BAB 12 : SIASATAN BERMULA

2.6K 28 3
                                    


Inspektor Imran dan Inspektor Enida baru sahaja keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Moreh. Kedua-dua mereka tidak memakai unifom polis kerana mereka dalam unit siasatan.

"Tak banyak maklumat yang kita perolehi, ya En," Inspektor Imran memulakan bicara sebaik saja mereka sama-sama masuk ke dalam perut kereta.

"Ya, Cuma ada rakan-rakan mereka yang melihat mereka menuju ke lorong pintas di belakang Watson dekat dengan kedai buku tu,"

"Bagaimana dengan saksi utama, Aini? Ibu bapa dia ada bagitau kita apa-apa perubahan?"

"Belum lagi, Imran. Minggu lepas kita dah cuba untuk tanya dia. Tapi, sejak kejadian tu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut saksi utama. Dia masih dalam keadaan fobia," jelas Inspektor Enida lagi sambil membelek-belek buku notanya.

"Kalau begitu, kita cuba lagi hari ni. Mana tahu, kalau-kalau ada perubahan," cadang Inspektor Imran.

Inspektor Imran dan Inspektor Enida telah diamanahkan untuk menyiasat kes culik Fatihah. Mereka sudah lama digandingkan dan masing-masing berpengalaman menyelesaikan pelbagai kes. Inspektor Imran merupakan seorang suami dan ayah kepada 2 orang anak manakala, Inspektor Enida masih membujang walaupun usianya sudah berganjak ke 30-an. Mereka berbual-bual kosong di dalam kereta sementara sampai ke rumah Aini.

"Assalammualaikum..." laung Inspektor Imran di hadapan rumah Aini.

"Waalaikum salam. Ohhh... Polis datang. Mari masuk. Aini masih lagi macam tu. Tapi, masuklah. Cuba encik cakap sendiri dengan dia," ramah benar emak Aini menyambut kedatangan kedua-dua polis itu.

"Terima kasih puan," Sahut Inspektor Enida sambil tersenyum. Emak Aini segera membawa mereka berdua ke arah bilik Aini. Pintu bilik Aini diketuk. Pintu yang tidak rapat itu terbuka sendiri. Terkejut Aini melihat pintu terbuka tiba-tiba sedangkan dia baru saja menukar baju.

"Eh, maaf ye tuan inspektor. Aini baru lepas mandi tadi," terkocoh-kocoh emak Aini menutup semula pintu itu rapat-rapat apabila melihat anak daranya dalam keadaan tidak memakai pakaian. Tersentak wajah Inspektor Imran melihat situasi itu. Dia cepat-cepat tunduk tanda malu. Inspektor Enida pula mengerling ke arah Inspektor Imran. Mereka hanya menunggu di ruang tamu sementara menunggu Aini siap memakai pakaian.

10 minit kemudian, Aini keluar dari dapur sambil menatang dulang air. Inspektor Imran berpura-pura tidak nampak akan apa yang dilihatnya sebentar tadi walaupun dihatinya berbuku rasa malu. Aini duduk di sebelah emaknya.

"Sebuah van Alphard Vellfire datang dekat dengan kami berjalan. Bila betul-betul lalu di sebelah kami, pintu dibuka dan salah seorang dari dalam van tu, terus menendang saya," tiba-tiba Aini bersuara tanpa ditanya. Emaknya, Inspektor Imran dan Inspektor Enida terkejut dengan keterangan itu. Aini yang selama ini diam, kini mula berkata-kata.

"Adik boleh ingat tak nombor plat van tu?" tanya Inspektor Imran.

Aini menggeleng.

"Adik nampak tak siapa yang tendang adik atau siapa-siapa yang ada dalam van tu?"

Aini sekali lagi menggeleng.

"Ada lagi apa-apa butiran yang adik nak kongsi dengan kami?"

"Itu saja yang saya ingat. Tolong encik, tolong selamatkan kawan baik saya... Tolong selamatkan Tihah... huhuhuhuuuu..." rayu Aini sambil menangis deras. Inspektor Imran dan Inspektor Enida saling berpandangan. Nampaknya itulah saja maklumat yang diperolehi. Inspektor Enida menulis apa-apa percakapan Aini dalam buku notanya. Mereka bangun selepas menghirup minuman yang disediakan lantas beredar. Tiada apa lagi yang dapat disiasat daripada Aini.

"Amboi, bulat mata kau ya, dapat tengok body anak dara 16 tahun..." perli Inspektor Enida setelah mereka berdua berada dalam kereta.

"Itu namanya rezeki En. Hahahaa... bukan aku sengaja pun. Lagi pun, breast budak 16 tahun tu lagi besar dari anak dara 30-an yang kat sebelah aku ni... hahaha..." Inspektor Imran mula bergurau nakal dengan Inspektor Enida. Mereka bukan baru kenal sehari dua. Sudah bertahun-tahun mereka menjadi rakan sekerja. Sudah seperti adik beradik.

MASIH ADAKAH NIKMAT BUATKU (Nurul Fatihah Asqilah)Where stories live. Discover now