BAB 5

16 1 0
                                    

Dua bantal kecil diletakkan di sebelah kanan dan kiri Deeni, Deeni suka berguling, Daneen bimbang anaknya akan terjatuh daripada katil.

"Baru tidur?"

Daneen terpaling ke belakang, dia senyum tipis kepada puan Hajah. "Haah, umi. Tadi tidur sekejap je."

"Okey tak keluar tadi?" tanya puan Hajah, dia duduk di hadapan anaknya, Daneen.

"Okey, tadi Deeni menangis, kebetulan Idris ada dekat situ, dia minta nak pujuk Deeni." kata Daneen, mulakan cerita.

"Jadi dia dah dapat jumpa Deeni?" tanya puan Hajah, dia seorang sahaja yang masih belum pernah nampak Idris.

"Dah, bukan main manja Deeni dengan dia, pujuk sekejap aje dah berhenti menangis, lepas tu dia tertidur." kata Daneen.

"Mungkin sebab Deeni nak rasa ada ayah."

Terdiam Daneen, fikirannya melayang. Ayah? Jika boleh, dia pun mahu melihat Deeni membesar dengan kasih sayang ayah.

Daneen tidak mahu Deeni tahu siapa ayah dia sebenarnya, lelaki itu telah merosakkan segalanya.

"Termenung pula dia." kata puan Hajah, dia tidak pernah bertanya sebelum ini.

Puan Hajah mahu Daneen berkahwin, untuk kebaikan Daneen dan Deeni juga. Tetapi dia tidak akan memaksa Daneen.

"Demam umi dah okey?" tanya Daneen.

"Dah okey sikit sebab makan ubat tadi, lepas ini tak tahulah." jawab puan Hajah.

Bila bercakap tentang berkahwin, anaknya pasti menukar topik perbualan.

"Malam ini, Daneen boleh pergi masjid, biar jaga Deeni." kata puan Hajah.

"Umi pula? Selalu Daneen aje yang pergi" tanya Daneen, setiap malam dia pergi melihat Kaabah dan berdoa di sana. Disebabkan kesihatan puan Hajah tidak beberapa baik, dia hanya menjaga Deeni untuk Daneen.

"Tadi umi dah pergi, sekarang Daneen pula." jawab puan Hajah.

______________

DANEEN memejam mata, tenang rasanya selepas menunaikan solat Isya dan solat sunat. Daneen membuka matanya apabila terdengar satu suara.

Kepalanya berpaling ke tepi, ada seorang budak lelaki sedang bermain dengan seorang wanita dan lelaki, mungkin itu ibu bapanya.

"Maafkan mummy, Deeni. Sebab mummy, Deeni tak dapat kasih sayang daddy." ucap Daneen.

Mungkin sudah sampai waktu untuk Daneen menerima lelaki di dalam hidupnya. Tetapi, adakah dirinya diterima? Adakah dia akan menjaga Deeni sebaiknya?

"Ya Allah, saya serahkan semuanya kepada-Mu." doa Daneen.

"Takdir Allah sangat cantik, walaupun kita harus menerimanya dengan kesakitan, kerana ia akan berubah menjadi kegembiraan." ujar Daneen.

Daneen mengukir senyuman manis sambil menatap Kaabah di hadapannya, hatinya tenang, fikiran tidak kusut.

"Ya Allah, jika bukan saya yang gembira, biarlah Deeni Meeliqa yang merasakan kebahagian yang kekal." ucap Daneen.

Daneen mencapai beg di sebelahnya, dia mengeluarkan telefonnya yang bergetar daripada tadi. Dahi Daneen sedikit berkerut, kenapa umi menelefonnya?

Nombor telefon milik puan Hajah dihubungi semula.

"Assalamualaikum, umi." ucap Daneen.

"Daneen dekat bawah, baru je sudah solat tadi" kata Daneen, dia memandang orang-orang yang berada berdekatan dengannya. Masih ramai.

"Apa umi?" tanya Daneen, dia sudah mendengar dengan jelas tetapi masih mahukan kepastian.

"Astaghfirillahalazim, Daneen naik sekarang." kata Daneen sebelum panggilan mereka terputus.

Daneen bangun dengan tergesa-gesa, sempat dia memastikan yang tiada barang yang tertinggal lalu di berlari anak keluar daripada situ.

Di dalam kepala Daneen hanya memikiran tentang anaknya, kekuatannya.

______________

TUBUH Deeni dipeluk erat oleh Daneen, dari luar bilik dia sudah mendengar anaknya menangis.

"Mummy dah ada ni, jangan menangis, sayang." pujuk Daneen. Puan Hajah mengatakan yang Deeni menangis tanpa henti, sekali lagi. Itu yang buat Daneen risau.

"Anak mummy nak susu ye? Kuat betul menyusu awak ni." kata Daneen. Tangan mula menyelak pakaiannya.

Deeni terus diam selepas diberikan susu, mata biru luas memandang wajah Daneen bersama dengan air mata yang masih tersisa.

"Manjanya anak mummy," ujar Daneen. Hidung milik Deeni dicubit manja, anaknya terus ketawa kecil.

"Daneen..." panggil puan Hajah.

"Umi rasa kita terpaksa balik awal seminggu." kata puan Hajah setelah mendiamkan diri.

"Kenapa? Umi tak larat ke? Daneen okey aje kalau kita balik awal." soal Daneen.

"Demam umi masih larat, tadi ayah telefon cakap dia pun demam." jawab puan Hajah.

Sebelah kening Daneen terangkat, jarang sekali ayahnya terkena demam tetapi bila dah kena, memang lama.

Kadang-kadang berminggu-minggu.

"Umi dengan ayah ni demam pun nak sama-sama juga, ingat sweet ke?" usik Daneen.

"Manalah umi tahu, dia cakap yang dia tiba-tiba demam." kata puan Hajah.

Daneen ketawa kecil, Deeni juga turut melepaskan tawanya melihat ibunya ketawa.

"Amboi dia... Buan main lagi ketawa, tadi umi pujuk masa menangis langsung tak termakan." kata puan Hajah.

"Budak ni memang, umi. Orang marah dia pun, dia ketawa. Patutlah comel sangat." ujar Daneen pula, sempat dia mencubit pipi tembam anaknya.

"Aaa!" Deeni menjerit.

Daneen senyum lebar, anaknya sahaja sudah mampu membahagiakan dirinya.

"Nanti Daneen tengok tiket flight yang kosong untuk esok." kata Daneen.

TIDAK SEMPURNA | EBOOKWhere stories live. Discover now