Bab 22

93 14 0
                                    

Cinta, jadi ke nak berbuka sekali hari ni?

Mesej yang telah dihantar oleh Jay pada pukul empat petang tadi itu ditatap Indah dengan sepasang mata kuyu. Dia terpisat-pisat menyenyeh mata. Jam dinding dikerling sekilas.

6.30 petang.

"Hah? Dah enam setengah?!" Indah terkedu dan terus kalut turun daripada katil. Mentang-mentanglah dia dapat cuti kerana Irzan tiba-tiba baik hari ini, sebab itulah dia memanfaatkan masa cuti dengan tidur. Bukan selalu Irzan pemurah dalam memberi cuti. Ya, walaupun Indah itu adiknya namun Irzan ketika masuk mood kerja, memang serius habis.

Terus dia berlari membersihkan diri dan hanya bersiap ala kadar sahaja. Tudung sarung hitam disarungkan ke kepala.

"Pergi mana ni, Indah?"

"Hari ni berbuka dengan kawan." Indah tunduk menyalam tangan Encik Izham. Selepas itu, beg silangnya dibetulkan di bahu.

"Jay?" Encik Izham senyum menyeringai.

"Abah!" Wajah Indah terus memerah saat diusik sebegitu. Encik Izham masih ingat nama Jay?

"Apa? Malu kenapa? Bukannya abah tak tahu yang hampa dua tu dok sakan bercinta."

Indah tunduk menggentel-gentel hujung lengan baju sendiri, malu tiba-tiba. "Abah jangan bagitahu umi..."

"Aik? Betullah hampa dua bercinta?"

Indah terpana. Alamak, dia termasuk perangkap abah.

Encik Izham ketawa selepas itu. "Abah tak marah pun. Lumrahlah budak-budak sebaya Indah ni nak merasa bercinta. Abah cuma nak pesan satu aje. Jangan buat benda bukan-bukan ya? Jaga aib dengan maruah keluarga kita."

"Okey..."

"Dah berapa lama ni?"

"Baru aje. Tak sampai sebulan pun lagi." Indah garu kening.

Encik Izham angguk dan menggosok lembut kepala Indah yang berlapik. "Tapi dia tu kan bukan Muslim?" soal Encik Izham lembut. Walaupun dia sudah tahu jawapannya, dia hanya mahu melihat reaksi anak gadisnya itu.

Indah menggumam, "Tapi Indah sayang dia..."

"Indah tahu kan susah sikit kalau si lelaki ni bukan Muslim? Tapi kalau Indah dah betul suka, boleh aje. Tak apa. Tapi usaha tu kena lebih sikitlah. Ajar dia sikit-sikit tentang Islam. Manalah tahu Allah bagi hidayah untuk dia, kan?"

"Ermm... Indah pernah tanya dia. Tapi..." Indah geleng kepala. "Dia sayang agama dia."

"Tak apa, abah faham. Dulu waktu abah umur 20-an, abah ada seorang kawan Kristian. Nama dia Louis. Dia kuat agama orangnya, memang setiap hari Ahad tak lepas pergi church. Dia pakai rantai salib, sentiasa. Senang cerita, dia memang kuat agama orangnya. Tapi lepas dua tahun, abah jumpa dia balik sebab dia sambung belajar di Kelantan. Tahu tak apa jadi? Dia dah masuk Islam. Dia mualaf. Setiap hari dia Subuh di masjid. Waktu Maghrib pula dia akan mengaji di masjid. Jadi kesimpulannya, takdir Allah tu sentiasa tersusun cantik. Jangan sebah Jay tu cakap dia sayang agama dia, dia tak boleh terima hidayah yang Allah bagi."

"Hidayah tu milik Allah, Allah yang bagi. Jadi kalau Indah betul sayangkan dia, tugas Indah apa? Tugas Indah cuma satu, doakan dia. Doakan dia salah seorang yang tergolong mendapat hidayah Dia." Encik Izham tersenyum nipis.

"Cuba bayangkan Indah nak pergi berperang. Apa yang Indah kena bawa selain makanan dengan minuman yang cukup untuk bertahan?"

Indah ketuk dagu, "Hmm, perang? Mestilah kena ada senjata, kan?"

"Pandai." Encik Izham gosok kepala Indah lagi. "Itulah konsepnya. Cuma bezanya, Indah bukan nak pergi berperang betul-betul. 'Perang' yang Indah nak hadap ni cuma Indah dengan Jay sahaja tahu. 'Makanan' dan 'minuman' yang abah maksudkan tadi cuma persefahaman antara Indah dengan Jay. Tapi, kalau 'makanan' dengan 'minuman' saja yang ada untuk pergi 'berperang', Indah rasa Indah boleh menang peperangan tu tanpa senjata?"

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now