Bab 2

16 1 1
                                    

Pintu kereta dibuka dan aku langsung masuk ke dalam.

"Kau ni dah kenapa? Nampak macam baru lepas kena kejar dengan beruk." Tiba-tiba sahaja Raiz berkata sebegitu.

Eh dia ni.

"Ha ni aku nak cakap. Aku pun tak tahulah kenapa bengap sangat aku harini." Sedaya upaya aku bercakap walaupun kapas masih dimulut.

"Dalam kesabaran aku tunggu nak masuk bilik tu, boleh pula aku nak pergi tandas."

"Biasalah tu, aku pun pernah." Potongnya.

"Ish sabarlah. Ini part yang paling malu sekali. Aku terlanggar seorang doktor lelaki di dalam tandas lelaki."

Seraya itu, Raiz membuat mimik muka seperti tidak percaya.

"Hah? Tandas lelaki?" Kening Raiz seolah-olah hampir bersambung mendengar ayat aku.

Aku mengangguk. "Ya. Aku salah masuk tandas." Mengingatkan perkara memalukan tadi, terus aku jadi tak tentu arah.

Setelah itu, Raiz tertawa kuat. Macam Gorilla! Dasar adik, kau gelakkan aku ya?

"Tak pasal lepastu aku jadi pesakit dia."

Dia sambung ketawa. Huh! Sampai tak cukup nafas lelaki sebelah aku ni. Menyesal pula aku cerita dekat dia.

"Doktor tu mesti fikir gigi kau rosak sebab kau langgar dia." Ujar Raiz lalu menyambung gelak tawanya yang galak macam valak.

Aku menjeling Raiz buat ke 1569 kali. Hish, lawak tak jadi pula tu! Makin menyampah adalah.

Aku tak tahulah mengapa aku terlalu malu dengan kejadian tadi. Dari apa yang aku lihat, doktor tadi macam lupa aje dengan apa yang terjadi. Tak bertegur atau beriak wajah langsung. Mungkin dia profesional bab-bab kerja ni kut? Aku sahaja yang terlalu overthinking.

Atau mungkin mulut aku terlalu masin? Dia lupa ingatan kah?

Air mineral yang dibeli oleh Raiz sebentar tadi aku pegang. Aku teguk dengan perlahan supaya gusi tidak berasa sakit. Esok aku dah mula kerja, gigi aku pula buat onar. Tanpa sedar aku mengeluh kecil. Cepat-cepatlah sembuh ya wahai gusi.

"Esok aku hantarkan kau atau kawan kau ambil?" Soal Raiz. Kadang-kadang dia akan hantar aku ke kerja ataupun kawan aku, Aliya.

"Ermm..esok kau je lah hantar. Tak silap aku Aliya masuk lambat sikit."

"Hmm. Okey. Haish, bilalah kau nak ada lesen kereta?" Tanya Raiz lagi.

"Haish, nanti-nanti aje lah. Tengoklah kalau aku boleh cuti panjang aku buat lesen."

Cakap sahaja lebih. Dah lama aku ucap begitu tetapi sampai sekarang tiada hasil. Kasihan juga dekat orang lain terpaksa angkut aku dan bawa ke hulu ke hilir.

Aku ni pula seorang yang banyak kerjanya. Tak betah di rumah lah senang cerita.

Sampai saja di perkarangan rumah, aku melihat sepasang kasut tersusun rapi di hadapan pintu. Macam kenal kasut ni.

Aku masuk ke dalam rumah dan melihat Umi sedang berbual dengan sahabat baiknya Puan Hayati atau lebih dikenali sebagai Umi Ti. Patutlah aku kenal pemilik kasut mahal yang berada di luar rumah. Tidak hairanlah apabila Umi Ti selalu datang melawat kami di sini. Kadang-kadang Umi Ti akan bawakan masakan yang telah dimasak olehnya. Sedap! Aku sentiasa mengalu-alukan kehadiran Umi Ti kerana kebaikannya yang terserlah. Masakannya sedap, kaya pun kaya. Betapa ramahnya dia dengan Umi sehingga dia sanggup jaga aku sewaktu aku masih kecil.

Aku tersenyum manis kepada Umi Ti. Tak tunggu lama, aku terus menyalami Umi Ti. Kemudian aku duduk di samping Umi yang sedang rancak berborak.

"Baru balik daripada mana ni Nina? Eh? Kenapa ada kapas dalam mulut tu?" Soal Umi Ti dengan prihatin.

Aku baru tersedar kapas yang berwarna kemerah-merahan masih ada dalam gigitanku. "Oh, maaflah Umi Ti, tadi Nina pergi klinik gigi. Tak tahulah kenapa gigi buat onar semalam."

Sebut sahaja tentang gigi, tiba-tiba gusi aku berdenyut kuat. Membuatkan aku berdesis sedikit. Lantas tangan aku memegang rahang. Aku bangun dari posisi duduk, hendak menapak ke dapur untuk menghidang air kepada Umi Ti.

Kenapa kebas semacam ya gusi aku ni? Berjuta-juta soalan yang menjelma dalam kepala. Maklumlah tak sudah lama tak cabut gigi di klinik. Dengan spontan aku menghampiri sebuah cermin dan menarik kapas yg berada di dalam mulut.

Apa yang aku nampak hanyalah darah. Di saat itu juga aku teringat akan sesuatu.

Darah?

Oh tidak. Aku ni manusia spesis tak boleh tengok darah! Ah bodohlah kau ni Raisa! Takkan lah lupa macam tu aje pasal diri kau?

Jantung aku tiba-tiba sahaja berdegup kencang dan menyukarkan aku untuk bernafas. Tapak tangan aku dengan pantas memegang leher kerana tindak balas terhadap rasa seperti dicekik. Aku dah mula cemas. Mata aku perlahan-lahan kabur menghalang pemandangan aku. Dah nak mati dah ke aku ni?

Aku rebah ke lantai ketika pandangan mata berubah gelap.  Aku tidak sedarkan diri.







"Nina?" Sapa seseorang disebelah aku.

Kelopak mataku terbuka. Pandangan yang tadi kabur mula menjadi jelas dan menampakkan siling rumah. Wajah yang sedang memandang aku dengan wajah risau muncul. Umi Ti.

Umi Ti meletakkan tapak tangannya di dahi aku dengan tiba-tiba. Kenapa?

Lama aku memandang Umi Ti dengan fikiran yang tertanya-tanya sehinggalah aku ingat kembali apa yang telah berlaku. Aku pengsan kan tadi?

Umi datang membawa jag berisi air dan beberapa buah gelas. Lalu dituangkan ke dalam gelas dengan teratur.

"Nina, minum ni. Ti, jemput minum." Tangan Umi yang memegang segelas ais kosong dicapai. Aku teguk perlahan-lahan.

"Haihh.. lama dah Nina tak macam ni. Sebab gusi tu ke?"

Aku angguk seraya memandang Umi dengan sebuah senyuman. Kali ini aku tak ada rasa ingin buka mulut selepas Umi meletakkan kapas baharu di dalam mulut aku.

"Dah lah, nanti naik atas dan rehat. Jangan berkaraoke pulak."

Tahu-tahu je Umi ni anaknya nak menyanyi dalam bilik. Tetapi selepas kejadian pengsan tadi, aku hanya ingin tidur sahaja. Tak mahu kerah tenaga lagi.

Esok hari aku untuk cari rezeki, jadi harini aku perlu gunakan masa sebaiknya.

Selepas Umi Ti pulang, aku bangkit dari sofa ruang tamu. Aku naik ke bilik aku di tingkat atas untuk beristirehat.

Zzzzz. Zzzzz. Zzzzz.

Telefon aku bergetar dari dalam poket seluar. Baru sahaja kaki aku mendarat ke atas katil yang serba empuk ini, sudah ada panggilan masuk. Aku nyaris sahaja membiarkan panggilan itu terbiar tidak dijawab kerana kini aku merasakan bahawa nikmat tidur sedang melambai-lambai riang ke arahku. Namun rasa kasihan terhadap pemanggil itu menjelma kuat. Kesian pula dia tunggu lama-lama kan?

Aku mengangkat panggilan telefon tersebut lalu meletakkannya di cuping telinga.

"Hello, siapa ni?" Aku terus bertanya nama kepada nombor yang tidak aku kenali ini. Dari apa yang aku lihat, ini sudah kali ke dua dia buat panggilan pada hari ini.

Suara di sebalik panggilan ini diam. Tak lama selepas itu, aku terdengar suara seorang wanita tergelak manis dari dalam panggilan.

Aku pandang telefon aku lagi sekali. Dah kenapa perempuan yang aku tak kenal gelak macam minah sewel ni? Salah nombor barangkali.





SMILE, MY DOCTORWhere stories live. Discover now