Bab 3 : Memulakan Perkhidmatan Berbayar III

52 4 0
                                    

Orang ramai mula bereaksi tindak balas secara berbeza selepas dokkaebi itu hilang. Beberapa orang ramai cuba keluar dari kereta api manakala yang lain menghubungi polis.

Yoo Sangah pula tergolong dalam kumpulan yang terakhir. "Polis, polis tidak menjawab! Apa, apa yang patut saya..."

"Bertenang, Yoo Sangah-ssi," kataku sambil merenung tepat ke arah mata Yoo Sangah yang sedang tidak fokus.

"Yoo Sangah-ssi. Awak pernah main ke permainan yang dibuat oleh pasukan pembangunan? Permainan di mana dunia musnah dan hanya sedikit orang yang terselamat."

"Hah? Apa yang awak cakap-..."

"Fikirkanlah. Kita dalam suatu permainan sekarang."

Yoo Sangah hanya diam sambil mengigit bibirnya. "Permainan..."

"Mudah sahaja. Jangan teragak-agak untuk melakukan seperti apa yang akan saya katakan. Faham?"

"F-Faham. Apa yang patut saya buat?"

"Duduk diam-diam di sini."

Akhirnya, perlahan-lahan aku mengawal pernafasanku. Aku juga memerlukan masa untuk betul-betul menerima semua ini.

[Tiga Cara untuk Bertahan di Dunia Yang Hancur]

Gambaran yang hanya wujud dalam novel itu kini terbongkar betul-betul di depan mata aku.

「Dokkaebi itu mengeluarkan antenanya. 」

「 Mayat-mayat bertaburan seperti sampah di dalam gerabak. 」

「 Pekerja pejabat yang berlumuran darah itu gemetar. 」

「Seorang wanita tua mengerang di tempat duduknya. 」

Aku memerhati setiap adegan dengan teliti. Ia seperti Neo dalam Matriks, yang seperti realiti. Memerhati, menyoal, dan kemudian akhirnya menjadi yakin... Aku terpaksa mengakuinya. Aku tidak tahu sebabnya, tetapi tidak ada keraguan lagi tentangnya.

'Cara untuk Bertahan Hidup' telah menjadi kenyataan.

Biar aku berfikir... Bagaimanakah aku harus bertahan di dunia baru ini?

"Ayuh, semua! Semua bertenang. Mulakan bernafas dengan tenang."

Seseorang melangkah ke hadapan tepat lima minit selepas dokkaebi itu hilang. Dia seorang lelaki tegap dengan rambut pendek, lebih tinggi satu kepala daripada ketinggian purata.

"Anda semua sudah tenang? Tolong hentikan tindakan anda semua sekarang dan perhatikan saya untuk seketika."

Orang ramai yang sedang menangis teresak-esak atau membuat panggilan berhenti secara serta-merta.

Apabila mata semua orang telah berkumpul memandang kearahnya, lelaki besar itu membuka mulutnya lagi, "Seperti yang kamu sudah ketahui, sekiranya berlaku bencana negara, gangguan kecil boleh menyebabkan banyak korban manusia. Itulah sebabnya kini saya yang akan mengawal keadaan."

"Apa, siapa awak?"

"Situasi bencana negara? Apa yang kamu katakan?"

Sesetengah orang lambat tangkap maksudnya bagi pulih dan kuat menentang dunia 'kawalan'.

Kemudian, pemuda itu mengeluarkan kad rasmi kerajaan dari dalam dompetnya. "Saya merupakan seorang leftenan tentera yang kini berkhidmat dalam unit 6502."

Wajah sesetengah orang ramai menjadi lega. "Seorang askar, dia seorang askar."

Namun, masih terlalu awal untuk berasa lega.

"Saya baru sahaja menerima mesej daripada unit saya."

Orang ramai berkumpul di hadapan telefon pintar askar itu. Aku dapat membaca isinya tanpa susah payah kerana aku berada agak berdekatan dengannya.

Omniscient Reader's Viewpoint (Malay Translation)Where stories live. Discover now