Bab 40

35 4 0
                                    

INDAH menguap perlahan. Lampu meja ri sebelah ditutup namun hujung jarinya tersentuh sekeping kertas. Oh, sampul duit raya yang Jay beri tadi.

"Nak buka ke?" gumam Indah sendiri sebelum menggeleng. "Tak payahlah. Tak ada apa-apa pun."

"Tapi... ah, buka ajelah." Indah duduk dan lampu meja dibuka semula. Lantas sampul duit raya itu dibuka lalu diintai isinya.

Sekeping RM50.

"Kaya, can't relate." Indah menjuih bibir. Duit itu ditarik keluar lalu dihidu. Bau duit baru keluar daripada bank.

"Apa benda ni?" Indah kecilkan mata. Lantas sampul duit raya itu didekatkan ke lampu meja.

"Surat?" Sehelai kertas yang dilipat kecil ditarik keluar lalu dibuka. Lalu setiap butir tulisan tangan itu dibaca. Tulisan Jay. Indah kenal tulisan itu. Tulisan kecil dan tidak berapa kemas itu, masih tidak berubah.

I am sorry. Hope you can forgive me and give me a second chance.

I love you, cinta. Like always.

.....

"Along, Indah dah cakap Indah tak nak datang sini lagi kan?" Indah menepis-nepis tangan Irzan yang sedari tadi asyik mengheret dia ke pantai.

"Kenapa?"

"Nanti mesti ada lelaki tu!" jeling Indah.

"Along tak cakap pun ada Jay. Kenapa? Indah harap dia ada ke?" soal Irzan memasang perangkap.

Indah terus berhenti menolak lengan lelaki itu dan mendengus kasar. "Tak cakap pun. Indah cuma tak nak jejak kaki ke sini lagi. Bad memories."

"You are such a little jerk kid. Degil gila." Irzan mencubit pipi gebu gadis itu sehingga merah. Lebih tajam jelingan Indah.

"Pergi sana, tunggu dekat pokok tu. Along yang suruh dia datang sini. Cakap elok-elok." Bahu Indah ditepuk sekali lalu ditolak perlahan.

Indah terus menggaru kepala, kasar. Stres kalau macam ini hari-hari. Akhirnya, langkahnya diatur paksa ke sebuah pokok yang dimaksudkan situ lalu menyandarkan tubuh sambil memeluk tubuh.

"Hai..."

Indah terus memaling wajah ke kiri, enggan memberi perhatian pada lelaki itu.

"Aku beli untuk kita." Jay tunduk sambil menghulur sebekas cawan plastik air kelapa yang masih sejuk. Turut ada sebekas cawan lagi untuk lelaki itu.

Indah hanya memandang sepi huluran tersebut dan mengeluh. "Nak apa sebenarnya ni? Jangan bazirkan masa aku boleh tak?"

"Tak nak minum dulu?"

"Nampak macam aku nak ke?" Indah ketap gigi.

"Sorry." Jay tetap mengukir sebuah senyuman walaupun payah. Kedua-dua bekas cawan air kepala tadi diletakkan perlahan-lahan di atas pasir.

"Duduk?" soal Jay lembut.

"No."

Jay menarik nafas dan menghembus tenang. Indah masih tetap dengan ego, jadi dia perlulah tenang dan tidak emosi.

"Kau buka tak duit raya yang aku bagi semalam?" tanya Jay, memulakan perbualan mereka walau jelas terasa canggung.

"Tak, dah buang dalam tong sampah."

"Oh." Jay hanya mampu mengukir sebuah senyuman tipis. Kalau Indah sudah buang, maksudnya gadis itu memang langsung tidak sudi.

"Aku... minta maaf. Aku tahu kau marah sangat pada aku. Tapi kalau kau bagi aku peluang untuk jelaskan semuanya dulu boleh?"

Indah pantas menggeleng dan terus menghadap lelaki itu. "Tak payah dah, Jay. Aku dah terima semua ni. Aku dah terima semuanya. Kau nak jelaskan apa lagi? Kau cakap kau buat semua tu untuk kita? Tsk, nonsense! Kau buat semua tu bukan untuk kita tapi hanya untuk kau. Kau pentingkan diri, Jay!"

"Indah... tak..." Jay geleng kepala menafikan. "Sebab itulah bagi aku jelaskan semua dulu. Kau dah salah faham."

"After all these years, kau datang cari aku balik macam tak ada apa-apa kononnya nak jelaskan semuanya. Tapi aku? Kau tahu tak apa yang aku hadap bila kau tinggalkan aku macam sampah waktu hari tu? Kau tahu tak apa yang aku hadap, Jay? Kau musnahkan hari bahagia aku. Kau buat aku macam sampah. Macam orang bodoh! Kau tahu tak aku sayangkan kau macam aku sayang nyawa aku sendiri, Jay. Aku sayang kau... tapi kau buat apa pada aku? Kau buat apa pada harapan yang aku bagi pada kau? Kau hancurkan semua! Aku rasa macam aku ni orang bodoh sebab letakkan semua perasaan aku pada kau sedangkan kau boleh tinggalkan aku seorang diri macam orang... macam orang tak ada perasaan!" Nada suaranya naik mendadak. Nasib baiklah waktu petang seperti ini tidak terlalu ramai orang.

"Aku dah bagitahu kau, Indah. Bagi aku jelaskan dulu. Bagi aku jelaskan-"

"Kau memang tak guna!" Indah terus menolak kasar dada lelaki itu. Air matanya juga tidak segan untuk turun daripada tubir mata.

"Aku benci kau, aku benci kau! Pergilah!" esak Indah sambil tangan naik sekali lagi menumbuk dada lelaki itu. Kasar. Namun Jay sedikit pun tidak menolak mahupun melindungi dirinya daripada terus menjadi habuan tumbukan padu gadis itu. Sakit yang Indah rasa langsung tidak setara dengan rasa sakit dek tumbukan gadis itu.

"Indah Daliya."

Indah terus jatuhkan tangan tatkala bahunya ditepuk dari arah belakang. "Apa benda ni? What are you even thinking?" soal Irzan sambil mengetap gigi. Sakit mata dia melihat Indah yang seperti sudah hilang kawalan sambil menumbuk-numbuk dada Jay. Indah bukannya budak kecil lagi. Boleh tahan juga tumbukan gadis itu.

"Along..." Indah menuding jari pada wajah mendung Jay yang sedang tertunduk. "Dia..."

"Duduk," arah Irzan senada.

Indah geleng kepala tanda tidak mahu. Lagi sakit hati dia melihat Jay yang sedang menghembus nafas berat dan duduk bersandar di pokok. Sepasang mata lelaki itu turut merah menahan tangis.

"Sit down, Indah Daliya," ulang Irzan sekali lagi.

"Indah tak nak-"

"I said, sit."

Indah terus mengemam bibir dan melabuhkan punggung di sebelah Jay, namun kekal berjarak. Tertelan liurnya mendengar nada kurang enak daripada Irzan. Dia tahu Irzan sedang marah.

"Talk nicely. Jangan jadi kurang ajar," pesan Irzan dan terus beredar dari situ, memberi ruang untuk mereka berdua sekali lagi.

"Seronok kan? Kau dapat tengok aku jadi macam ni sekarang. Semua sebab kau. Semua orang nak sebelahkan kau. Padahal..."

"Padahal salah aku," angguk Jay laju dengan suara serak-serak basah menahan tangis. "Ya, semua salah aku. Aku tahu semua salah aku. Aku dah musnahkan kepercayaan kau pada aku. Aku musnahkan hubungan kita. Aku musnahkan semua. Tapi Indah... untuk kali ni, layak tak untuk aku dapat peluang kedua daripada kau? Aku janji... aku takkan sia-siakan hubungan kita. Aku janji."

"Aku dah penat nak percaya dengan manusia, Jay." Nada suara Indah terus mengendur, tidak marah-marah seperti tadi.

"Aku dah penat. Penat sangat. Kau pergilah dari hidup aku. Jangan cari aku lagi. Aku boleh bahagia tanpa kau. Dan kau juga boleh bahagia tanpa aku. Kau dah putuskan semuanya tiga tahun lepas. Jadi sekarang, semuanya dah tak ada apa-apa lagi. Dah habis semua dekat sini. Dah habis." Indah tunduk meraup wajah.

"Kau pergilah..." rayu Indah. Setitis lagi air matanya tumpah.

"Aku pergi, tapi tolong maafkan aku dulu..." Jika Indah merayu, Jay juga merayu. Dia tahu hubungan mereka tidak akan kembali semula seperti dahulu tetapi tak apa. Sekurang-kurangnya dia hanya mahu sebuah kemaafan.

"Aku dah maafkan kau. Puas? Sekarang pergilah!"

Jay angguk perlahan-lahan dalam payah. "Aku pergi." Dia terus bangun daripada situ dan sempat memandang wajah gadis itu buat kali terakhir.

"Assalamualaikum." Langkahnya terus diayun lemah meninggalkan kawasan pantai. Sempat dia berpaling ke belakang, mengharap yang mungkin Indah akan menahannya atau mengejar namun tiada.

Mungkin ini pengakhiran yang sepatutnya.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now