Bab 6 : Protagonis I

58 3 0
                                    

Kereta api bawah tanah itu berhenti sekitar separuh jalan dari Jambatan Dongho.

"Ya Tuhanku..."

Beberapa orang yang terselamat sedang berdiri dan melihat ke arah tempat kejadian yang berlaku di luar gerabak―Seoul yang hancur dan bangunan sudah runtuh. Raksasa seperti seekor ular gergasi sedang memakan serpihan jet pejuang yang telah terhempas ke dalam Sungai Han.

"A-Apa kejadahnya...!"

Aku terus mengenali identiti mereka sekaligus. Ichthyosaur. Raksasa yang
biasanya dipanggil sebagai 'sea-serpent' atau ular laut, yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai raksasa gred ke-7 di dalam dunia novel 'Cara untuk Bertahan Hidup'. Salah seekor daripada ichthyosaur itu memandang ke arah kami.

"U-Uwaaah! Makhluk itu akan datang kepada kita!"

Orang ramai menjerit ketakutan. Namun, aku hanya memandang secara acuh tak acuh terhadap ichthyosaur yang kian menghampiri. Raksasa itu tidak akan menjadi ancaman pun. Ichthyosaur itu kelihatan mengelilingi bahagian bawah Jambatan Dongho dan hilang dalam gelembung udara.

Dalam dunia 'Cara untuk Bertahan Hidup', 'senario' adalah benda yang paling diutamakan berbanding perkara lain. Selama kita dilindungi oleh senario itu, kita tidak perlu berurusan dengan raksasa itu dengan segera. Sekurang-kurangnya buat masa ini sahaja.

[Penyelesaian pampasan ditangguhkan kerana senario yang tidak dijangka berlaku sedang disemak. Sila tunggu.]

Penyelesaian bagi hadiah pampasan sepatutnya dimulakan sekarang tetapi hanya satu mesej ralat yang terapung di udara. Itu mungkin disebabkan oleh aku.

Aku memandang ke bawah dan hanya memerhati pada badan Kim Namwoon yang berbaki batang tubuh badannya. Menurut novel 'Cara untuk Bertahan Hidup' yang asal, Kim Namwoon adalah orang yang paling banyak membunuh orang lain dalam gerabak ini dan kemudian beralih ke senario seterusnya.

Namun, aku telah menghentikan dia. Jika pemikiran aku betul, mereka yang menjadi marah dengan kematian Kim Namwoon akan muncul. Di sini? Bukan disini. Mereka berada di atas langit.

[Disebabkan kematian karakter 'Kim Namwoon', dua konstelasi sedang menunjukkan sedikit permusuhan terhadap anda.]

Konstelasi. Mereka adalah makhluk misteri dalam 'Cara untuk Bertahan Hidup'. Mereka duduk memerhatikan kami dari nebula yang jauh dan merupakan 'mastermind' dari tragedi ini.

Apabila pemberitahuan pilihan konstelasi muncul, aku langsung menyedari bahawa ia kini bermula dengan sebenar-benarnya.

Ini sangat kelakar. Sehari yang lalu, kedudukan kami berbeza. Sekarang mereka pula yang memerhatikan aku.

[Sebilangan kecil konstelasi mengagumi senario anda.]

[Para konstelasi telah 'sponsor' anda 500 syiling.]

Jika ada beberapa orang konstelasi yang tidak menyukai aku, jadi turut ada juga orang yang menyukai aku. Walau apa pun, ini adalah keadaan yang sangat tidak selesa.

Namun, aku tidak boleh berbuat apa-apa tentang mereka sekarang. Kini, tiba giliran aku pula menjadi badut. Aku mengambil pisau Tentera Swiss kepunyaan Kim Namwoon di atas lantai dan berpikir―silakan menonton. Mereka akhirnya akan membayar yuran kemasukan saluran dengan nyawa mereka.

"...Dokja-ssi? Awak okay ke?"

Aku mendongak dan melihat wajah Yoo Sangah yang sedang menghulurkan tangannya. Bahu dia kelihatan kendur. Darah menyelimuti blaus putih miliknya dan terdapat larian di dalam stokingnya.
Yoo Sangah yang aku kenal sudah tiada.

Aku memegang tangan Yoo Sangah dan
berkata, "Saya minta maaf. Saya tidak dapat menyelamatkan nenek."

Aku menunduk dan memandang mayat nenek yang telah hilang kepala itu. Aku tidak tahu nama nenek itu. Pada masa akan datang, mungkin ramai orang yang akan mati dengan cara yang sama. Yoo Sangah memandang aku dengan pandangan yang rumit.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Omniscient Reader's Viewpoint (Malay Translation)Where stories live. Discover now