Bab 18

217 13 0
                                    

"Mashi? Mashi, you there?" Disebabkan bahaya, mereka panggil perhilitan dan bomba cari Mashi dalam hutan. Bahaya sebab banyak ular. Sebab banyak ular lah buat pagar setinggi 20 Kaki mengelilingi hutan belakang rumah.

"Mashi, mama minta maaf. Mama sayang Mashi lah. Mama hargai apa Mashi buat. Kad ucapan Mashi yang paling istimewa sekali tau...?"

"Mashi, keluarlah..." Air mata Elvina bergenang. Dia genggam pergelangan Raya, mengangkat seluarnya untuk berjalan didalam hutan tebal itu. Dia pakai kasut siap-siap dan stokin risau termasuk pacat. "Mashi, please...mama minta maaf...tsk."

Elvina menutup wajahnya dengan kedua-dua tangan. Raya terus tarik dia kedalam dakapan. "Don't worry. Bomba dengan perhilitan tengah usaha cari diorang, sayang."

"Tapi Mashi..."

"I know. Shh~" Raya memujuk Mashi yang sedang menangis teresak-esak.

"MASHI!" Suara Eryna kedengaran dari jauh. Suaranya kedengaran terkejut dan takut. Elvina terus berlari kearah suara tersebut dan matanya terbeliak melihat Mashi yang tidak sedarkan diri dengan kepala yang berdarah.

"MASHI, NO! MASHI!"

"Sayang, biar diorang handle. Bawa keluar dulu Mashi."

"YOU DON'T EVEN CARE BECAUSE IT'S NOT YOUR DAUGHTER!" Tengking Elvina lalu menolak tubuh Raya jauh darinya. Dia berlari mengejar Mashi namun secara tidak sengaja, dia terpijak ekor seekor ular yang menyorok disebalik semak menyebabkan dirinya terbelit serta-merta oleh seekor ular sawa.

"SAYANG!"

"MAMA!"

Bomba menolak tubuh Raya ke belakang agar tidak menghampiri. Silap percaturan boleh terbunuh Elvina. Elvina berkerut, mengelakkan mukanya dari bertemu muka ular sawa itu kerana geli dan takut. "Bibi..."

Seorang lelaki mendekati ular tersebut dari belakang dan ditekup mukanya dari belakang bersama-sama dua orang lagi kawannya. Tidak hanya 3 namun hampir kesemuanya membantu menahan tubuh ular sawa yang besar itu ke tanah.

Elvina terus jatuh ke tangan seorang wanita dan tidak sedarkan. Dia dililit terlalu ketat sehingga nafas tidak naik ke paru-paru. Mukanya biru serta-merta. Raya letakkan tubuh Elvina atas tanah kemudian mula melakukan CPR mulut ke mulut.

Apabila mendapat respin positif daripada Elvina, Raya mendukung Elvina erat. "...wait for me, Elvina. I rawat you and Mashi dengan adil dan saksama."

***********
"Mashi tergelincir dan terhantuk kat batu...hehe." Mashi tersengih tidak bersalah. Berkerut dahi Elvina namun bila teringatkan sebab dia marah, Elvina lembutkan hati dan minta maaf.

"Lain kali ajak je mommy pergi beli barang." Ujar Elvina sambil mengusap kepala Raya yang sedang tidur atas pehanya. Dia kehulu-kehilir macam orang gila jaga Elvina dan Mashi selama dua hari. Bagilah dia tidur sekejap.

"...sorry. Mashi cemburu semua orang bagi hadiah mahal."

"Kenapa nak cemburu? Bukan harga barang dinilai namun usaha dan keikhlasan Mashi tu!" Kata Eryna dengan tegasnya. Mashi mencebik.

"...tapi lukisan Mashi tak cantik pun..."

"Siapa kata?"

"Tak payah tanya. Mashi tahu lukisan Mashi buruk."

"Tak kisahlah buruk ke, cantik ke, dilukis oleh pelukis professional sekalipun, kalau tak ikhlas takde makna juga." Elvina mengusap kepala Mashi lembut dan dicium dahinya. "Running into the forest is actually so dangerous! If you do that again...I can't forgive myself, Mashi."

"Sorry..."

Elvina peluk Mashi erat. Eryna merenung kearah Raya lalu naik belakang tubuhnya yang membuatkan Raya terjaga namun dia tidur semula. Setakat tampung Eryna takde masalah pun sebenarnya.

Rebuild LoveWhere stories live. Discover now