Bab 20

50 7 2
                                    

Leyla keluar dari rumahnya. Perkarangan rumah diperhatikan sekeliling. Kereta Ferhat belum kelihatan. Leyla mengerus kesal.

"Tadi bukan main suruh cepat. Tapi dia yang lambat." Rungut Leyla lalu duduk ditangga luar rumah itu.

Leyla menggerakkan kepalanya apabila melihat Martin yang ada tidak jauh daripadanya. Semua pengawal memandang ke arahnya.

Martin faham dengan isyarat itu terus mendekati Leyla.

"Aku nak keluar kejap lagi dengan Ferhat. Kau beritahu Tuan Salih nanti tau kalau dia balik." Pesan Leyla.

Martin menganggukkan kepalanya lalu duduk disebelah Leyla. Tak sangka cucu majikannya akan berkahwin juga tak lama lagi.

Martin muda 3 tahun daripada Leyla. Masuk tahun ini sudah 6 tahun dia berkerja dengan keluarga ini. 6 tahun juga dia kenal dengan Leyla.

Tak sangka perempuan yang tak pernah bercinta disebelahnya ini akan berkahwin tak lama lagi.

Martin mengiku lengan Leyla perlahan membuatkan Leyla memandang ke arahnya.

"Tak sangka Cik Leyla nak kahwin dah." Ucap Martin memulakan bicara.

Leyla senyum kecil. Tak tahu nak gembira atau sedih. Dia tak harapkan apa-apa dari perkahwinan ini. Yelah mereka masing-masing tak cintakan antara satu sama lain. Api bertemu api mana mungkin selamat.

"Aku tak tahu nak happy atau nak sedih. Aku pun tak sangka tak lama lagi aku akan berkahwin." Ucap Leyla lalu menundukkan kepalanya.

Martin menilik wajah Leyla. Nampak macam sedih saja dia. Kenapa? Bukankah perkahwinan ini satu perkara yang mengembirakan?

"Why sedih?" Tanyw Martin prihatin. Leyla mendongakkan kepalanya memandang Martin.

"Coba kau banyangkan 2 insan yang tidak ada perasaan cinta dan sayang antara satu sama lain dipaksa kahwin untuk kepentingan masing-masing. Boleh bahagia ke?" Tanya Leyla. Martin tersenyum kecil. Itu yang dirisaukan rupanya.

"Cik Leyla. 2 insan lelaki dan perempuan mustahil tak jatuh cinta antara satu sama lain. Lagi-lagi kalau ada ikatan yang sah. Duduk serumah. Yes secara logik mana mungkin bahagia kahwin tapi tak ada perasaan antara satu sama lain. Tapi kalau sudah namanya kahwin semua benda halal sedikit sebanyak perasaan cinta dan sayang itu akan datang dengan ikhlas." Ucap Martin cuba menyenangkan hati Leyla.

Leyla diam dengan kata-kata Martin. Bijak juga Martin ini kalau beri nasihatkan. Tapi buat apa nak dirisaukan. Perkahwinan ini sementara. Kalau semuanya sudah kembali membaik perkahwinan ini juga akan berakhir.

"Kenapa aku nak risau. Nanti settle semua kami akan berpisah juga." Ucap Leyla lagi.

Martin mengerut dahinya hairan. Kahwin untuk bercerai? Martin terus menarik Leyla untuk menghadapnya. Kedua belah bahu Leyla dipegangnya membuatkan Leyla terkejut.

"Cik Leyla kahwin untuk bercerai? Kahwin sebab masalah yang terjadi sekarang? Kalau macam itu baik tak payah. Kalau satu hari nanti kauorang berdua terjatuh cinta tanpa sengaja. Masing-masing memendam rasa dan tak luahkan apa yang akan jadi? Kauorang terikat pada perjanjian end up? Masing-masing sakit dengan rasa masing-masing. Percaya cakap saya Cik Leyla. Walaupun sekarang kauorang masing-masing tak ada rasa bila dah kahwin nanti pasti rasa ikut hadir. Bahkan lebih ikhlas kerana ikatan sah yang terjalin." Ucap Martin bersungguh-sungguh. Sempat dia menggoyangkan bahu Leyla untuk Leyla sedar dengan apa yang diucapkannya itu.

Leyla terdiam dan terkejut. Expetasi Martin terlalu tinggi. Bahkan nasihat Martin terlalu menusuk. Tak sangka pula budak ini pandai macam ini.

Pin!!!! Pin!!!

AMORE CERTAMEN: REVENGE Où les histoires vivent. Découvrez maintenant