BAB 2 : SEKOLAH DAN SUKAN

5.6K 56 0
                                    


Tihah berjalan pantas ke sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Moreh itu tidaklah jauh dari rumahnya. Dia memerlukan 25 minit untuk sampai ke sana. Sampai saja di sekolah, loceng perhimpunan belum lagi berbunyi. Masih ada masa untuk Tihah meletakkan begnya di kelas. Mujur kelasnya dan tapak perhimpunan tidaklah terlalu jauh, jika tidak sudah pasti Tihah berlelahan ingin berjalan jauh.

"Oit, Tihah!!! Cepatlah jalan tu. Kan loceng da bunyi," sapa Aini dari belakang. Tihah hampir-hampir melatah dek usikan Aini. Mereka bersalaman sambil beriringan ke tapak perhimpunan. Tihah tidak banyak bercakap. Hatinya masih lagi walang dengan keputusan mama pagi tadi.

"Baiklah, sekian saja perhimpunan pagi untuk minggu ini. Kita sudahi majlis kita hari ini dengan Surah Al-'Asr dan tasbih Kifarah," pengerusi perhimpunan mengakhiri perhimpunan pagi itu. Suasana menjadi hingar-bingar sebaik saja guru-guru mulai bangun dari tempat duduk mereka di atas pentas.

"Tihah, dia pandang kau tu... Dia pandang kau...," lancar Aini bercakap meniru gaya Mak Kepoh. Tihah segera menoleh ke arah sekumpulan pelajar laki-laki yang yang menanti giliran beratur. Mukanya tiba-tiba merah apabila melihat Nazrin sedang memandangnya sambil tersenyum. Dia cuba membalas senyuman itu, namun, malunya cepat memalingkan mukanya ke arah lain. Kacak sungguh wajah Nazrin. Redup dipandang. Songkok hitam yang selalu dipakainya menambahkan lagi ketampanan wajah laki-laki idamannya itu. Apatah lagi kewarakan Nazrin ditonjolkan apabila sering diundang guru untuk membaca doa pada mana-mana majlis di sekolah ini.

"Kau ni kenapa tak nak cakap yang kau suka dia Tihah. Malu-malu pula, nanti melepas tau," Aini memulakan bicara sementara menunggu giliran keluar barisan.

"Ala, Aini. Aku ni siapa je. Dia tak pandang pun. Budak baru kat sekolah ni pulak tu. Mesti ramai budak-budak lain yang suka dia."

"Tihah, kalau nak diikutkan, aku pun terpikat dengan muka dia tu. Tp, dia memang jenis tak layan perempuan ngurat dia la. Tapi aku tengok, dia selalu jeling kau, macam tadi tu. Kau je yang tak nak balas senyuman dia yang menawan tu."

"Hahaha. Jangan berangan lah kau ni Aini. Biar je lah aku simpan. Tak kan perigi mencari timba pulak. Tak sesuai OK."

Barisan Tihah mula bergerak. Lehernya dipanjangkan kehadapan. Ada 'spotcheck' rupanya, patutlah lambat saja pergerakan barisan ini. Tihah meraba badannya. Nasibnya baik kerana dia tidak lupa memakai baju singlet dan kain dalam. Tihah tersenyum.

"Alamak Tihah. Aku tak pakai. Hari ini kan ada senaman, aku lupa pulak ada perhimpunan. Macam mana ni ek?" Aini tampak kelam-kabut. Dua tangannya menekup kedua-dua buah dadanya.

"Erm, kuning tuuu.. Hahaha... Nasib kau lah Aini... Hehehe," Tihah sekadar ketawa sambil menyelak tudung Aini. Jelas warna baju dalam Aini yang tembus dari ketipisan baju sekolahnya. Aini muram. Dia cuba mengecilkan badannya berlindung di belakang tubuh Tihah yang kecil. Pelajar perempuan di hadapan Tihah semuanya menyelak tudung masing-masing. Ada empat pengawas yang bertugas untuk memeriksa. Siapa-siapa yang tidak memakai singlet atau kain dalam dikumpulkan di satu kelompok. Pasti akan didenda. Tihah senyum kepada pengawas-pengawas yang memeriksa. Dia menyelak tudungnya dan mengangkat kain menampakkan kain dalam yang berwarna coklat cair.

"OK, jalan," arah salah seorang pengawas. Tiba saja giliran Aini diperiksa, dia terus saja pergi kelompok rakan-rakan yang telah diperiksa tidak memakai singlet atau kain dalam. Mulutnya dimuncungkan panjang. Tihah tergelak kecil. Sempat dia melambai Aini yang menarik muka.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Aini berjalan malas-malas masuk ke kelas. Semua mata tertumpu pada batang tubuh Aini. Aini kemalu-maluan. Cepat-cepat dia ambil tempat duduknya di sebelah Tihah.

MASIH ADAKAH NIKMAT BUATKU (Nurul Fatihah Asqilah)Where stories live. Discover now