Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Hairul hanya mendiamkan dirinya. Ahmad begitu jugak, dia langsung tak menoleh untuk memandang anaknya itu atau bertanya tentang kejadian.

Sampai sahaja ke rumah Hairul terus sahaja meluru masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang. Ahmad hanya memerhatikan anaknya itu dari dalam kereta sebelum bergerak semula untuk pergi menyelesaikan tugasnya.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Hairul terus menghumbankan beg sekolahnya ke dinding.

"Arghhhh!" jeritnya, meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya. Air matanya mengalir ke pipi.

Perlahan-lahan dia tersandar pada pintu bilik lalu melorot ke bawah sehingga punggungnya mencecah lantai.

"Apa salah aku?! Apa salah aku?! Kenapa aku yang kena terima semua ni!" jeritnya lagi.

"Aku bukan pembunuh!" katanya beserta tangisan. Tanpa dia sedari, dia pun terlelap di situ.

Allah hu akhbar Allah hu akhbar
Allah hu akhbar Allah hu akhbar

Matanya kembali terbuka apabila telinganya menangkap suara azan yang berkumandang dari telefonnya.

Hairul mengerling jam tangannya. "Dah masuk Isyak? Berapa lama aku terlelap ni?" dia bermonolog.

Tanpa menunggu lama dia pun membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan solat.

Setelah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, dia duduk di birai katilnya dengan wajah yang sungul.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan yang tiba-tiba itu langsung membuatkan dada Hairul berombak kencang. Dia beristighfar. Sebab bunyi ketukan itu laju sambil menggoyangkan daun pintu rumahnya.

Hairul langsung tak berganjak daripada tempatnya. Dalam fikirannya kalau dia letih nanti pandailah berhenti. Seperti mana yang difikirkannya ketukan itu berhenti. Hairul menghela nafas lega.

Namun tidak lama, apabila ketukan itu kembali berbunyi pada tingkap biliknya. Sekali lagi Hairul terkejut sehingga menyebabkan dia terduduk di atas lantai. Dadanya kembali berombak kencang.

"Kau nak apa hah?! Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?! Kau CAKAP!!!" dia menjerit seperti orang yang dirasuk.

Ketika itu kebetulan, Ahmad baru sahaja masuk ke rumah. Mendengar sahaja anaknya terjerit-jerit, dia langsung bergegas menuju ke bilik anaknya itu lalu menyergah masuk.

"Kenapa dengan kamu ni Hairul? Terjerit-jerit tak tentu pasal!" Ahmad bertempik.

"AYAH PUN SAMALAH! HAIRUL SERABUT! SERABUT! MACAM-MACAM HAIRUL KENA HADAP SEJAK KITA PINDAH KAT SINI!" katanya dengan matanya merah, marah. Namun, menakung air mata.

"Apa yang kamu merepek ni Hairul? Apa dah jadi dengan kamu ni?" soal Ahmad lagi.

"Ayah kata Hairul merepek?" dia tertawa sinis. "Ayah syak Hairul kan yang bunuh Fitri dan Jordan tu, BETUL TAK?" soalnya.

"Ayah dah tak tahu nak buat apa. Semua bukti tertuju ke arah kamu Hairul. Ayah nak buat apa lagi. Ni tugas ayah," balas Ahmad.

"Hairul dah cakap BUKAN HAIRUL YANG BUNUH MEREKA! Kenapa ayah tak faham-faham lagi ni hah! Hairul masih ada akallah nak fikir mana baik mana jahat! Kalau ayah masih nak syak Hairul. Hairul nak bagitahu dengan ayah, yang ayah BUANG MASA! BUANG MASA TAHU TAK! Jangan sampai ANAK ayah sendiri ni yang kena bunuh baru ayah nak MENYESAL!" dengan itu Hairul terus berlari keluar rumah hanya sehelai sepinggang. Dia nak menenangkan fikirannya.

"HAIRUL!" Ahmad memanggil. Tanpa mengejar anaknya itu dia hanya mengeluh untuk kesekian kalinya.

•••••

     "WEH! betul ke apa yang aku dengar ni? Hairul terlibat? Macam mana pulak Hairul boleh terlibat ni?" Nessa bertanya kepada Azif dan Izzy.

"Kitaorang pun tak tahu macam mana nak terangkan. Kita tunggu jelah keputusan dia. Semalam asal kau tak hadir?" Azif menjawan selajur bertanya pulak.

"Hmmm...semalam mak aku tak kasi aku sekolah. Dia takut apa-apa jadi kat aku. Sampai kena kurung kat dalam bilik. Haila nasib. Ni pun aku keluar daripada tingkap. Kalau mak aku tahu mampus aku," jelasnya.

"Hairul tak datang ke hari ni? Aku tak nampak pun batang hidung dia sejak tadi," Izzy bertanya.

"Ha'ah kan. Bukannya Hairul selalu awal ke datang ke seolah," Nessa menambah.

"Mungkin dia kena tahan oleh ayah dia kot. Kan dia jadi suspek utama," Azif menjawab.

"Ha'ah boleh jadi jugak. Kesian Hairul. Aku harap dia okay jelah," doa Izzy. Mereka berdua pun mengaggukkan kepala tanda setuju.

•••••

     HAIRUL membuka matanya perlahan-lahan. Dia kemudian duduk daripada posisi berbaringnya. Dia melihat kawasan disekelilingnya. Tempat asing.

"Aku kat mana ni? Apa yang dah jadi semalam?" soalnya sendiri.

Dia memicit kepalanya yang terasa pening itu. Cuba mengingat kembali kenapa dia boleh sampai ke situ. Matanya terbuntang setelah dapat mengingati kejadian semalam.

Keluar sahaja dia dari rumah semalam. Dia terus mencari tempat yang sunyi tempat yang boleh dia bertenang. Sedang dia menikmati suasana malam yang ditemani bintang itu tiba-tiba bahu kirinya ditepuk daripada belakang. Dan ketika dia menoleh dia langsung disembur menggunakan spary apa dia tak tahu. Setelah itu kesadarannnya hilang seratus-peratus.

Dia dengan pantas menuju ke pintu dan mencuba untuk membuka. Tetapi berkunci.

"Woi! Bukak woi!" dia mula menjerit meminta tolong.

TERIMA KASIH

BERSAMBUNG


{7}REALITIWhere stories live. Discover now