Bab 1: Pertemuan yang tidak diduga

344 2 0
                                    


Athif Adlan melangkah dengan langkah yang penuh keyakinan di lobi hotelnya yang megah, setiap langkahnya menarik perhatian setiap pengunjung yang berada di lobi tersebut kerana rupanya yang handsome dan karisma yang menyeluruh. Dia mengenakan sut tempahan khas dari itali yang berkualiti tinggi yang  menambahkan lagi kesan kemewahan sehingga dapat dirasakan oleh setiap penggunjung yang berasa disana. Athif melangkah dengan yakin dengan bertemankan muka yang serius menggambarkan keyakinan diri yang kukuh.

Athif yang merupakan CEO Hotel Docheio, sudah terbiasa dengan perhatian dan tekanan yang berterusan. Walau bagaimanapun, hatinya tenang dengan penampilannya yang bergaya. Kehidupannya yang sibuk sering meninggalkannya dalam kesendirian yang menyiksanya, sebuah kesan yang dia tidak ingin orang lain tahu.

Di lobi itulah dia pertama kali bertemu dengan wanita yang akan membawa pelbagai perubahan terhadap dirinya. Dia bertemu seorang wanita yang angun dan jelita yang bernama Hana Eliza, seorang wanita muda yang menawan dengan aura ceria, sehinggakan dapat menarik perhatian Athif di dalam ruang yang agak sibuk itu. Dia seharusnya bertemu dengan Hana pada hari tersebut kerana ada meeting bersama pihak bank dan Hana merupakan wakil pihak bank tersebut.bDengan pakaian yang sopan dan senyuman yang lembut, Hana menyambut Athif dengan hormat.

Salam sejahtera, Encik Athif. "Saya ialah Hana Eliza wakil daripada bank GHJ dan salam perkenalan" kata Hana dengan ramah.

Senyuman yang diberikan oleh Hana kepada Athif adalah sangat memukau. Dia sudah biasa melihat senyuman pelbagai tetapinada sesuatu yang berbeza dengan senyuman wanita didepannya ini. Senyumannya amatlah memukau.

Dengan yakin, Athif menjawab "Salam sejahtera, dan salam perkenalan. Ada apa-apa perkembangan mengenai dalam projek kolaborasi yang you uruskan? Tanya Athif dengan suara tegas.

Hana melihat wajah athif dengan penuh perhatian. Wajahnya sangat handsome dan sangat memukau. Pandangannya matanya sangat memukau walaupun kelihatan tegas.

Athif terdiam sejenak, terpesona oleh keanggunan dan kecantikan Hana. Matanya menyelusuri wajah wanita di hadapannya dengan penuh perhatian, menangkap setiap detail yang memukau.

Hana, yang sedikit terkejut dengan pandangan tajam Athif, menyambut pertanyaannya dengan senyuman lembut. "Ya, Encik Athif. Kami sedang dalam proses akhir penilaian projek kolaborasi ini. Saya yakin hasilnya akan memuaskan kedua belah pihak."

Athif mengangguk puas, merasakan kelegaan atas perkembangan yang positif itu. Namun, di balik kerelaannya menerima berita baik itu, dia merasakan ada kegelisahan yang menyelubungi hatinya. Dia merasa tertarik pada Hana, tetapi pada masa yang sama, dia juga merasa takut akan bahaya yang mungkin timbul akibat terlalu dekat dengan wanita itu.

Sementara itu, Hana merasa sedikit gugup di bawah tatapan tajam Athif. Dia merasakan tarikan yang tak dapat dijelaskan terhadap lelaki itu, tetapi dia ingin bersikap profesional dan tidak memikir panjang mengenai perasaannya itu.

Di tengah-tengah pertemuan yang penuh ketegangan itu, merupakan titik perkenalan dan permulaan hubungan yanga akan  menggegarkan  mereka berdua. Sesuatu yang mungkin akan mengubah jalan hidup mereka selamanya.

Note
-Jumpa di next bab ♥️

Cahaya di Balik BayanganWhere stories live. Discover now