27

12 2 4
                                    



Gadis itu mengerling jam yang terlilit di tangan kanannya. Aduh, waktu rehat baru je bermula tapi dia dah tercungap-cungap mencari nafas. Ni semua salah dialah sibuk sangat study sampai malas nak bersenam. Huhuhu.

Dia terkejar-kejar ke tandas sebab pagi tadi terminum air kosong sampai tiga gelas. Kena pula masa sebelum rehat tadi Miss Xian yang garangnya bukan main. Selalunya Rasyidah akan berteman kalau nak ke mana-mana terutamanya tandas. Lieyana la yang selalu teman dia. Tapi disebabkan pergaduhan yang berlaku pada diorang. Hmph, jangan harap la nak bertegur sapa.

"Kak."

Rasyidah yang sedari tadi berjalan sambil memandang bawah, mengangkat muka. Terkejut Rayyan tegur dia. "Eh kau buat apa kat sini? Tak rehat ke."

"Ya. Rehat ni." Rayyan memandang Rasyidah dari atas sampai bawah, kemudian ke atas semula. "Kak nak pergi mana? Sorang je."

"Jamban."

"Kenapa sorang?" Terkebil-kebil muka anak lelaki itu.

Rasyidah terkedu. Aduh, adik dia ni sorang. Lagak macam inspektor je. Nampak dia sorang-sorang je terus banyak la soal dia. "Saja." 

"Kak ni berapa kali orang nak kata? Akak tu perempuan, jangan pergi sorang-sorang. Kat jamban tu kita bukannya tau ada apa ke. Dari hari Selasa aku nampak kau tau." Ha, dah mulalah tu bebelan dia. Rasyidah merungut dalam hati. Dia sedaya upaya cuba tersenyum di hadapan adiknya itu.

"Kau nak cakap kat jamban tu ada hantu ek? Uish, sejak bila kau takut hantu ni Yan?"

Rayyan menjuling mata ke atas sebelum mendengus. "Akak ni. Gaduh ngan kawan ke?"

Dush! Tersentak jantung Rasyidah. Kan dah kata adik dia macam inspektor!

"Tak... taklah."

"Tipu. Cakap jelah."

Kali ni Rasyidah pula mendengus. "Ee jangan sibuk hal aku boleh tak? Baik kau sibuk hafalan kau tu." Terus gadis tu mengangkat kaki nak beredar dari situ. Telinganya sempat tertangkap butir bicara adiknya.

"Bukan apa kak. Kalau gaduh jangan lebih daripada tiga hari. Kena jaga silaturrahim. Kita orang Islam kak."

Gadis itu terus berjalan tanpa menghiraukan lagi adiknya. Dia perlukan masa, untuk pulihkan segalanya. Dan dia baru sedar, Rayyan semakin banyak cakapnya sekarang. Dulu jarang nak dengar dia cakap banyak macam ni. Kalau membebel pun paling banyak lima perkataan satu ayat.

Tapi sejak Rayyan mengenali Idna, adiknya tu macam dah terjangkit dengan perangai si imam yang peramah.

Rasyidah menyelusuri masuk ke sebuah lorong. Di tepi lorong itulah terletaknya tandas perempuan. Sunyi.

"Ya Allah, sumpah aku tak buat benda tu! Lepaskan aku boleh tak? Aku boleh jalan sendirilah!"

Telinganya menangkap suatu kekecohan yang berlaku berhampiran dengannya. Tanpa banyak fikir, Rasyidah berjalan ke punca kekecohan. 

Terbuntang besar mata Rasyidah. Terkejut melihat Raid, ketua pengawas lelaki tingkatan lima sedang mengheret telinga seseorang. Dan orangnya tu, Idna.

"Bang lepas kalau tak nak aku berkasar." Dalam suara Idna. Raid mengalah lalu dia menarik tangannya jauh dari telinga Idna. Raid bukan apa. Hari tu dengar yang Idna ni tumbuk orang sampai lebam biru dekat muka orang tu. Sungguhlah dia tak nak jadi mangsa Idna yang keseterusnya.

"Okey aku lepas. Tapi kau kena ikut aku." Tajam mata Raid merenung Idna. 

"Pergi mana? Aku tak buat la benda tu. Sumpah." Muka Idna putih pucat.

"Kau nak sumpah-sumpah, sumpah depan pengetua. Bukan kat sini."

"Ya Allah, bang tolong la."

Raid menghela nafas, menahan diri daripada menjerkah junior di hadapannya tu. Dia pun sebenarnya tak nak percaya apa yang Idna dah buat. Tapi kalau dah jumpa bukti tu, apa nak disangkal lagi? "Orang yang buat takkan mengaku dia buat, Na. Kau nak explain, explain kat pengetua. Bukan dekat aku. Bukan dekat sini."

"Sejak bila kau masuk bilik aku..." Perlahan nada Idna menyoal. Sungguh dia rasa dadanya dah kena himpit dengan batu yang jatuh tergolek dari gunung Everest. Berat kena tuduhan mencuri baju dalam perempuan. 

Rasyidah tanpa sengaja terlihat sesuatu di tangan Raid. Dia pegang beg plastik lutsinar dan di dalamnya ada... baju dalam dia yang hilang hari tu?

"Oi! Kau buat apa kat sini?" Terhenjut bahu gadis tu bila Raid tiba-tiba menjerkah ke arahnya. Idna turut menoleh ke arahnya. Dia tergamam.

Riak wajah Rasyidah yang setiap masa lembut dah berubah lain. Gadis itu memandang Idna dengan pandangan kebencian. Tanpa teragak-agak, Rasyidah mara ke Idna dan tangan kanannya dihayun tepat ke pipi kiri Idna.

Pak! 

Terteleng ke kiri muka Idna. Dia terkedu. Raid yang tak menyangka adegan tu tergamam.

"Kurang hajarnya engkau! Kau pecah masuk bilik aku lepas tu ambik barang aku ni? Kau tak sedar ke diri kau tu lelaki? Kau imam sekolah lagi tu. Semua orang tengok kau baik. Kenapa buat benda bod*h macam ni? 

Dasar lelaki miang! Pervert! Aku tak sepatutnya kenal kau. Dari dulu lagi!"

Tanpa menunggu penjelasan daripada Idna mahupun Raid, Rasyidah beredar pergi dari situ dengan wajah yang bercucuran air mata.

Kali ni dia sudah menjumpai sebab muktamad kenapa harus dia berhenti menyukai Idna.



---


Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ

Maksudnya: "Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari." [Riwayat Muslim (2560)]


 N/A:

Takrang percaya ke Idna buat benda tu? Kita sbg perempuan kena beehati², walaupun lelaki tu baik sbb dia still lelaki, yang ada nafsu. Plus, kalau kita belum nikah dengannya lagilah kena berhati-hati.



Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now