" Ok kalau Tengku dan Alisa dah setuju tentang design untuk pelamin. So sekarang kita boleh process dengan..... "

Terang Emma satu persatu kepada mereka. Tengku Aqil dan Alisa mendengar penerangan Emma dengan tekun. Manakala Tengku Aqir sudah mula mengantuk.

Tengku Aqir berjalan menghampiri Datin Syamimi yang duduk berdekatan strollernya. Dia melabuhkan duduk di stroller miliknya sebelum meminta Datin Syamimi untuk membuatkan susu botol.

Datin Syamimi yang hanya Tengku Aqir yang sudah hampir lena itu. Dikerling pula ke arah Tengku Aqil yang sedang sibuk berbincang tentang majlisnya kelar.

Datin Syamimi tersenyum gembira. Tengku Aqil sudah menjadi semakin matang pada pandangan matanya. Di sangkakan Tengku Aqil hanya mempunyai sikap beku. Namun dia tersilap apabila melihat kelakuan lelaki itu tadi.

Tengku Aqil menunjukkan sisinya berlainan apabila bersama Alisa dan Tengku Aqir. Sisi yang sudah lama Datin Syamimi rindukan. Iaitu sisi gembira lelaki itu.

Semenjak peristiwa 5 tahun lepas yang menimpa Tengku Aqil. Lelaki itu banyak mengasingkan diri dari keluarga dan mula menjadi beku.

Namun berlainan pula pada hari ini. Dia seperti melihat ada dua Tengku Aqil yang berumur 2 tahun setengah.

" Mummy setuju ke dengan tema ni "

Tanya Alisa prihatin. Semenjak tadi dia hanya perhatikan sahaja Datin Syamimi merenung mereka dari tadi. Datin Syamimi senyum dan menganguk kecil.

"Mummy ok je dengan tema yang korang suka"

Jawab Datin Syamimi. Dia tumpang gembira apabila melihat Tengku Aqil gembira. Semenjak Tengku Aqil habis universiti dahulu. Dia telah banyak berubah dan lebih selesa hidup menyendiri jauh dari keluarga.

' semoga apa yang mummy rancangan selama ini berjalan dengan lancar dan Aqil bahagia disamping Sarah dan Aqir ' doa Datin Syamimi dalam hati.

Cukuplah dia membantu Tengku Aqil mencari bahagia. Sekarang tiba masa Tengku Aqil sendiri yang membimbing keluarganya sendiri.

~~~~~~~~~~~~

Selepas selesai urusan di butik mereka keluar dari butik Emma untuk berjalan jalan. Setalah hampir setengah hari mereka berada di butik itu.

Datin Syamimi sudah meninggalkan mereka kerana mempunyai appointment. Tengku Aqil dan Alisa berjalan beriringan di mall tersebut. Tengku Aqir sudah selamat terbang ke alam mimpi.

" Kita nak pergi mana ni awak "

Tanya Alisa. Dari tadi dia hanya mengikut Tengku Aqil berjalan jalan di mall yang besar itu. Tengku Aqil yang sedang menolak stroller Tengku Aqir memandang Alisa. Terbit senyuman nakal di wajahnya apabila dia terlihat sebuah butik pakaian ......

" Kalau kite beli baju baju kau dulu nak "

Tanya Tengku Aqil dengan senyuman nakal. Alisa yang faham dengan senyuman itu memandang ke arah yang Tengku Aqil sedang pandangan. Terbeliak mata Alisa memandang butik pakaian dalam di hadapan mereka.

Muka Alisa terus merah membahang seperti tomato masak. Tengku Aqil tertawa sendiri lalu menyambar tangan Alisa untuk masuk ke dalam butik pakaian itu. Alisa menepis lembut. Tengku Aqil memandang Alisa.

" Ka.... kalau kita pergi lunch dulu boleh... Lagipun sekarang dah masuk lunch hour "

Pinta Alisa tergagap. Dia malu hendak masuk ke dalam butik itu bersama Tengku Aqil. Tengku Aqil hanya gelak sambil menggelengkan kepala. Dia merapatkan jarak antara Alisa sebelum mengulas lembut rambut Alisa.

" Sayang kita bukan tengah bekerja sekarang ini tau nak ada 'lunch hour'. Lagi pun anak tengah tidurkan. Sempat la kita shopping 'barang' untuk kau sebelum kita kawin..... Nanti nak guna waktu malam "

You Are Mine : Hate of LoveWhere stories live. Discover now