*CHAPTER 1

1K 15 0
                                        

KAKI menuruni anak tangga sambil menayangkan wajah yang ceria itu menuju ke Datin Aini dan Dato Iskandar. Datin Aini dan Dato Iskandar adalah ibu bapa kepada gadis yang bernama Nayla Aralyn. Kerusi di sebelah ibunya ditarik lalu melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

Sekeping roti dicapai serta secawan susu di atas meja dijamah oleh Aralyn sebagai sarapan pagi. Memang itu sahaja yang menjadi santapan pagi gadis itu pada setiap hari.

"Aralyn siap awal-awal pagi ni nak pergi mana?" Soal Datin Aini, sambil menjamah sesuap mi di dalam mulutnya. Matanya melihat pada anaknya yang seorang itu sedang menikmati sarapan pagi dengan ceria.

"Aralyn nak pergi jumpa kawan kejap mama, dia ajak jumpa." Balas Aralyn, dengan menayangkan wajah yang ceria serta memberi senyuman manis kepada Datin Aini.

"Kawan? Kawan yang mana pula ni?" Soal Datin Aini sambil memberi riak wajah yang pelik, setahu dia Aralyn tiada kawan. Bukan kerana tiada siapa mahu berkawan dengan anaknya itu tetapi kebanyakkan yang mahu berkawan dengan Aralyn hanya semata mata duit sahaja.

"Mikayla ma, mama ingat tak?" Sambil menayangkan wajah seakan-akan teruja. Laju sahaja Datin Aini menggelengkan kepalanya. Mungkin faktor usia yang menyebabkan Datin Aini tidak beberapa ingat.

"Alaa ma, mama ingat tak dulu masa kecik-kecik Aralyn selalu main sama-sama dengan dia." Terang Aralyn kepada Datin Aini yang sedang mencuba untuk ingat semula. Mikayla adalah satu-satunya sahabat yang ikhlas berkawan dengan Aralyn. Bukan harta mahu pun duit yang dia mahu, tetapi hanya menjadi sahabat yang kekal hingga ke jannah.

"Oh yaa mama ingat, jadi Aralyn nak jumpa Mikayla lepas makan ni ke?" Soal Datin Aini semula, Aralyn hanya sekadar membalas dengan anggukkan sahaja. Datin Aini berasa lega kerana masih ada yang berkawan dengan ikhlas pada Aralyn.

"Mama, Aralyn nak gerak dah ni kalau mama nak kirim apa-apa call Aralyn okey." Aralyn memberi senyuman manis itu lagi kepada Datin Aini lalu menyalam tangan Datin Aini dan juga Dato Iskandar. Dato Iskandar hanya mendiamkan diri sahaja dari tadi kerana tidak mahu mengganggu perbualan di antara anaknya dan juga isterinya.

Pintu kereta yang berjenama Porsche itu di buka lalu kaki melangkah masuk ke dalam perut kereta. Tidak sempat mahu menghidupkan enjin, telefonnya terus berdering.

"Hello?" Telefonnya diangkat tanpa melihat siapa yang menelefonnya itu. Laju sahaja suara mencelah di dalam telefon itu.

"Aralyn sebelum kau datang tempat yang kita nak jumpa tu, kau singgah cafe kejap boleh? Aku teringin la nak minum latte pagi-pagi ni..." Lerek Mikayla, bukan dia tidak mahu pergi ke cafe untuk membeli sendiri tetapi dia sudah tiba ke tempat yang mereka mahu berjumpa.

"Kau ni salam pun tak bagi terus suruh aku beli air dekat kau pula." Tegas Aralyn kepada Mikayla.

"Hehe sorry. Kau tolong belikan kejap tau, maseh! Sayang kau Aralyn." Mikayla terus meletakkan panggilan. Aralyn hanya menggelengkan kepalanya.

Memang tak ubah perangai kau dari dulu Kayla.

Kereta yang tergendala untuk menghidupkan enjin sebentar tadi laju sahaja tangannya untuk hidupkan enjin keretanya semula. Setelah menunggu beberapa minit untuk ia memanaskan enjin keretanya, terus sahaja Aralyn membawa keretanya menuju ke cafe yang berdekatan.

Sampai sahaja di sebuah cafe, Aralyn menoleh kiri mahu pun kanan untuk mencari parkir kereta yang kosong. Aralyn yang telah nampak satu parkir yang kosong itu terus sahaja meletakkan keretanya di situ. Pintu kereta berjenama itu dibuka lalu tubuhnya keluar dari perut kereta.

Sayap Sempurna | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang