L.H. Black Rose's 39

611 45 4
                                    

3 minggu kemudian...

Setelah hampir 1 jam setengah mereka bergerak dari rumah. Kini, mereka selamat sampai di rumah keluarga Luth Hayder.

Kereta Mercedes AMG itu di parking dibawah bumbung yang telah disiap sediakan khas untuk kereta. Mereka menurun dan berjalan ke arah pintu utama.

"Meriah betul makan malam ni. Siap pasang khemah lagi." Ujar Lissa sambil matanya melilau melihat khemah yang dihiasi lampu.

"Itu laj. Abang pun tak expect meriah macam ni. Dah jom masuk solat asar dulu." Ajak Luth. Tangannya menarik pinggang ramping Lissa masuk ke dalam. Manakala sebelah tangannya lagi memulas tombol pintu.

Baru saja ingin memulas tombol pintu tersebut. Pintu sudah dibuka dari dalam.

"Haaa!!! Kenapa datang lambat! Bagi 10 sebab baru boleh masuk!" Jerkah Hareez  dari dalam dan menahan tubuh Luth dihadapan pintu.

Luth hanya diam memandang tajam saja wajah Hareez. Lissa tergelak kecil dengan perangai Hareez.

"Hareez awalnya sampai. Pukul berapa lagi ada dekat sini?" Soal Lissa lembut. Hareez tersenyum menampakkan giginya yang cantik tersusun.

"Lepas zuhur tadi."

Lissa hanya mengangguk. Luth disebelah sudah menahan marah dan geram mungkin? Dia menolak kuat tubuh Hareez sehingga Hareez menapak beberapa langkah ke belakang.

"Aku dengan wife aku tak solat asar lagi! Kau jangan nak melambatkan kerja aku!" Ujar Luth tegas. Matanya merenung tajam wajah Hareez sambil kaki melangkah masuk ke dalam.

Hareez mencebik sebelum dia berpaling kearah Lissa.

"You tengok laki you ni. Sakit badan i dia tolak. Kat sini." Adu Hareez kepada Lissa sambil menunjuk tempat di mana Luth menolaknya.

Luth mengetap gigi kuat sehingga timbul urat-urat disekitar dahi dan leher nya.

Baru saja Lissa ingin membuka mulut untuk membalas. Namun, Luth lebih pantas memintas ayatnya.

"Kau jangan sampai makan malam ni bertukar jadi majlis tahlil."

"Abang..."

Luth menarik semula pinggang si isteri naik ke bilik. Tak mahu terlepas solat asar. Ini semua gara-gara Hareez mereka sudah terlambat.

Hareez dibawah menjeling susuk tubuh suami isteri yang semakin hilang dari pandangan matanya.

"Hek eleh. Kau tunggu aku kahwin nanti. Memang sumpah 24 jam aku sweet sweet dengan bini aku depan korang! Dia ingat aku ni tak laku ke? Aku laku je, tapi biasalah laki yang kacak lagikan bergaya ni memang select sikit bab bab memilih isteri ni. Yelah, nak cari calon isteri kan. Kita nak hidup dengan dia sampai akhir hayat. Ni kalau maunya aku rembat mana mana perempuan buat jadi bini. Naya hidup aku kalau perangai isteri aku tak semenggah. Haishhh mintak dijauhkan." Bebel Hareez seorang diri di hujung tangga. Tanpa sedar ada seseorang yang mendengar luahannya itu.

"Kau laku ke? Macam tak je." Suara dari belakang badannya itu membuatkan dirinya tersentak.

Levine yang berdiri tegak dibelakang nya dipandang dengan renungan tajam. "Diam lah setan!" Maki Hareez sebelum membawa diri ke ruangan keluarga.

Kedengaran kuat ketawa Levine dari arah belakang.

"Bangang Levine!"

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

Majlis makan pada malam itu memang sungguh cukup meriah. Dihiasi dengan bunga api dan bbq di halaman rumah.

Kerusi meja yang disusun dibawah khemah terdapat pelbagai jenis juadah. Walaupun hanya orang terdekat yang dijemput, tetapi kemeriahan ini tak pernah dirasainya.

L.H. Black Rose's [COMPLETE]Where stories live. Discover now