Ujian [I]

13 9 3
                                    

🏆

Bukan mudah untuk berhadapan dengan ujian,
Setiap manusia diberikan ujian yang berlainan,
Kaya, miskin, senang, susah,
Kehilangan orang tersayang, gagal dalam pelajaran atau pekerjaan,
Itulah ujian,
Ujian boleh hadir dalam pelbagai bentuk,
Ujian itu besar atau kecil kita sendiri tentukan,
Tetapi, Allah pasti akan berikan ujian yang MAMPU dihadapi oleh hambaNya,
Kau pasti akan kata "aku tak boleh"
Padahal kau sebenarnya "boleh"
Kerana Allah berikan ujian mengikut kemampuan hambaNya
Maka, Allah tahu kau "boleh"
Allah kan Maha Mengetahui?
Setiap ujian yang diberi, PASTI boleh dihadapi,
Ingatlah bahawa Allah beri ujian sesuai mengikut kemampuan hambaNya,
Pasti, pasti dan pasti kau "boleh" !

by choconad_

Inner Self✓Where stories live. Discover now