L.H. Black Rose's 38

526 40 1
                                    

Dylan berjalan masuk ke dalam kelab dengan tersenyum. Dia mendekati tubuh langsing Arissa yang hanya duduk dan mendiamkan diri.

"Kau kenapa?" Dia menarik rapat pinggang itu ke dalam pelukan. Namun, Arissa menolak tubuh itu untuk terus menarik rapat dirinya.

"Tch! Kau ni kenapa?!" Naik bengang dia apabila gadis itu menolak dirinya. Sebelum ini hanya menerima saja.

"I nak balik." Tas tangan berada atas meja dicapai. Baru saja ingin memulakan langkah. Tangannya direntap kuat dari tepi.

"Aku baru datang. Kau dah nak balik? Jangan harap!" Dylan merenung tajam wajah Arissa. Tangan itu ditarik sehingga Arissa terduduk semula dikerusi.

Arissa mendengus kasar. "Siapa suruh you datang lambat!" Rungut Arissa geram. Dylan tersenyum sinis.

"Aku tengah fikir pasal kau punya jantan tulah! Aku nak dia hancur! Aku tak suka tengok dia bahagia dengan isteri dia tu!"

Arissa berdecit apabila mendengar perkataan 'isteri'. "Jangan nak sebut pasal dia depan i boleh tak!" Bentak Arissa.

Dylan ketawa kecil. "Kenapa? Sakit hati? Kesian hidup kau ni kan. Bodoh sangat sebab jatuh cinta dekat jantan macam tu. Tengok sekarang, dia ada kahwin dengan kau? Takde kan. Dengan perempuan lain jugak dia kahwin." Ujar Dylan sambil tersenyum sinis memandang wajah bengang Arissa.

"Okay stop! Aku taknak cakap pasal ni. Aku nak cakap pasal rancangan kita. Aku nak kau pergi jumpa wife dia dan--"

"You gila ke nak i jumpa wife dia?! Sah-sah si Hayder tu pasang bodyguard!" Potong Arissa dengan pantas.

Terjungkit sebelah kening Dylan apabila Arissa memotong ayatnya. Dia berdecit perlahan.

"Bagi aku habiskan ayat aku boleh tak! Aku nak kau jumpa Luth, pura-pura untuk bincang pasal korang berdua dan kau duduk rapat dengan dia. Nanti akan ada orang follow kau dari belakang dan ambik gambar korang dan gambar tu aku akan hantar dekat wife dia." Ujar Dylan. Dua tersenyum memikirkan rancangan jahatnya.

Arissa mendengar dengan penuh teliti sebelum mengangguk. Dylan mengangkat cawan yang berisi minuman haram itu dan meneguk rakus.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

Hari kedua, Lissa masih lagi berasa pening kepala. Ingatkan dah makan ubat semalam dah baik hari ni. Tapi lagi teruk. Sehingga dia berasa tidak daya hendak ke mana-mana.

Memandangkan hari ini adalah hari sabtu. Jadi Luth mengambil cuti untuk menjaga si isteri.

Kini, dia sedang memasak bubur buat Lissa. Kerana dari semalam Lissa tidak mengisi perut.

Selesai masak. Dia menuang bubur itu ke dalam mangkuk dan diletakkan ke atas dulang bersama air. Kakinya berjalan menuju ke bilik bersama dulang di tangan.

"Sayang..."

Dia membuka pintu bilik itu dan meletakkan dulang itu disebelah meja katil. Lissa yang sedang tidur itu dikejutkan.

"Abang... Kenapa?" Terpisat-pisat dia membuka mata. Luth tersenyum kecil melihat wajah mamai si isteri. Tangannya menggosok kepala Lissa.

"Abang ada masak untuk sayang. Kesian sayang abang sakit. Lepas makan, abang bawa pergi klinik." Ujar Luth sambil mengangkat mangkuk yang berisi bubur dan mengambil sudu didalam mangkuk untuk menyuap kepada Lissa.

"Saya tak larat la nak pergi klinik." Ujar Lissa sambil duduk di atas katil. Luth menggeleng kepala perlahan.

"Saja nak cari alasan kan. Takpe sayang, abang ada personal doctor. Nanti abang call dia suruh datang." Balas Luth sambil meniup bubur yang masih panas. Lissa mendengus perlahan.

L.H. Black Rose's [OG]Where stories live. Discover now