DI O6'

65 7 2
                                    

        JACOB mencelikkan mata buat sekian kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        JACOB mencelikkan mata buat sekian kali. Mula-mulanya, dia ingat dia sedang bermimpi tetapi suasana di sekelilingnya membuatkan dirinya jelas bahawa dia bukanlah sekadar bermimpi malah dia terkejut beruk!

Di bawah air? Dia pula boleh bernafas dan belum mati lagi. Terpisat-pisat Jacob bangkit dari baringannya yang kian melenguhkan semua anggota badannya. Sakit masih dirasai mencengkam pada kedua-dua sikunya.

Katil yang berbentuk cangkerang itu direnung lama. Jacob mulai bingung. 'Aku masih ingat aku jatuh dan... tak ingat apa-apa lagi. Dalam separa sedar tu, ada suara perempuan. Aku tengah berkhayal ke sekarang? ' Pelipis disentuh perlahan.

Kali ini, Jacob mengorak selangkah menuju ke arah tingkap bilik itu. Besar dan bercorak bulat, dari sana dia boleh nampak beberapa makhluk lautan sedang berenang bebas sana-sini. Jacob cuba mendekati lagi, alangkah rasa kagumnya apabila dia memandang pemandangan yang indah dengan matanya sendiri.

"Gila! Aku dekat mana sekarang ni? Jangan-jangan tempat tinggal ikan duyung kot—"

"Ehem," Segera Jacob berpaling ke belakang. Kali ini, dia betul-betul jatuh rahang. 'Mermaid?! '

Gadis yang menyapanya sebentar tadi menaikkan kening sebelah. Dia meneliti dirinya sendiri melalui salah satu cermin besar yang bersebelahan dengan katil cangkerang itu. Tengok apa yang berkurangan sehingga Jacob membuka mulutnya luas memerhatikannya atas bawah.

"Sorry? "

"K-Kau siapa?"

Jacob ternganga. Siapa saja tak terkejut. Bangun-bangun aje dirinya berada dunia bawah air dan bila dapat tahu kewujudan ikan duyung yang selalu diceritakan dalam kisah dongeng muncul depan mata, lagilah dia terkejut lalu hampir tersedak air liur sendiri.

"Cordelia. And you? " Jacob mengundur setapak ke belakang apabila gadis yang mengelar dirinya Cordelia berenang ke arahnya. Dulang bersama beberapa ubat-ubatan yang diangkut tidak diperdulikan lagi, terus dicampaknya ke sisi.

Baru ingin mengenali Jacob, muncul seekor binatang bersirip rata dan berekor panjang serta keseluruhan badannya berwarna merah jambu datang tanpa diundang mengejutkan mereka berdua.

Itulah Cora, si ikan lumba-lumba. Juga merupakan haiwan peliharaan Cordelia. Yang kebolehan boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Dengan hal demikian, Jacob nyaris terpengsan di sana akibat mendapat kejutan banyak kali.

"You're finally awake! Awak tahu, yang awak tak sedarkan diri selama 1 tahun!" lantang dan comel si ikan lumba-lumba itu bertutur sambil berpusing-pusing pada badan Jacob yang hampir membatu di situ.

"1 tahun?!" Jacob berlari anak menuju ke arah cermin besar. Dari pantulan cermin tersebut, dia membelek wajahnya sendiri. Tengok mana ada kedutan, kesan air liur ke atau mukanya sudah tidak kacak seperti artis kegemarannya iaitu Shawn Mendes.

Death IslandWhere stories live. Discover now