Bab 6

7 0 0
                                    

Tak.. tak. Aku pasti aku mamai pada waktu tersebut.

"Kenapa Umi nak Along kahwin awal? Kenapa tak Iz je yang kahwin dulu? Kenapa perlu Along?"

Aku masih persoalkan tentang perkahwinan aku dengan orang yang tak aku kenali itu.

Sepanjang hidup aku, tidak pernah sama sekali Umi yang sibuk untuk putuskan keputusan dalam hal besar. Katanya, Umi ingin berikan aku kebebasan untuk memilih apa-apa sahaja mengikut keselesaan aku selagi tidak melanggar hukum agama. Sejak aku memilih sekolah untuk aku ke tingkatan satu, memilih Aliran untuk ke tingkatan 4, memilih menara gading yang aku inginkan, sehinggalah memilih kerjaya aku sebagai pustakawan. Umi hanya terima dan sokong pendirian aku. Jika ingin berbuat apa sekali pun, biasanya Umi akan berbincang panjang dengan aku.

Tapi mengapa tentang hal yang satu ini perlu terburu-buru?

"Along.. Umi bukannya nak paksa Along kahwin.. Along pun tahu tu. Umur Along dah cecah 25 tahun tau. Kalau boleh, Umi tak mahu lah Along berlaki terlalu lewat. Kalau Raiz adik kamu tu, boleh dikira lagi sebab dia lelaki. Lagi pun kamu anak sulong Umi. Harapan pertama Umi Abi pula tu. Nanti kalau Umi tak ada suatu hari nanti, Along lah yang jaga keluarga. Raiz pun tolong jagakan sekali. Saling menjaga antara satu sama lain. Umi ni berumur dah. Penyakit pun banyak. 68 tahun. Tak lama lagi Umi pula yang menyusul arwah Abi." Terang Umi panjang lebar. Alamak, ini dikira drama pukul 7 ke?

Mata aku sudah dipenuhi linangan air mata. Terngiang-ngiang dalam kotak fikiran aku apabila Umi sebut tentangnya yang akan menyusul arwah Abi.

Arwah Abi, Mohamad Zainudin bin Omar telah lama meninggalkan kami. 7 tahun lalu arwah Abi tinggalkan kami kerana sakit 3 serangkai yang dihidapinya di pertengahan umurnya lagi. Umur Abi pada keteka itu baru sahaja 63 tahun. Kematian arwah Abi sangat menyedihkan bagi aku kerana Abi meninggalkan hidup kami sekeluarga ketika Abi menggenggam tangan aku.

Abi dikejarkan ke ICU apabila Abi tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri. Aku yang sedang berada di dewan kuliah universiti terpaksa memaklumkan kepada profesor di kelas aku. Aku ke hospital dengan panik sampai aku hampir saja pingsan di pintu masuk wad.

Tapi aku tak hiraukan perasaan ingin pingsan kerana aku ada hajat yang lebih utama. Iaitu bertemu Abi.

Sampai sahaja di katil Abi, aku terus menangis lemah apabila melihat Abi yang tampak tidak bermaya. Degupan jantung Abi yang terlalu perlahan menguatkan lagi tangisanku. Aku sudah tahu lama tentang sakit Abi. Peratusan untuk Abi kehilangan nyawa amat tinggi. Sedari dulu, aku berdoa agar Abi sentiasa diberikan kecergasan untuk melawan sakit kronik tersebut. Aku tak kuat untuk kehilangan Abi.

Aku berlari ke arah katil abi dan terus mengucup tangan Abi sekuat yang mungkin. Pegangan aku seperti terlalu berat untuk melepaskan hero sebuah keluarga pergi menghadap ilahi.

Namun, Allah lebih sayangkan Abi. Aku tahu Allah tarik Abi ke syurga supaya tidak lagi merasa sakit di dunia.

"A- Al- long." Tergagap-gagap abi memberikan memanggil aku. Dalam esakan, aku mengangguk. Ya Abi, Along dengar.. Along ada di sebelah abi ni...

"Abi! Jangan tinggal Along macam ni Abi. Along sayang Abi. No. Along.. Along janji jaga Abi baik-baik. Abi.. "

Selepas sahaja aku mendengar bunyi di mesen, aku perasan yang Umi sudah longlai di sebelahku. Raiz pula sedang sibuk menekan butang yang terletak di dinding wad berdekatan katil. Dia juga melepaskan tangisan yang sangat pedih untuk didengari.

Saat itu, Abi pula yang menggenggam tangan aku. Kuat. Bergetar tangannya seperti sedang menahan sakit yang tidak terhingga.

Sedar akan Abi yang berkelakuan begitu, mata aku terus membulat.

"Abi.. ikut Along, mengucap Abi. Asyhadu.."

"Asy- Asyhadu" sayup suara Abi mengikut suara aku yang juga sedang mengawal nangis.

"An la ilaha"

"An la.. ila.. ha" Aku pandang wajah abi. Air matanya mengalir laju hingga ke pangkal telinga. Sayunya hati aku dan orang sekeliling melihat Abi yang sedang nazak.

"Illallah"

"Illallah.." Suara Abi serak seperti peti suaranya ditarik keluar dari jasad.

"Allah.." Tanganku digenggam terlalu kuat sehingga dapatku rasakan sedikit sakit di tanganku. Sekejap sahaja sebelum genggaman itu terlerai dengan sendirinya.

Lantas aku memberikan pelukan hangat apabila aku sedar Abi telah menghembuskan nafas terakhirnya. Aku hanya peluk jasad arwah Abi. Dunia aku kosong. Dunia keluarga aku juga tidak bermakna pada ketika itu. Hanya tangisan yang bergema di ruangan itu.

"Kalau Along terdesak tak mahu, cakap pada Umi ya? Nanti Umi sampaikan." Suara Umi mencelah minda aku yang sedang mengimbau masa lalu. Barulah aku tersedar. Wajah aku sudah basah dengan air mata. Pantas aku mengusap wajahku. Aku tak mahu kehilangan Umi pula.

Sedar akan Umi yang ingin berlalu, aku cepat-cepat menarik tangan Umi. Aku tak mahu melakukan apa-apa kecuaian. Aku tak mahu menyesal di kemudian hari. Demi Umi, aku akan tunaikan hajat Umi. Umi nak tengok Along kahwin? Baik Umi, Along setuju.

Perlahan-lahan aku pandang wajah Ibu dengan secoret senyum.

"Tak apalah Umi.. Along terima aje. Tapi Along nak kenal bakal suami Along boleh kan?"

Umi yang dari tadi tersenyum menambahkan kelebaran senyumannya. Berat hati aku sebenarnya. Walaupun aku tidak berhasrat lagi, namun Umi tahu pilihan yang terbaik buat anaknya. Lagipun, dah elok-elok terima tak akanlah mahu tolak pula kan?

"Mestilah boleh sayang, dia anak Umi Ti yang ke dua. Nama dia Harith. Esok Umi tunjukkan gambar dia ya? Umi tak ada gambar Harith buat masa sekarang ni. Malam ni Umi minta dengan Umi Ti ya?"

Senyuman aku pudar. Rahang aku jatuh serta merta. Aik? Umi Ti ada empat orang anak ke? Setahu aku hanya tiga. Haziq Firman, Harissa Fayra dan Haziqah Farisya. Datang mana lah pula seorang lagi bernama Fathi ni?

Dalam majlis besar seperti perayaan, tak pernah pula dia muncul dalam Rumah ni. Selalunya Encik Azmi, Umi Ti dan anak-anaknya datang.

Dia anak angkat ke? Anak pungut? Kenapa tak pernah nampak batang hidung si Fathi ni? Aih.. tadi Umi kata Fathi anak ke dua. Tak mungkinlah dia anak angkat. Ish! Kacau bilau otak aku memikirkan tentang anak Umi Ti. Lantaklah dia. Esok aku tengok muka dia, harap-harap perangai pun elok sama macam wajah tampan yang aku dengar dari Nisa. Kalau wajah saja yang handsome buat apa jika perangai serupa budak darjah 6, ye dok?

Lihat saja di hadapan, Umi sudah berlalu pergi berada di sebalik pintu biliknya. Baru sahaja aku hendak bertanya sesuatu. Tak mengapa lah, esok mungkin aku dapat jawapan.

Tidak lama selepas itu, aku pulang ke sarang aku sendiri iaitu bilik kesayangan. Masih banyak waktu yang tidak terluang, aku mengeluarkan komputer riba dari beg aku. Lalu membuka laman web Instagram. Bukannya tak ada akaun Instagram di telefon, tetapi selepas ini aku nak layan drama Korea. Alang-alang buka komputer, aku buka juga laman Instagram.

Apa nak jadi, jadilah! Kita follow the flow saja.


SMILE, MY DOCTORWhere stories live. Discover now