"Tak perlu, saya akan jumpa sendiri dengan Dato." Hans laju menyelit. Lagipun lebih baik dia menghadap dan berbincang dengan Dato Ku Jazman sendiri.

Lais angguk, akur dengan permintaan tersebut walaupun terasa sukar.

Suasana kembali bertukar sepi. Agak lama sehingga Lais kembali bersuara.

"Hans... Mungkin permintaan saya ni agak melampau tapi tolong sayangi kakak saya. Jangan pernah sekali pun lukakan dia sebab dia dah banyak terluka selama ni."

Hans bangunkan tubuhnya. Wajah yang terasa lesu dia usap sebelum dia jatuhkan kaki ke lantai marmar. Menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.

°°°

          "LAIS ke tu?"

Senyuman di tarik ke bibir. Tidak lepas mata Makcik Yuni memandangnya dari atas hingga ke bawah. Wajahnya juga turut terlakar riak tidak percaya.

"Ini Lais lah ni Cik Yuni."

Makcik Yuni menutup mulutnya. Tidak semena-mena tubir matanya terasa panas.

Tak sangka, Lais kini sudah besar panjang. Dari kecil dia menjaga Lais seakan anaknya sendiri kini Lais sudah membesar dengan jayanya. Malah, lelaki itu kelihatan lebih matang dan bekerjaya.

Melihat Makcik Yuni menangis sebegitu, perlahan dia aturkan langkah mendekatinya. Sengaja tangan mendepa ke arah Makcik Yuni.

"Cik Yuni tak nak peluk Lais ke?" usik Lais sengaja bernada manja.

"Tak payah mengada. Dah tua bangka pun manja nak dipeluk," ujar Makcik Yuni sambil mengesat tubir matanya perlahan.

Lais yang dengarkan itu hanya tawa halus. Sengaja dia buat begitu untuk hilangkan kesedihan wanita itu. Makcik Yuni juga turut tertawa.

Syukur, Makcik Yuni sudah mula tersenyum.

"Dah lama Lais tak balik sini. Kenapa balik mengejut macam ni? Papa tahu tak?" soal Makcik Yuni sambil menutup pintu rumah setelah Lais masuk sepenuhnya ke dalam rumah.

Lais geleng perlahan. Anak mata tidak sengaja menatap ruang di dalam rumah ini.

Masih sama, tiada apa yang beza cuma susunan atur barang sahaja kelihatan sedikit berubah.

"Sebenarnya Lais datang sini nak jumpa dengan papa. Ouh ya Cik Yuni, kakak masuk hospital. Cik Yuni tahu tak?" Dihujung ayat itu dia terus bertanya. Namun, dari riak wajah yang terpamer itu membuatkan Lais langsung tidak terkejut.

Dia sudah agak riak ini yang terpancar.

"Hilyaa masuk hospital? Kenapa?!" Suaranya kedengaran cemas.

Hatinya tersentak hebat mendengarkan khabar itu. Lais angguk jujur. Tiada apa yang perlu dia sembunyikan lagi kerana Makcik Yuni juga berhak tahu keadaan sebenar Hilyaa.

"Makcik Yuni tak tahu? Papa tak ada bagitahu?" soal Lais tenang. Makcik Yuni hanya menggeleng kepala.

"Tak ada, keadaan kakak macam mana? Teruk?" Hatinya diterpa kegelisahan. Kalau boleh sekarang ni juga dia mahu melihat keadaan Hilyaa.

"Kakak masih tak sedarkan diri tapi keadaan kakak dah mula stabil. Esok Lais bawa Cik Yuni tengok kakak, ya?" Pujuk Lais dengan nada sederhana.

Darla HansOù les histoires vivent. Découvrez maintenant