PART 12

140 14 0
                                    

Alisa hanya berdiri di sebelah Tengku Aqil yang rancak berborak dengan orang kenamaan yang menghadiri majlis mereka. Sesekali dia mengerling suasana dewan yang sudah sedikit renggang dengan manusia berbanding tadi.

Alisa tidak boleh bergerak ke mana mana kerana tangan lelaki itu tidak lepas dari pinggannya. Namun seketika. Alisa menangkap seseorang yang menarik perhatiannya.

Dia menyentuh lembut bahu Tengku Aqil. Tengku Aqil menunduk memandang Alisa. Alisa membisikkan sesuatu sebelum Tengku Aqil menganguk dan melepaskan pinggannya.

Alisa terus berlalu ke arah seseorang itu. Alisa menarik lembut orang itu untuk duduk bersamanya di kerusi yang disediakan.

" Sayang mama okay. Kenapa muka sayang mama masam je ni "

Tanya Alisa kepada Tengku Aqir. Tengku Aqir yang menahan diri daripada menangis memeluk Alisa kemas. Wajahnya disembamkan di leher Alisa. Tangisan halus mula kedengaran.

" Kenapa ni sayang hmm.... Cuba sayang mama ni cerita dekat mama kenapa Aqir sedih "

Pujuk Alisa lembut. Dengan Tengku Aqir memang tidak boleh berkasar langsung. Pasti anak itu akan terasa hati dan menjauhkan diri dari semua orang.

" Ke.... Kenapa mama tak layan Aqir langsung hari ni..het...hett..... Ma.... Mama dah 2 hari tak spend time dengan Aqir..het...het... Dah 2 hari jugak Aqir tidur dengan mummy daddy......hett...het... Mama memang nak buang Aqir ke haaaaaa......."

Jawab Tengku Aqir dengan esakan. Alisa menepuk lembut belakang anaknya itu sebelum diangkat ke dalam dukungannya.

" Kenapa baby mama cakap macam tu hmm....Aqir tahukan mama busy.... Nanti mama cuti mama bawak la Aqir pergi jalan lagi ye sayang....

Lagipun mummy dengan daddy kan bukan selalu ada dekat Malaysia... So apa salahnya Aqir spend time dengan mummy daddy "

Pujuk Alisa lembut. Tahulah dirinya Tengku Aqir terasa hati dengannya. Alisa setia menggosok lembut belakang badan anaknya itu tanda memujuk.

" Ehh..... Aqir. Kenapa nangis ni sayang. Mummy pergi tengok adik kejap je tadikan"

Ujar satu suara lembut dari belakang Alisa. Alisa berpaling ke belakang sebelum memberikan senyuman tipis kepada wanita itu.

"Sarah. Aqir kenapa ni "

Tanya Lili prihatin. Belakang badan Tengku Aqir turut diusap lembut. Sepatutnya dia berada bersama anak kecil ini sepanjang majlis ini berlangsung.

Tetapi oleh kerana anak perempuannya tidak sihat jadi dia terpaksa menidurkan anaknya dahulu. Tengku Aqir sepatutnya bersama Tengku Syahmi sekarang. Namun kelibat lelaki itu sudah hilang entah kemana.

" Tak ada apa la kak. Biasa la manja Sara sorang ni baru 2 hari Sara tak sempat nak spend time dengan dia dah merajuk "

Jawab Alisa lembut. Lili hanya tersenyum kecil mendengar cerita Alisa. Dia tahu pasti Tengku Aqir sangat manja dengan Alisa. Sehinggakan semasa Alisa berhijrah ke Amsterdam selama 5 bulan itu pun Tengku Aqir selalu melawatnya.

" Akak rasa dia dah mengantuk la Sara "

Beritahu Lili. Dia tahu kerana masa tidur Tengku Aqir lebih sama seperti masa tidur anaknya. Tambah pula sekarang sudah hampir pukul 11.

Alisa melihat jam di iphonenya dan menganguk kecil. Sekali lagi belakang badan anaknya itu diulas lembut.

" Aqir dah ngantuk ye sayang "

Tengku Aqir yang hampir dibuai mimpi itu menganguk kecil. Wajahnya makin disorokkan di celah leher Alisa. Alisa dan hanya tertawa kecil melihat telatah kanak kanak itu.

You Are Mine : Hate of Love (SLOW UPDATE)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant