16

21 3 0
                                    


"Kalau kau risau macam ni, kau hilangkan barang dia, and dia jugak selalu beri barang kat kau, I guess korang suka sama suka ye dak?"

Jujur Rasyidah mengatakan pada malamnya, tidurnya tidak seberapa lena seperti selalu. Dihimpit dengan persoalan KBAT yang diberi oleh Lieyana. Dia hanya berbaring termenung merenung siling biliknya. Bantal gulung dipeluk seerat hati.

Entah kenapa, malam ini jantungnya berdegup lebih banyak. Darah mengalir lebih deras. Inikah petanda bahawa dia menghidap...

...penyakit hipertensi?

Hahaha, gurau-gurau.

Tetapi adakah ini petanda bahawa hatinya sudah tersangkut pada jejaka yang seorang itu? Rasyidah cepat-cepat beistighfar dan menggeleng kepala banyak kali.

"Tak boleh ni tak boleh! Aku datang sini nak belajar. Bukannya nak bercinta. Bukannya nak ada crush." Gadis itu cuba menyedarkan diri. Namun semakin dia berusaha untuk tidak memikirkan soal hati, semakin kuat dadanya dihimpit dengan nafsu remaja.

'Tapi Resyad, Idna sorang je lelaki yang caring dengan kau. Takkan kau nak tolak dia macam tu? Takkan kau nak abaikan dia?' soal sisi buruk Rasyidah. Pastinya ada syaitan tersenyum suka.

'Tak boleh la, Resyad. Kalaupun Idna tu caring kat kau, betul ke itu tandanya dia sukakan kau? Buat malu je kau ingat dia suka kau, alih-alih dia tak pernah pun fikir macam tu. Plus, ini maksiat Resyad! Kalau kau dok fikirkan dia, boleh jadinya zina mata dan hati!' pujuk sisi baik gadis itu.

Sisi buruk dan sisi baik Rasyidah bertekak lidah.

'Ah! Sibuk la kau ni Resyad baik! Suka hati Resyad la nak suka Idna ke tak. Lagipun kita masih muda. Enjoy la dulu.' Sisi buruk Rasyidah mengacukan penumbuk pada sisi baik.

'Buatnya mati awal tak sempat bertaubat. Ajal tak kira umur la sayang oi!' Sisi baik Resyad membalas sentap.

"Ah ya tak ya jugak eh. Buatnya kalau aku mati dulu, mati dalam keadaan maksiat... pastinya tu bukan kematian yang husnul khatimah. Tak, aku tak nak yang itu." Rasyidah sedar semula dalam realiti. Mengiyakan kata-kata sisi Resyad baik.

Sisi Resyad jahat mendengus geram lalu mengetap gigi. 'Resyad! Kau tak terfikir ke kalau nanti Idna sukakan perempuan lain? Karang kau terlepas dia! Dia tu baik and ada ciri-ciri lelaki idaman kau kan? Takkan kau nak biar dia pergi macam tu je?' sisi Resyad jahat cuba menggoda lagi.

Rasyidah seakan-akan terasa terpukul dengan pernyataan itu. Ya tak ya juga...

Idna seorang saja satu-satunya lelaki yang menepati cita rasa dirinya. Pandai menjadi imam, hafaz banyak surah, kelakar, baik hati, seorang yang ramah dan lembut hati, tak banyak kawan perempuan, tak selalu tengok perempuan serta caring. Bonus dia pandai Bahasa Arab. Memang ciri-ciri imam di masa depan dia la.

Dia tu baik and ada ciri-ciri lelaki idaman kau kan? Takkan kau nak biar dia pergi macam tu je?

Kata-kata sisi Resyad buruk berulang di minda. Rasanya kali ini gadis itu bersetuju dengan kata-kata itu. Sisi Resyad buruk menjulang kedua tangan ke udara tanda kemenangan. Sempat dia menumbuk sisi Resyad baik. Sisi Resyad baik jatuh dari awangan dan hilang begitu saja.

'Mungkin selama ni aku tak sedar, yang aku sukakan Idna dalam diam.'

Rasyidah terlopong.

Adakah ini cinta? Wow.... aku, aku, tak pernah rasa macam ni... Wah.

Terus gadis itu bangkit dari katil lalu menuju ke meja belajarnya. Dia tak mahu couple, tapi cukuplah dia mahu lelaki itu tahu akan perasaannya. Kertas memo berwarna kuning cair dan sebatang pen berwarna merah jambu dicapai. "Aku agak dia sukakan alam semula jadi. Sebab bila lihat dia berlatarbelakangkan alam, rupa dia cantik boleh simpan dalam hati. Apa kata aku tulis poem bertemakan nature?"

Saat itu, syaitan tentunya tersenyum suka.

---

Pagi tadi waktu rehat antara kelas hafazan dan kelas akademik, aku terima surat daripada Rasyidah. Tapi waktu aku jalankan denda Ustazah Asma' petang ni baru aku ada kesempatan nak baca. Nak tahu apa ustazah denda aku sebab tidur dan tak bawa kertas exam semalam? Ustazah denda aku cabut rumput.

Balik ke pangkal cerita, aku ingatkan surat minta maaf lagi sebab hilangkan kertas exam aku. Rupanya, kali ini isi surat ni lain daripada hari-hari yang sebelumnya.

to the dearest moon,

at first we met at a tree, near the lab
second, at a bench, near the canteen

i still remember
how your look shined brightly
as bright as sunshine
when i saw you again

undoubtedly,
my heart has been captured by you,
as how the moment the fish being capture by fishermen
near the seashore.

nevertheless,
i'm honestly afraid if i'll loss you one day,
as we're form 4, and we'll being apart after SPM.

therefore, i hope you'll understand
the reason behind this letter.

the moon is beautiful, isn't it?

sincerely,
Rasyidah

Habis saja membaca surat yang diberikan Rasyid ni, berkerut-kerut dahi aku cuba memahami maksud di sebaliknya. Kenapa dia tulis dalam bahasa Inggeris? Huhu... sayang betul la kat kau, Rasyid. Aku mengeluarkan sebatang pensel dari beg silang.

Nak tak nak, aku kena tafsir apa maksud surat ni sebenarnya.

Mata tertancap pada baris pertama surat. To the dearest moon. Di sebelah baris itu, aku melukis sebuah bulatan serta beberapa kawah di dalamnya, melambangkan bulan.

at first we met at a tree, near the lab; Sebatang pokok besar dilukis.

as bright as sunshine; Matahari dengan kilau cahayanya dilukis.

as how the moment the fish being capture by fishermen; Ikan-ikan dilukis.

Hm seashore? Apa benda tu. Sejenis makanan ke.

Disebabkan ada perkataan sea di dalam seashore, maka aku pun melukis pantai dan sedikit air laut di sebelah baris itu.

Alhamdulillah, dah siap melukis! Bulan, pokok, matahari, ikan dan laut. Aku menyengetkan kepala. Apa maksud semua ni? Sungguh aku tak faham apa Rasyid nak cakap!

Bulan, pokok, matahari, ikan dan laut.

Bulan, pokok, matahari, ikan dan laut.

Rasyid nak beri teka-teki ke? Tanpa sedar aku dah pun meramas rambut yang terdedah bila aku tak pakai songkok. Allahu Akbar... aku mohon petunjukMu...

"Oi budak!" Tiba-tiba kedengaran ada orang memanggil aku. Aku menolehkan kepala ke kiri, mencari punca suara.

Puk! Lelaki yang memanggil aku tadi menumbuk pipi kiri aku.


N/A:

maafkan H, chapter kali ni terlebih panjang...

Imam Kelas Sebelah ✓Where stories live. Discover now