L.H. Black Rose's 34

597 38 1
                                    

Habis sahaja pernyanyian. Kini, mereka beralih pergi ke meja makan beradab. Luth memimpin tangan Lissa untuk menurun dari pentas pelamin itu.

"Careful sayang."

Mereka berdua berjalan sehingga ke meja makan tersebut. Puan Khadijah menarik kerusi untuk memberi Lissa duduk. Manakala, Puan Siti Jasmin pula menarik kerusi kepada Luth.

"Thank you mummy."

"Thank you Mama."

Ucap mereka berdua serentak. Puan Khadijah dan Puan Siti hanga membalas senyuman.Kemudian, dengan lafaz bismillah mereka berdua mula makan sehingga selesai.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

Selesai makan. Mereka berdua berjalan-jalan ke meja tetamu. Sehingga ada suara yang memberhentikan langkah mereka.

"Assalamualaikum semua. Assalamualaikum kepada anak papa dan menantu papa. Alhamdulilah dah sah kamu berdua ye. Papa ingat kamu betul betul taknak kahwin. Hahaha. Rasa syukur tak terucap kepada Tuhan kerana menyatukan kamu berdua. Papa nak bagi ucapan sikit. Boleh?" Soal Dato Zanif dihujung ayat.

Luth dan Lissa yang berada dibawah mengangguk sambil memandang ke arah diri Dato Zanif dan menanti ucapan tersebut.

"Terima kasih. Kepada Luth Hayder. Menantu papa. Orang yang salam tangan papa untuk menghalalkan anak perempuan papa. Demi Allah, papa takut untuk lepaskan anak papa kepada kamu. Papa takut kamu sia-siakan hidupnya. Puteri papa yang dijaga dari kecil sehingga besar dan sudah bergelar menjadi isteri orang pada hari ini. Kini, hak jagaan papa diberi sepenuhnya kepada kamu. Jaga dirinya dengan penuh kasih sayang. Papa harap kamu tak sia-siakan peluang ini. Ajar dirinya jika ada salah. Jangan pernah naik tangan pada dirinya. Ini amanah papa kepada kamu Luth Hayder. Kamu dah jadi suami. Jika ada masalah berbincang dengan baik dan jangan buat keputusan yang melulu.Jaga dirinya dan hatinya juga dan akhir sekali, jadi suami yang bertanggungjawab."

"Untuk anak papa. Lissa Haeryn. Pada beberapa hari yang lepas kamu sudah pun bergelar menjadi isteri kepada Luth Hayder. Jadi isteri yang solehah. Jangan melawan cakap suami. Jaga maruah suami. Maafkan papa, jika selama papa menjaga Lissa ada yang kurang. Maafkan segalanya dan akhir ucapan papa doakan semoga hubungan rumah tangga kamu kekal sehingga ke syurga. Terima kasih ."

Seusai memberi ucapan. Dato Zanif terus turun dari pentas dan mengelap air matanya yang tidak henti henti menitis ketika memberi ucapan tersebut.

Lissa meluru laju ke arah Dato Zanif yang sedang duduk di kerusi. Diikuti oleh Luth dari belakang juga.

"Papa." Terus dia memeluk erat susuk tubuh itu. "Terima kasih kerana bagi kasih sayang yang sepenuhnya kepada Lissa. Maafkan Lissa jika selama Lissa bergelar anak kepada pap, ada membuat papa terasa hati dengan kelakuan Lissa selama ini. Maafkan Lissa." Ucap Lissa dalam esakan kecilnya.

Dato Zanif tersenyum kecil dan mengusap manja kepala Lissa. Yang lain melihat situasi itu turut merasa sebak.

"Amin amin yarabballalamin. Saya sebagai emcee pada hari ini. Ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru." Suara Emcee mula memecahkan suasana yang sedih itu.

"Jika tak keberatan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan boleh memberi ucapan kepada ibu bapa diatas ini."

Perlahan-lahan Lissa melepaskan pelukan. Air matanya yang mengalir dilap dengan tisu.

"Hold me sayang."

Luth menghulur tangan kepada Lissa.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

L.H. Black Rose's [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora