DI O2'

77 7 3
                                    

      SEMUA kepala terteleng ke sisi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      SEMUA kepala terteleng ke sisi. Terkebil-kebil pasang mata merenung lama monitor komputer yang terbuka sendiri tadi. Hyunjae, Jacob dan Sunwoo turut berada bersama ketika itu. Sudah hampir setengah jam, mereka hanya membatukan diri.

"Ah! Pasti permainan ni yang menyebabkan kehilangan empat ketul durjana tu!" Tiba-tiba Younghoon bersuara lantang. Terkejut kelima-lima jejaka itu dibuatnya.

"Boleh tak at least suara kau slow sikit? Orang dorm sebelah dengar kang, habis kita semua." Jacob bertindak mengetuk kepala Younghoon dengan siku. Younghoon mengerucutkan bibir, serupa itik baru lepas gosok gigi.

"Kau merapu apa? Permainan ni yang sebabnya Aiden, Aaron, Kevin dan Xavier hilang?" Juhaknyeon mengerutkan dahi. Apa punya andaian itu.

"Yalah, macam dalam movie Jumanji tu."

"Gergaji? Apa tu?" Sunwoo menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi macam best... Wanna try? " Semua bersinar anak mata kecuali Sunwoo dan Juhaknyeon. Maklumlah, anak orang pendidikan tinggi. Bagi mereka, main game hanya membuang masa dan membosankan!

Jacob, Younghoon, Hyunjae dan Eric pula, generasi penagih main game selepas keturunan Juyeon, Changmin, Chanhee dan Kevin. Yang anehnya, hasil keputusan mereka tetap dapat score A+ walaupun tak pernah study dan main game sehingga larut malam.

"Abang Zayn mesti on punya!"

"Woo wait, macam mana kes kehilangan empat ketul tu? Dibiarkan? Zayn tanya nanti, jangan harap suruh aku jawab." Juhaknyeon mengangkat tangan tanda menyerah. Malas betul bab nak melayan kerenah mereka ni memacam-macam.

"Alaa... Beritahu abang Zayn, yang diorang busy nak siapkan homework." Eric memikirkan jalan yang mudah. Juhaknyeon dan Sunwoo saling berpandangan mata dan menggeleng kepala serentak.

"Semua sure tak jumpa mereka? Classmate diorang takkan tak tahu pula," soal Sunwoo kurang pasti. Meskipun, sudah terbiasa dengan perangai mereka suka merayau-rayau waktu sekolah tapi tak pernah juga balik lewat waktu begini.

"Of course! Aku dah tanya guru kelas sekali, katanya diorang tak inform apa-apa. Classmate lagilah, semua geleng kepala." sahut Hyunjae penuh yakin. Sebenarnya, dia tak tanya pun sesiapa. Sibuk dengan bunga kesayangan saja.

"Kita bawa sekali lah, nak main dekat rumah." pinta Eric bersungguh-sungguh. Tak sabar katanya.

"Siap kau kalau tak tolong aku belikan pizza nanti,"

"Aik? Janji apa pula ni?"

     

      "NAIK seram aku dengan suasana rumah ni..." Younghoon memeluk tubuh. Selepas singgah dekat kedai pizza, sudah masuk waktu malam baru tiba di rumah Sangyeon. Itu pun nasib tak ada kelas keesokan hari, jadi ambil kesempatan untuk balik sekejap sekadar jenguk.

Death IslandWhere stories live. Discover now