Bab 57

25 4 2
                                    

"Garcia adakan majlis makan malam esok. Semua orang kena ada dirumah dia tepat jam 10 malam."

Mereka semua mendengar dengan jelas apa yang diucapkan oleh Tuan Azat pada mereka. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Semua?" Tanya Leyla ingin kepastian.

"Ye semua. Majlis makan malam ini memang akan dibuat setiap tahu. Tapi tahun ini agak awal sedikit daripada kebiasaan. Biasanya majlis ini akan dihadiri oleh semua ahli keluargan ketua-ketua yang lain." Jawab Tuan Fairuz pula bagi pihak abangnya.

" Ye ke? Kenapa kita tak pernah pergi." Tanya Hajar pelik.

"Kelonggaran bagi keluarga Shazlanbey atas pemintaan arwah atuk untuk tidak mempamerkan ahli keluarganya yang lain. Jadi yang hadir majlis itu hanya Atuk, Baba and Uncle Azat." Jawab Tuan Fairuz.

Leyla mendiamkan dirinya. Dia sedang berfikir cara untuk membongkarkan semua kejahatan Aldo dan membalas perbuatan Aldo dengan adil tanpa harus mereka menumpahkan darah antara satu sama lain. Dia bertindak bukan sebagai penjenayah tapi sebagai pembela yang ingin membela maruah keluarga.

Dia tak mahu dicop sebagai penjenayah hanya kerana membalas dendam atas perbuatan Aldo! Dia mesti memikirkan sebuah rancangan yang kemas dan teliti tanpa pertumpahan darah yang berlaku.

"Jadi apa yang harus kita buat?"  Tanya Hajar pada Tuan Azat.

"Kita tak dapat buat apa-apa selagi kita tak tahu siapa Fazio Hamor yang sebenarnya. Kenapa dia culik Ferhat?." Mendengar ucapan itu keluar daripada mulut Tuan Azat. Lantas sekali lagi mereka memandang wajah antara satu sama lain.

Fazio Hamor adalah Aldo.

Tapi Tuan Azat belum tahu siapa Fazio Hamor. Adakah perlu mereka jelaskan siapa Fazio Hamor?

"Baba betul-betul tak tahu siapa Fazio Hamor?" Tanya Leyla ingin kepastian.

"Tak. Tapi Garcia kenal. Jadi Garcia yang akan beritahu siapa Fazio Hamor yang sebenarnya."

Leyla diam lalu memandang mereka yang lain. Dia perlu bertindak. Dia tak akan biarkan babanya atau ahli keluarganya yang lain menjadi maksa.

Leyla bangun dari duduknya. Dia memandang semua dengan pandangan wajah yang serius. Satu demi saty dilihatnya membuatkan mereka memandang pelik pada Leyla.

"Baba."

"Ye."

"Leyla nak sertai dan ketuai misi ini." Ucap Leyla serius. Tuan Azat yang mendengar itu terus bangun dari duduknya.

"Apa maksud kamu?" Tanya Tuan Azat tak faham.

"Setelah apa yang terjadi Leyla tahu ianya berpunca daripada  Leyla. Mereka mahukan Leyla tapi bila mereka tak dapat mereka bunuh Atuk supaya mereka dapat Leyla. But know mereka kena berhadapan dengan Ferhat. Sekarang tengoklah Ferhat pun ada dalam genggaman mereka jadi siapa lagi mangsa seterusnya? Baba? Uncle? Ibu? Aunty? Siapa? Hajar lagi? Rasha? Please untuk kali ini saja Leyla mohon bagi peluang untuk Leyla lindungi diri Leyla sendiri." Ucap Leyla panjang lebar dengan nada yang tegas.

"Ibu tak setuju!!! Cukup-cukup dulu ibu hampir kehilangan Baba kamu jangan sampai ibu kehilangan anak-anak ibu!" Bangkang Puan Azizah dengan emosi sekali.

"And then siap sedia kehilangan Baba lagi sekali lagi sebab Leyla yakin mereka akan target Baba pula. Boleh jadi Rasha juga jadi mangsa seterusnya!." Jawab Leyla juga emosi. Dia bukan nak melawan ibunya tapi dia cuma nak jadi tegas hanya untuk melindungi keluarganya.

Puan Azizah memandang Leyla bengis. Tak sangka Leyla boleh melawannya. Leyla semakin berubah sejak kebelakangan ini membuatkan dia agak terkejut.

"Atuk meninggal bukan sebab Leyla. Tapi sebab mereka memang nakkan Atuk." Kata Tuan Azat.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now