Chapter 5

5 2 0
                                    

Jayden Alfred mundar-mandir resah. Selama hidupnya, tak pernah lagi dia jemput perempuan ke rumah. Pelbagai persoalan singgah di benak. Bagaimana supaya dia kekal bertingkah biasa? Bagaimana jika dia tersalah tingkah dan buat Cynthia rasa tidak selesa?

Jayden menatap jam analog di dinding, jarumnya sudah menunjukkan pukul 10 pagi, sekejap lagi Cynthia akan datang, bertambah resahlah dia.

"Dah kenapa kau mundar-mandir dari tadi? Tenanglah, bukannya dia datang nak makan kau pun."

Ibu Jayden melabuh punggung di sofa ruang tamu, di tangan sudah ada semangkuk popcorn, menandakan sebentar lagi dia akan marathon drama korea. 

Loceng rumah berbunyi. Lantas saja Jayden menuju ke pintu utama lalu membuka pagar untuk Cynthia. Dia meneliti penampilan gadis itu, Cynthia terlihat manis dengan Baju-T polos berwarna putih, dipadankan dengan kardigan merah jambu bersama dengan Jeans Bootcut. Rambutnya juga digayakan dengan tocang dua.

"Masuklah." Jayden mempelawa, dibalas anggukan oleh Cynthia.

"Nak buat kat mana? Bilik kau?" Cynthia menyoal. Soalan Cynthia berhasil membuatkan Jayden kejung satu badan. Matanya menatap Cynthia terkebil-kebil. Buat? BUAT APA KAT BILIK?

"B-buat apa?"
"The revision, Idiot." Cynthia mengetuk kepala Jayden menggunakan buku di tangan. Jejeka itu meringis perlahan, mengusap-usap bahagian yang terkena ketukan gadis itu.

"Hehe, ingatkan buat apa tadi...Kau tak kisah buat kat bilik aku? Tak nervous? Berduaan dengan aku? Dalam bilik?" Jayden mengangkat-angkat kedua keningnya, mencuba untuk mengusik Cynthia.

"Jangan perasanlah." Cynthia menaiki anak tangga, meninggalkan Jayden di belakang.

"Pakai kondom."  Ibunya tetiba berkata membuatkan Jayden tertoleh ke belakang dengan wajah kepelikan.

"Joan, I'm 17."
"And I'm 34."
Joanna mengangkat-angkat keningnya. Lama juga Jayden berdiam, sebelum matanya membulat menatap ibunya. Joanna tertawa. "Faham, kan?"

Jayden bergidik ngeri  lalu berlari ke tingkat atas, membuntuti Cynthia.

"Woah, ni bilik kau eh? Boleh tahan.." Cynthia melilau memerhati setiap penjuru ruangan bilik Jayden. Ianya bernuansa hijau tua yang dikombinasikan dengan warna krim. Bilik itu sangat minimalis, tidak sama dengan sebagaimana Cynthia bayangkan bilik Jayden akan jadi. 

Ingatkan, bilik Jayden akan penuh dengan poster-poster band terkenal, mesti warnanya serba hitam, semak samun dengan pakaian-pakaian kotor dan bermacam lagilah.

Rupanya, bilik Jayden sangat bersih. Di sudut bilik, ada rak kaca yang menyimpan koleksi trofi Jayden dan ada juga koleksi pelbagai jenis kamera yang bersusun kemas. Di dinding, terlekat beberapa gambar hasil fotografi yang amat dikenali Cynthia.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 To. J Where stories live. Discover now