L U A H

1.8K 74 14
                                    

"Letihkan?"

"Hmm?"Amsyar tidak mengerti. Wajahnya berkerut memandang ke arah Shark.

Shark menghabiskan rokok di tangan lalu dia campakkan ke laut. Asap dalam mulutnya di hembuskan keluar.

Suasana di jambatan kedua Pulau Pinang itu makin sunyi, biasalah bukan hari minggu. Hari bekerja jadi tak ramai orang lepak di sini. Hanya ada beberapa orang.

Usai makan tadi, terus mereka datang ke sini untuk 'healing' sementara menunggu mata mengantuk.

"Tak faham, apa yang letih? Letih kerja?" Soal Amsyar dengan wajah masih berkerut.

Shark menggelengkan kepala, lantas dia termenung jauh ke arah laut gelap. Wajahnya sayu.

"Aku letih dengan diri sendiri. Letih dengan semua benda. Penat." Luah Shark ringkas.

Amsyar tersenyum kelat kerana faham apa yang di maksudkan oleh Shark tadi. Perlahan-lahan dia menepuk bahu Shark berkali-kali.

"Sabar ya, nama pun hidup, mana ada yang senang." Balas Amsyar ringkas.

"Aku rindukan ex aku tapi."

"Tapi apa?"

"Eish, tak ada apalah. Dah kau, diam." Bentak Shark takda angin takda ribut.

"Eh marah pulak?"

"Mana ada marah, dah kau tu diam je sebelum kau yang jadi girlfriend aku." Usik Shark sambil mengusut-ngusutkan rambut Amsyar. Ketawa sinis dibuatnya.

"Eish, apa ni main rambut orang? Tangan tu bersih takpe jugak." Bentak Amsyar semula sambil menolak tangan Shark supaya menjauh.

"Eleh kerek siak budak Penang ni." Perli Shark dalam nada berjenaka. Tersenyum nipis di buatnya sehinggakan menampakkan gigi taring.

"Aku picit telur kau nanti. Baru tahu!" Ugut Amsyar dengan nada agak keras.

"Babi random sial budak ni nak picit telur orang. Sanggap ek?" Usik Shark lagi.

"Hotak dia sanggap. Dahla aku nak balik." Amsyar mula merajuk.

Amsyar bangkit dari duduk untuk beredar pergi dari situ dengan wajah geram namun tangannya di tahan oleh Shark tiba-tiba.

"Stop." Ujar Shark hanya sepatah sudah mampu memberhentikan tindakan Amsyar untuk berlalu pergi.

"Boleh aku tidur dengan kau?" Soalan yang keluar dari mulut Shark amatlah mengejutkan Amsyar namun Amsyar hanya terdiam.

"Eish, balik rumah sendirilah. Nanti aku hantar kau balik." Bentak Amsyar tiba-tiba setelah terdiam beberapa saat.

"Aku sunyi." Balasnya dengan nada berharap.

Amsyar mendecitkan mulutnya berfikir sejenak. Wajahnya dilemparkan ke arah laut.

"Nanti kau kata aku gay." Balas Amsyar perlahan dengan nada yang sinis.

Perlahan-lahan Shark melepaskan tangan Amsyar seakan-akan dia redha jika Amsyar ingin pergi meninggalkannya.

Shark kembali merenung ke arah laut malam dengan pandangan mata yang sayu. Amsyar jadi tak tergamak melihat kondisi Shark seakan-akan perlukan seseorang menemaninya ketika ini.

'Aduh, asal mulut aku ni lancang sangat ni? Dia sunyi tu Amsyar sebab tu dia nak ikut kau balik. Fikir positif ajelah.' Ujar Amsyar dalam hati seorang diri.

Perlahan-lahan dia duduk kembali di sebelah Shark dengan keadaan yang sangat rapat sehingga paha mereka bersentuhan. Amsyar merangkul tangan Shark dengan erat berkongsi haba badan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENANG BOY |BL|Where stories live. Discover now