Chapter 1

14 2 0
                                    

   CUTI musim panas telah berakhir dan semester baharu akan bermula. Usai kelas matematik, pelajar Kelas 5-2 akan berpecah mengikut bidang yang mereka pilih. Cynthia Emery dan Lillian Isabelle bersama-sama menuju ke makmal kimia.

Di perjalanan, mereka terserempak dengan Ethan Lee dan Jake Donovan. 

"Nak ke makmal jugak?" Jake menyoal ramah. Cynthia mengangguk perlahan dengan senyuman nipis. "Awak tak ke makmal?"

"Saya kena ke bilik guru, bantu Cikgu Goh angkat barang dia dulu."
Jawapan Jake dibalas anggukan oleh Cynthia, lalu dia dan Lillian berjalan duluan ke Makmal. Cynthia tersipu, komunikasi kecil bersama Jake seperti itu sudah cukup untuk membuat dia bahagia.

"Indah betul eh ciptaan tuhan, hairan aku!" Cynthia menekup-nekup kedua pipinya yang membahang. Lillian menggeleng kepala. "Bila tah kau nak confess. Nanti dia kena kebas orang, macam mana?"

"Ish, ni lah ni aku tengah prepare, Lian. Esok! Aku akan luahkan perasaan aku pada Jake! Aku tak kisah kalau dia tolak aku ke apa. Apa yang penting, perasaan yang aku dah pendam sejak kelas satu ni akan tersampaikan pada Jake!"

Ya, sudah lima tahun Cynthia menaruh perasaan pada Jake. Awalnya, Cynthia tak bercadang untuk meluahkan perasaannya kepada Sang J yang sering dia amati dari jauh itu. Tapi, dia inginkan perubahan. Dia mahu Jake tahu tentang perasaannya yang sudah menggebu sejak sekian lama. Apa pun jawapan lelaki itu, Cynthia terima dengan hati terbuka.

Selama jam kelas kimia, Cikgu Goh hanya mendedahkan soalan-soalan yang keluar pada SPN tahun lalu dan selebihnya hanyalah sesi penceritaan kisah zaman muda Cikgu Goh yang menurut pelajar-pelajar sangat tak masuk akal itu.

"Budak zaman sekarang senang. Pergi sekolah tak perlu merentasi gunung-ganang, bukit-bakau dan sungai. Cikgu dulu, terpaksa naik sapi ke sekolah. Kamu bayangkanlah betapa susahnya hidup cikgu..."

Ha, macam tu lah salah satunya. Memang terangguk-angguk pelajar dia menahan kantuk yang luar biasa. Termasuklah Cynthia yang pada akhirnya tumbang kepalanya di atas meja makmal tersebut.

Usai kelas selesai, Cynthia menyuruh Lillian untuk ke kelas terlebih dahulu kerana Jake ingin bicara dengannya.

Gadis itu dibuat terkejut saat Jake menawarkan buku notanya untuk Cynthia jadikan rujukan.

"Tadi Saya nampak awak tertidur. Ni, awak boleh salin nota saya yang awak dah tertinggal tadi."

Bagaimana ya ada lelaki sebaik Jake? Dia baik, peka dan perhatian! Untungnya siapa jadi bini dia ya tuhan! Bagi aku je lah jadi bini dia plis! - Cynthia.

"E-eh? Saya boleh je tengok nota lian. Tapi, memandangkan awak dah offer, saya pinjam buku awak ya, Jake!"

"Okay, awak boleh pulangkan bila-bila masa je, okay?" Jake bertindak mengelus kepala Cynthia, membuatkan gadis itu kejung satu badan. Dia terpaku di tempatnya, memandang kelibat Jake yang suda menaiki tangga untuk kembali ke kelasnya.

"APA PAAN INI JAKE? PLIS, JANGAN MACAM NI JANTUNG KU!" Cynthia mengusap-usap dada yang berdebar kencang. Dia kembali ke kelas dengan perasaan girang, buku nota kekuningan milik Jake dipeluk erat ke dada.

Sampai di kelas, senyuman Cynthia mati kala matanya terpandang pelajar lelaki yang sedang berdendang kuat di belakang. Si Ivory Julian menggendang meja dan si Jayden Alfred berdendang. Ricky pula hanya mengangguk-anggukkan kepala mengikut alunan nyanyian si Jayden. Cynthia menatap meluat.

Kelas 5-2 ini telah dinobatkan sebagai kelas terbising dari tahun ke tahun kerana kehadiran Jayden sekawan. Bising diaorang tu sampai ke pejabat pengetua. Kalau bukan bermain kad tak guna mereka itu, ha macam ni lah, buat konsert tak berbayar!

Tepat pula Cynthia duduk di hadapan Jayden, memang dia kena kebalkan telinga lah.

Jayden Alfred, kawan sekelas yang menyebalkan. Jejaka itu sangat bertentangan dengan personaliti Jake Donovan. Dia selalu ponteng kelas, gred dia mak ai, teruk! Dia selalu tidur dalam kelas dan sangat bising! Nak saja Cynthia jahit mulut puaka dia!

Tapi pelik betul lah. Si Jayden ni tetap terkenal dalam kalangan pelajar perempuan meskipun perangai dia macam lahanat. Mungkin sebab rupa paras dia? Well, kalau itu memang Cynthia sendiri pun akui. Jayden mempunyai paras rupa yang lumayan. Walaupun dia sangat teruk dalam pelajaran, tapi Jayden lumayan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Dia merupakan atlet Volleyball yang sering mengharumkan nama sekolah. Tubuhnya juga begitu atletik, memang idaman para wanita lah katakan. Tapi, tetap saja Cynthia langsung tak punya minat pada Jayden. Jayden Alfred sangat jauh dari type lelaki yang Cynthia sukai. Bahkan tak masuk dalam senarai pun!

Namun, Cynthia masih baik pada Jayden meskipun lelaki itu selalu mencabar kesabarannya. Jejaka itu merupakan salah satu kawan rapat Jake. Cynthia tak mahulah dipandang serong oleh kawan-kawan Jake. Siapa tahu? Jayden boleh jadi perantara antara dia dan Jake? Kan? Kan?

Diaorang ni sebenarnya ialah tujuh bersahabat dan tujuh lelaki itu bergelar Enhypen. Enhypen terdiri daripada Jhonson, Ethan, Jake, Jayden, Ivory, Dylan dan Ricky. Tujuh lelaki ini sememangnya mempunyai fandom yang begitu besar. Setiap daripada mereka mempunyai fanclub tersendiri. Sebut saja Enhypen, memang semua pelajar Akademi Pathways tahu.

Kelas French Languange menjadi kelas terakhir pada hari itu. Pelajar kelas 5-2 mula berkemas untuk pulang ke rumah.

Cynthia Emery sudah menunggu di perhentian bas awam yang ada di hadapan PWA untuk dijemput oleh pemandu peribadi keluarganya, Pak Samad.

Usai waktu persekolahan, Cynthia akan dihantar ke pusat tuisyen untuk mendapat pembelajaran tambahan. Hal itu sudah menjadi rutin Cynthia selama lima tahun. Sebab itu, meskipun dia sering tertidur di kelas, Gred Cynthia tidak pernah turun dan dia tetap kekal dalam senarai 10 teratas.

Cynthia ingin masuk sekurang-kurangnya dalam senarai lima teratas, namun dia tak mampu. Pecah otak woi! Tapi, dia pelik betul pada Lillian yang sering berada di Top 2! Memang kepandaian Lillian Isabelle sudah tak diragukan lagi. Sampaikan dia digelar Wikipedia berjalan. Semua dia tahu!

Dan semestinya, Jake Donovan berada di Top 1. Disusuli Lillian, Ethan, Jhonson dan Ricky.

Jayden Alfred?
Dia jugak masuk dalam senarai 10 teratas. Ya, dari belakang!

 To. J Donde viven las historias. Descúbrelo ahora