Bab 33

28 3 0
                                    

Indah gigit bibir bawah. Kaki terus berlari laju hingga berhenti tepat-tepat di hadapan bas yang sudah dua minit berhenti. Masih ada ramai penumpang bas yang masih ada di dalam isi bas itu.

Kepalanya terjenguk-jenguk mencari bayang tubuh Jay namun tiada. Mungkin dikaburi dengan penumpang-penumpang lain yang masih mengambil beg masing-masing di tingkat bawah bas.

Indah terus mengundur sedikit, memberi ruang kepada beberapa orang penumpang yang mahu berjalan di laluan. Kemudian, Indah terus melangkah ke kerusi berhampiran dan meletakkan beg galasnya di sebelah. Dia baru sahaja habis kerja dan terus memandu ke sini, penat sedikit tetapi tak mengapa. Irzan seperti biasa, masih belum pulang kerja kerana sibuk.

Botol air yang dibawa dari rumah dibawa keluar dari beg lalu diteguk sedikit. Mata masih tidak lekang memerhati bas yang penuh dengan manusia itu. Dia tahu itu bas yang Jay naiki kerana Jay yang beritahu malam semalam melalui WhatsApp. Itu pun setelah lima hari di Langkawi sana tanpa khabar berita. Sunyi sepi.

"Jay..." Indah terus menggalas beg galas ke bahu semula dan berlari anak ke arah Jay yang sedang membetulkan tiga beg plastik kertas di tangan.

Jay terus memandang ke hadapan, melihat wajah Indah yang tidak terkedip-kedip memandangnya. "Kau datang?"

"Mestilah saya datang. Saya dah bagitahu saya nak jemput awak dekat sini." Nada suara Indah mengendur, kecil hati. Dia sudah beritahu, mungkin Jay tidak buka telefon malam semalam. Atau mungkin malas hendak melayan dia lagi, entah.

"Sorry."

Kedua-dua belah bahu Indah mengendur. Dia teruja hendak berjumpa Jay semula selepas lima hari, namun ini yang dia dapat. Jay seakan-akan sudah tidak suka dia lagi. Seakan-akan rimas. "Jomlah balik."

Malah Jay hanya senyap dan mengikuti langkah gadis itu ke kereta.

"Saya drive, awak rehat ajelah. Saya tahu awak penat."

"Okey." Jay terus masuk ke tempat duduk penumpang dan meletakkan beg-beg kertas tadi di atas ribanya. Satu lagi keluhan berat dihembus saat Indah di sebelah sudah mula menghidupkan enjin kereta dan laju roda tayar kereta membelah jalan.

"Esok awak rehatlah dekat rumah, saya tahu awak penat. Lusa baru kita keluar sambut birthday sama-sama."

"Lusa birthday kita ke?"

Prang

Terasa bagai ada sesuatu yang retak. Bukan kaca tetapi hati.

Hati sendiri.

Indah kemam bibir, cuba mengusir jauh segala tanggapan buruknya terhadap Jay kini. Stereng kereta digenggam, mata dipaksa fokus ke hadapan walau pada dasarnya, hendak saja matanya ini ditikam ke sepasang mata Jay.

Jay sudah terlalu lain sejak sebelum ke Langkawi lagi, bagai ada sebuah jurang tinggi yang memisahkan mereka. Dia sudah buntu. Apa salah dia?

"Indah... sorry... aku baru teringat." Jay menunduk.

Wajah Indah berubah keruh sekali lagi. Jay tidak ingat tarikh hari lahir mereka, sama juga maksudnya dengan Jay tidak ingat yang tarikh itu ialah tarikh hari lahir Indah juga.

"Indah..."

"It's okay." Laju Indah memotong. Mungkin buat masa sekarang, dia perlu tenangkan diri dahulu. Bila keadaan sudah tenang semula, dia akan adakan sesi deep talk bersama Jay.

Indah faham, dia bukannya bagus mana. Manalah tahu dia pernah calarkan hati Jay sebelum ini. Dia juga manusia biasa, manalah tahu jika dia pernah terlepas pandang apa-apa.

"I am sorry." Jay mengeluh dan meletakkan ketiga-tiga beg kertas di atas ribanya tadi ke tempat duduk belakang.

"Tak apa."

Jay angguk. "Dalam beg tu ada coklat aku beli dari Langkawi. Makanlah."

.....

28 Oktober.

Hari lahir mereka berdua.

Indah tarik nafas panjang tatkala melihat belakang tubuh Jay yang sedang duduk di atas pasir sambil mendongak merenung dada langit.

Irzan di sebalik pokok dijeling dengan anak mata lalu ibu jari diangkat tinggi. Dia sudah serahkan hadiah hari lahir Jay kepada Irzan, sekejap lagi Irzan akan serahkan senyap-senyap kepada mereka. Kejutan semestinya.

Hari lahir mestilah penuh dengan kejutan, bukan?

Boleh dengan kejutan bahagia.

Boleh juga dengan kejutan duka lara.

Kakinya terus diorak ke sebelah Jay lalu dia duduk di situ. "Morning, Jay."

Jay terpempan sejenak. Jauh mengelamun sehingga dia tidak sedar yang Indah sudah sampai. Selalunya dia sedar kalau Indah sudah sampai melalui derap langkah gadis itu. Namun tidak hari ini.

"Happy level up level 25, Jay!" Indah sengih dan menepuk-nepuk tangan sebelum tangannya perlahan-lahan turun sat Jay seakan-akan tiada perasaan. Wajah Jay hari ini, kosong.

"Jay?"

Jay terus tersedar saripada lamunan panjangnya dan memandang wajah Indah yang sudah berubah lain.

"Thank you. Happy birthday to you too."

Indah kemam bibir bawah. Senyumannya memudar sirna. Terus hilang segala keterujaan pada wajahnya, aemuanya diragut pergi. Namun cepat-cepat senyuman dipasang semula. Hari ini hari bahagia mereka, dia tidak mahu mengeruhkan hari ini hanya disebabkan perkara kecil. Boleh jadi Jay penat kerana tidak cukup tidur.

"So... hari ni apa perancangan awak untuk sambut birthday kita?" soal Indah sambil menyengetkan kepala. Dagunya ditongkat pada tangan sendiri.

"Entahlah."

Prang

Retak sekali lagi.

Cuma sayangnya, Jay tidak mampu dengar. Yang retak itu hatinya. Retak daripada dalam.

Tidak berdarah.

Tetapi sakit.

"Awak ada hadiah untuk saya tak?" tanya Indah lagi. Ini kali terakhir dia tanya. Jika respons Jay masih sama, dia sendiri akan angkat kaki dan pergi menjauh buat seketika. Dia tidak tahu apa masalah Jay. Boleh jadi lelaki itu terlalu penat. Otaknya sedaya upaya memikirkan semua kemungkinan yang baik-baik sahaja namun mana mungkin dia bersikap positif setiap masa.

Jay mengeluh mendengar soalan itu. Namun mulutnya tidak pula dibuka untuk memberi jawapan.

"Jay..."

"Senyap sekejap, Indah. Aku penat. Aku penat. Sungguh, aku penat. Penat sangat."

Indah ketap bibir. Bahunya terus jatuh.

"Penat... kenapa? Penat dengan saya ke? Awak dah penat dengan saya?" Soalan itu dilontar tanpa disangka-sangka. Dia juga ada perasaan. Jay lontarkan ayat itu bagai dia tiada perasan. Jay penat kerja? Dia juga bekerja. Dia juga penat. Namun tidak pula dia babitkan lelaki itu jika dia sedang letih.

Jay mengeluh buat kali kedua.

"Saya cuma tanya aje. Kalau awak tak ada hadiah untuk saya pun tak apa, saya bukannya paksa." Indah tersenyum nipis.

"Hah! Malam ni awak free kan? Saya cadang nak ajak awak celebrate birthday kita dekat satu kafe ni. Nak tak?"

"Tapi kalau awak ada plan lain pun boleh. Nanti awak-"

"Stop right there. Stop." Pantas Jay memotong.

"Let's break up."

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now