Bab 25

46 4 0
                                    

Satu minggu.

Satu minggu mereka berdua tidak bersua muka dan berhubung langsung. Dan pagi ini Indah hembus nafas lega saat belakang tubuh Jay menyapa pandangannya.

"Jay..."

"Indah." Jay kalih wajah dan menghadiahkan sebuah senyum tipis. Tab nipis dan pensel putih di tangannya dibawa turun.

"Awak... pergi mana? Seminggu saya cari awak." Indah labuhkan punggung di sebelah Jay, memandang wajah Jay yang tampak pucat sedikit. Lelaki itu menyambung melukis sesuatu semula di atas skrin tab itu. Kerja mungkin.

"Aku busy sikit."

"At least janganlah diam macam tu. Saya risau tahu tak?" Indah ketap bibir.

"Sorry."

Indah menggumam. "Jay... sebenarnya awak marah saya kan? Awak cuba jauhkan diri daripada saya, kan? Jangan tipu..."

Jay geleng perlahan dan menarik lutut rapat ke dada. "Aku tak marah sesiapa pun."

"Tipu. Habis tu kenapa awak tak update apa-apa dekat saya? Kenapa sekarang ni awak tak nak pandang saya?"

Jay hembus nafas berat. "Sorry. I am just so tired. Sorry."

"Jangan bagi alasan tu dekat saya, Jay. Awak penat kerja? Habis tu saya? Saya tak penat kerja juga ke?" Indah pandang wajah Jay lama. Jay nampak lain hari ni.

"Aku minta maaf."

"Itu aje? Maaf? Macam itu aje ke?"

"Stop, Indah. Just, stop. I am tired, I told you. Aku tak nak bergaduh. Sungguh, aku tak nak bergaduh."

"Fine..." Indah terus mengemam bibir dan bangun dari situ lalu duduk tidak jauh dari situ sambil menyembamkan wajah pada lutut. Rasa hendak menangis. Sudahlah seminggu Jay hilangkan diri. Bila berjumpa, mereka berbalah pula. Tambah masalah di rumah lagi iaitu umi yang tidak habis-habis mengungkit perihal dia dan Jay saban hari. Dia baru sahaja tahu yang dia pengsan dan Jay membawanya hingga ke rumah. Itu pun Irzan yang beritahu.

"Semua dah tak sayang aku," gumam Indah seorang diri.

"Cinta..."

Indah terus angkat wajah memandang Jay di sebelahnya yang sedang duduk. Lelaki itu memegang sebuah botol air mineral dan sebuah plastik hitam. Turut dibawa sekali tab tadi.

"Tak puasa," jeling Indah.

"Aku tak sihat, sayang. Aku demam dan kena makan ubat pagi ni."

"Awak demam?" Indah terus mengesot dan mengangkat tangan mahu menyentuh dahi Jay namun pantas lelaki itu mengundur ke belakang.

"No touching, cinta. Haram."

Indah berdecit, "Saya bukan nak sentuh awak. Saya nak rasa bahang dari jauh aje."

"Okey sayang."

Indah ketap gigi dan menampar kuat lengan lelaki itu. "Boleh tak awak jangan senyap aje lepas ni? Saya risau tahu tak? Kalau demam pun, informlah! Awak fikir awak senyap macam ni saya tak risau ke?"

"Sorry, sayang."

Indah mendengus dan memeluk tubuh. Merajuk.

"Balik kerja ni lepas berbuka puasa, aku bawa kau keluar nak? Untuk pujuk kau."

Indah menjeling.

"Awak kena teman saya beli bahan-bahan nak buat biskut raya."

.....

"Sedapnya! Sedapnya!" Indah melompat teruja setelah selesai menyedut hampir separuh air coklat yang baru sahaja dibeli. Pembetulan, Jay yang belanja.

"Nak rasa sikit wei." Irzan menyiku lengan Indah dan menghulur tangan, meminta.

"Ah, tak ada! Belilah sendiri!" Indah menyorok di belakang tubuh Jay, menyorokkan diri dan air coklat itu agar tidak dikebas Irzan.

"Kedekut gila, tahi hidung pahit."

Indah putar bebola mata ke atas.

"Kau nak air tak, Jay? Aku pergi beli jap."

Jay hanya geleng tanda tidak mahu. Dia masih demam dan batuk.

"Eh, along! Indah nak juga."

"Ah, tak ada. Belilah sendiri," ejek Irzan semula.

"Ish!" Indah hentak kaki dan mencebik. Jay pula sudah garu kepala dan terkulat-kulat memandang wajah mendung Indah di belakangnya.

"Err, kau nak air lagi ke? Aku boleh belikan kejap."

Indah hanya menggeleng dan sengih, dia hanya mahu mengusik Irzan sebenarnya.

"Okey. Barang-barang biskut raya tadi cukup tak? Ada nak tambah apa-apa lagi?" soal Jay lembut sambil matanya turun melihat banyak plastik barangan kuih raya yang dibeli Indah tadi.

"Cukup dah. Terima kasih sebab belanja semua barang tadi, Jay..." Indah sengih.

"Okey. Terima kasih juga sebab tolong pilihkan baju raya untuk aku tadi," ujar Jay sambil menolak perlahan troli ke kerusi berdekatan. Ya, tadi selepas selesai membeli barangan kuih raya, Indah terus menariknya ke sebuah butik dan menyuruhnya membeli sehelai Baju Melayu.

Dipaksa sebenarnya.

Jadi, raya tahun ini dia ada sehelai Baju Melayu buat pertama kali. Selalunya dia tidak menyambut langsung hari raya kerana tiada kawan Melayu atau Muslim.

"Yeay, tahun ni matching dengan awak!" Indah tepuk tangan teruja sambil melompat kecil kerana raya tahun ini dia dapat sedondon dengan Jay iaitu warna hitam.

"Yalah, yalah. Sit down, cinta. Aku sakit kepala ni." Kerusi di sebelahnya ditepuk-tepuk. Melihat Indah yang sedari tadi asyik melompat teruja, lagilah pening kepalanya.

"Okey okey." Indah sengih dan duduk di sebelah Jay lalu menyedut semula air coklat tadi.

"Indah? Indah kan?"

"Hmm?" Indah terus mengangkat wajah sebelum senyumannya melebar.

"Weh, Dami siut!"

"Hah, kau. Sama aje macam dulu. Ni siapa? Pakwe kau ke?" soal Dami atau nama sebenarnya Damian sejurus memuncung ke arah Jay yang hanya duduk di tepi sambil berkerut-kerut dahinya.

"Eh tak, kawan aje." Indah sengih dan menggaru dahi. Ikutkan hati, mahu sahaja dia beritahu hal yang sebenar namun dia masih ingat perjanjian antara dia dengan Jay.

"Ye eh? So kau single lagilah ni, kan? Aku ada chancelah ni?" Dami ketawa namun terus terhenti saat terpandang akan Jay yang sudah memicing matanya.

"Dia single, tak semestinya dia tak ada perasaan dekat orang lain. Emotionally, she's in love with someone," sampuk Jay mendatar dan terus berdiri di sebelah Indah.

Erk.

"Jay." Jay hulur tangan kanan dan laju sahaja Dami menyambut untuk bersalaman. Namun Jay masih dengan wajah yang sama. Beku.

"Sorrylah, bro. Aku gurau aje. Saja usik si Indah ni. Aku dah tunanglah."

"Indah, bestie kau ni garang betul." Dami mengusik lagi.

"Haa, haah." Indah kehilangan kata.

"Alang-alang dah jumpa kan, nanti jemput datang majlis nikah aku, buat sekali dengan sanding. Bulan depan. Kau pun datanglah sekali tau." Dami menghulurkan sekeping kad tebal pada Indah dan Jay.

"Tahniah, weh."

"Terima kasih. Aku balik dulu." Dami pamit diri dan berjabat tangan dengan Jay sekali lagi sebelum terus berlalu dari situ.

Setelah itu, Jay hanya mengeluh dan meletak kad tadi di atas kerusi lalu berpaling ke arah lain.

"Jay?"

Senyap.

"Jay..."

"Apa?" soal Jay dingin.

Indah ketawa mengusik. "Awak cemburu, eh?"

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now