejek ke arah Esra.

Esra berkerut dahi masih tidak faham apa yang Aysun cuba sampaikan.

"Apa maksud kau aku tak faham." Tanya Esra dengan nada suara masih terkejut.

"Actually aku ada benda nak jujur. Aku nak buat pengakuan!" Kata Aysun sinis.

"Actually aku orang suruh Aldo." Sambung Aysun tanpa ragu-ragu.

Esra sekali lagi terbuntang mata terkejut dengan pengakuan Aysun itu. Sungguh wajah naif Aysun tidak boleh dibayangkan sebenarnya dia orang suruh Aldo!

Tapi macam mana boleh jadi? Bukankah Aysun cucu angkat Tok Ma. Macam mana boleh Aysun kenal Aldo dan menjadi orang suruhan Aldo?

"Mesti kau tertanya-tanyakan macam mana aku boleh kenal Aldo?Macam mana Aku boleh jadi orang suruh Aldo?" Teka Aysun dengan nada sinis.

Terbit rasa tak senang dalam hati Esra Apabila lagak Aysun seperti psiko dan jahat itu.

"Let me explain. Actually sebelum Tok Ma ambil aku jadi cucu angkat dia Aldo de Luca terlebih dahulu datang pada aku dan jelaskan tentang kematian Arwah mama and papa aku. Secara ringkasnya Aldo tahu siapa yang bakar rumah kami sampaikan Arwah mama dan papa meninggal dunia."  Jelas Aysun pada Esra

Aysun Berjalan perlahan ke arah Esra. Aldo pula tersenyum jahat ke arah Esra. Jelas wajah terkejut dan maeah Esra terhadao Aysun. Dia sangat sukakan pergolakan yang berlaku pada hubungan persahabatan dan persaudaraan ini. Sangat menghiburkan dia.

"Kau nak tahu siapa yang bunuh orang tua aku?" Tanya Aysun pada Esra.

Esra memandang tajam ke arah Aysun. Dia benar-benar tak percaya apa-apa yang keluar daripada mulut Aysun jika ianya daripada Aldo!

"Puan Salwa! Tok Ma!" Ucap Aysun penuh dendam dihadapan muka Esra.

"Tak mungkin." Jawab Esra Kasar.

"Itu hakikatnya." Ucap Aysun dendam.

"Tak ada sebab Tok Ma nak bunuh orang tua kau." Kata Esra lagi.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon