PART 4

68 12 2
                                    

Tepat jam 12:30 tengah hari sebuah Audi R8 putih meluncur laju masuk ke perkarangan monsion Tengku Syahril. Kereta tersebut diparkingkan elok di dalam garaj yang disediakan.

Seorang lelaki keluar dari kereta dengan memakai cermin mata hitam. Dia melangkah dengan penuh bergaya ke pintu utama. Sebaik sahaja melepasi pintu utama. Pandangannya dihiasi dengan figura seorang wanita.

"Mummy"

Sapa Tengku Aqil kepada Datin Syamimi yang sedang menyusun makanan di atas meja. Tangan Datin Syamimi dicuim penuh hormat sebelum dia memeluk badan tua itu.

Datin Syamimi terus membalas pelukkan Tengku Aqil. Dia tersenyum bahagia apabila diperlakukan seperti ratu oleh anak lelakinya itu.

Walaupun Tengku Aqil jarang pulang ke rumah meluangkan masa dengannya. Namun lelaki itu sentiasa akan mengutamakkan Datin Syamimi dalam semua perkara.

" Dah sampai pun anak lelaki mummy ni. Ingat tak nak datang "

Usik Datin Syamimi dalam senyuman. Tengku Aqil hanya tersenyum tipis mendengarkan itu. 'Kalau tidak datang mahu mummy basuh telinga Syah 2 hari 2 malam' ujarnya dalam hati lalu tersenyum manis ke arah Datin Syamimi.

Mata Tengku Aqil tertumpu kepada lauk pauk yang terhidang di atas meja. Bersinar sinar matanya melihat lauk pauk yang terhidang itu.

" So how "

Tegur Datin Syamimi. Tengku Aqil tersedar dari lamunannya. Dia berpaling ke arah Datin Syamimi.

" What "

" Dah setuju ke nak kawin lepas tengok lauk lauk semua ni "

Usik Datin Syamimi. Dia tahu Tengku Aqil sudah tertarik dengan semua masakkan Alisa. Sengaja Datin Syamimi meminta Alisa memasak makanan kegemaran Tengku Aqil.

" Mummy please. Tak akan la sebab tengok makanan pun Syah dah boleh setuju untuk kawin "

Ujar Tengku Aqil lalu melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Datin Syamimi mendengar itu hanya mencebikkan bibir.

" Jual mahal. Nanti mummy nak tengok jugak siapa yang tak sabar sabar nak kawin "

Ujar Datin Syamimi selamba sebelum melangkah semula ke dapur. Tengku Aqil hanya menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah.

Datin Syamimi tahu bahawa Alisa sudah berjaya menambat hati lelaki itu. Namun Tengku Aqil tidak mahu mengaku. ' mummy nak tengok berapa lama Syah nak junjung ego tua' bisik hati Datin Syamimi.

" Sarah "

Panggil Datin Syamimi. Alisa yang sedang memotong buah memandang Datin Syamimi. Dia memberikan senyuman manis kepada wanita itu.

" Kenapa mummy"

" Tolong mummy panggilkan daddy boleh. Syah dah sampai tu nanti kita nak makan sama sama "

Pinta Datin Syamimi lembut dia mengacau air jagung yang dibancuh tadi sebelum menambahkan ais.

" Boleh je mummy. Lepas Sarah siap potong buah ni Sarah tolong panggilkan daddy ok"

" Kalau mummy nak Mina pun boleh panggilkan daddy "

Ujar Tengku Syamina dari belakang. Dia baru selesai membersihkan periuk masakkan yang digunakan tadi. Datin Syamimi senyum dan menganguk.

" Ok jugak macam tu. Nanti Mina tolong panggil daddy dengan Aqir sekali tau tak tahu dia pergi mana lepas jumpa abang tadi "

" Ehhh.... Aqir bukan tengah main dekat depan ke tadi "

" Yup.... Tapi tadi lepas dia nampak kereta Syah masuk. Dia terus lari naik atas "

Jawab Datin Syamimi lembut. Dia juga pelik kenapa Tengku Aqir bersikap begitu. Selalunya budak lelaki itu akan bersalaman dengan tetamu dahulu sebelum naik ke atas kerana malu. Tapi berlainan pula hari ini.

You Are Mine : Hate of LoveМесто, где живут истории. Откройте их для себя