Bab 19

31 5 0
                                    

"Cinta?" Jay tunduk membelek telefon pintar Indah yang sudah retak seribu. Hendak baca mesej pun susah.

"Kita beli yang baru eh?"

Indah geleng. "Tak apa, tak payahlah. Elok lagi ni. Cuma kena tukar screen protector aje."

"Tapi kau cakap tadi phone ni dah mula hang kan?"

Indah hanya angguk, "Tapi boleh guna lagi."

"Kita beli yang barulah ya, cinta?"

Indah menjeling Jay, "Banyak duit awak. Saya tak ada duit. Saya ada duit nak beli barang makanan saya aje ni."

"Aku belanja kaulah, cinta..."

Indah laju menggeleng. "Awak jangan nak mengada-ada eh? Dahlah jom beli barang-barang makanan saya." Indah terus melangkah menarik satu troli lalu ditolak lerlahan sebelum troli tersebut turut ditolak oleh Jay.

"Jalan aje sambil ambil barang-barang kau, aku tolakkan."

"Okey." Indah terus berjalan ke arah keropok dan terus mencapai beberapa bungkus keropok kentang.

"Awak suka tak makan keropok-keropok macam ni?"

"Suka, tapi jarang makan junk foods sangat sebab nak jaga kadar gula dengan garam dalam badan."

Indah menjuih bibir, patutlah. Sambil-sambil itu, tangan ligat mengambil biskut coklat Lexus kegemarannya pula lalu dicampak ke dalam troli.

"Awak main gym, eh?"

Jay angguk, "Dulu. Sekarang dah jarang sebab sibuk kerja."

"Ada roti tak?"

Jay terus terbatuk-batuk dan memandang wajah Indah, tidak percaya dengan soalan spontan itu.

"Apa? Awak tak payah nak tunjuk dahi berkerut-kerut dengan muka innocent tu depan saya. Soalan biasalah tu orang tanya kalau awak dah pergi gym." Indah menjongket bahu dan berjalan selamba sambil memasukkan biskut ke dalam troli lagi.

"Tahulah soalan biasa. Tapi tak payahlah tanya macam tu dekat aku. Kau dah biasa tanya dekat orang lain ke soalan macam itu?" soal Jay berbaur cemburu.

Indah ketawa mengekek, "Oh, ada! Sorang lelaki tu."

"Siapa?" Jay berhenti menolak troli dan memandang wajah Indah dengan kerutan di dahi.

"Entahlah, dah lupa." Indah sembunyi senyum dan menuding jari pada troli yang sudah berhenti ditolak. "Kenapa tak tolak? Saya nak pergi jalan bahagian lain ni."

"Siapa lelaki tu, Indah?" tanya Jay lagi. Kali ini lelaki itu mengecilkan mata sedikit.

Indah terus menghamburkan tawa yang ditahan-tahan sejak tadi hingga memegang perut yang mula terasa kejang.

"Along sayalah, Jay... Irzan." Indah geleng kepala dan menyudahkan sisa tawanya. "Memang taklah saya nak tanya lelaki lain macam tu."

"Okey." Jay terus menolak semula dan berjalan menonong meninggalkan Indah seorang diri di belakang.

"Ish, Jay!" Indah berlari mengejar langkah Jay dan menyaingi lelaki itu.

"Awak cemburu kan? Kan, kan, kan?" Indah sengih dan menjongket kedua-dua belah kening ke atas, mengusik lagi.

"Ya, aku cemburu. Kenapa kalau aku cemburu pun?" soal Jay dengan nada mendatar.

"Cemburu tanda sayang, kan? Awak sayang saya?"

"Tak, dah tak sayang dah." Jay menjeling.

Indah mencebik dan mula memilih barang yang hendak dibeli semula. Nantilah dia pujuk lelaki ais batu itu.

Hampir 30 minit membeli, akhirnya Indah bercekak pinggang melihat isi troli yang dipenuhi makanan kurang berkhasiat itu.

"Nak bayar dah?"

"Dah." Indah angguk dan hanya mengekori langkah Jay yang menolak troli hingga tiba di sebuah kaunter pembayaran.

Setelah semua barang selesai discan dan dimasukkan ke dalam plastik, Jay mengangkat mudah plastik-plastik tersebut lalu diletakkan semula ke dalam troli.

"Nak bayar guna cash atau kad?"

"Cas-"

"Kad," potong Jay laju lalu terus menghulurkan kad bank milik lelaki itu.

Indah melopong lalu matanya berubah tajam, "Jay..."

"Apa?" Jay tayang wajah tidak bersalah.

Indah ketap gigi. Sudahlah dia main borong sahaja barang makanan tadi. Mahal! Kalau dia tahu, dia akan ambil sedikit sahaja kerana tidak hendak menyusahkan Jay.

.....

"Survey harga aje kan? Tak beli kan? Betul ni?" soal Indah ragu-ragu. Dia sudah tidak percayakan Jay kerana lelaki itu suka belikan barang untuk dia tanpa pengetahuan dia dahulu. Memanglah Indah suka, tetapi kalau hari-hari macam ini, boleh jatuh miskin lelaki itu!

"Ya, cinta. Survey harga aje." Jay tunduk melihat-lihat telefon canggih Samsung di atas meja putih display.

"Kau tak nak survey iPhone ke?"

Indah geleng, "Mahal."

"Tapi kau memang teringin nak pakai iPhone, kan? Survey ajelah dulu, nanti boleh kumpul duit."

"Hah, okey. Boleh juga." Indah garu kening dan mengekori langkah Jay ke kedai sebelah lalu mula membelek-belek iPhone yang tersusun di atas meja.

"Mahal..." Indah telan liur. Rasanya empat bulan lagi baru dia boleh beli kalau dia betul-betul menabung.

"Yang ni cantik, kan?" soal Jay sambil mengambil iPhone yang berwarna merah jambu lalu ditunjuk pada Indah.

"Cantik, tapi saya tak minat warna pink. Yang tu cantik." Indah memuncung pada iPhone yang berwarna ungu bersebelahan dengan iPhone yang berwarna putih.

"Oh, purple ni?" tanya Jay.

Indah angguk dan hanya tersenyum nipis saat mata menyapa harga telefon pintar itu. Kalau dia nak beli sekarang, maksudnya dia perlu berhutang dengan Ahlong. Errr, mahal gila!

"You like this purple one? Really?"

Indah angguk lagi. Dah kenapa pula Jay ni?

"Okey," ujar Jay ringkas sebelum terus melangkah mendekati salah seorang pekerja di situ dan mereka berborak sebentar.

Indah hanya menggaru kening dan membelek-belek semula telefon pintar yang terhidang di hadapannya. Seronok juga kalau jadi kaya ni.

"This purple one, sir?"

Indah angkat wajah memandang Jay yang berdiri di sebelahnya semula.

"Yes, that one."

"Okay, I'll be right back."

Indah terkedip-kedip, tidak faham dengan apa yang berlaku setelah pekerja wanita itu mengambil iPhone berwarna ungu tadi dan melangkah ke meja lain.

"Kenapa tu?" soal Indah bingung.

"I bought that for you."

Indah terus ternganga dan menampar lengan Jay laju, kuat dan bertalu-talu sehingga Jay meringis kesakitan.

"Aww, cinta... sakit..."

"Biar awak sakit! Eee! Saya benci awak, Jay! Benci! Eeey!" Indah ketap gigi dan menurunkan tangan.

"You hate me? Really? Hmm..." Jay menjeling dan mengusap-usap lengannya yang baru sahaja ditampar tadi. Sakit.

"Saya tak nak cakap dengan awak sebulan." Indah mendengus dan memeluk tubuh.

"Okey, sayang," jawab Jay ringkas. Malas hendak bergaduh di sini sebenarnya. Nantilah sambung bergaduh."

"I really meant it, Jay! I hate you!"

"I hate you!" Jay ketap gigi lagi. Nak menangis dia kalau macam ini.

"I love you too, cinta."

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now