Bab 5

5 0 0
                                    

Sudah seminggu adegan mamat gatal yang nak mengorat aku berlalu. Tetapi masih segar dalam ingatan. Alangkah gelinya aku bila teringatkan balik. Ada juga lelaki itu datang buat kali ke dua untuk mengorat aku lagi. Tetapi aku cepat-cepat melarikan diri dan menyorok di bawah meja kaunter di lobi.

Nisa menghampiri aku di sofa ruang tamu dengan membawa snek kesukaannya untuk dimakan. Dia duduk di sebelah aku dan mempelawa sneknya.

Aku hanya menonton K-Drama. Tatkala aku mengambil sedikit makanan kepunyaan Nisa, watak lelaki di dalam TV sedang menembak musuh yang bakal menjadi isteri dia.

"Wow wow. Jangan tembak macam tu! Mati makwe kau tu, tak laku kau nanti." Aku memarahi karakter tersebut. Ya lah, kau punya gaduh tu sampai boleh hilang bakal bini kau mat.

Nisa hanya senyap bergilir-gilir memandang aku dan TV. Mesti Nisa fikir aku ni makin tak betul semenjak pengsan tempoh hari.

"Along, Nisa rasa along dah lama sangatlah single. Nak jugak merasa ada anak buah." Ucapnya secara tiba-tiba sambil menonton TV. Kunyahan aku terus terhenti apabila mendengar ayatnya.

Dah kenapa pula yang ini seorang?

"Kau ni kenapa? Ada mimpi apa-apa ke tadi? Tulah, orang dah kata jangan tidur petang. Nanti mimpi pelik-pelik aku juga yang kena tanggung dengar akal fikiran kau. Kau ni pula jenis nak bercerita dekat aku aje." Aku berseloroh panjang. Ada-ada sahaja adik aku lagi seorang ni.

"Eh, tak. Saje nak bertanya. Kesian juga tengok Along asyik berimaginasi dengan watak rekaan dalam novel tu." Balas Nisa. Macam tak masuk akal sahaja punca dia nak aku mansuhkan pangkat single aku.

Aku masih diam menunggu Nisa meneruskan percakapan. Kemudian aku ambil segenggam snek dalam mangkuk.

"Ya lah kan.. Nisa rasa, Nisa ada bau-bau manusia yang akan kahwin dulu dalam rumah ni."

Ewah-ewah! Cantik mulutnya ya. Aku ke?

"Kau bau macam mana hah? Calon pun tak ada lagi. Lainlah si Raiz, abang kau tu. Entah-entah dah ada buah hati. Diam-diam ubi berisi." Umur aku ni memanglah sudah 26, tetapi tak akanlah aku nampak aje lelaki tepi jalan beli buah durian, terus aku ajak berkahwin. Elok si Raiz aje kahwin dulu. Sesuai dah tu umur 26.

"Umi lah siapa lagi. Umi kata Umi dah ada calon untuk Along. Katanya sebab Along dah tua bangka tapi masih tak reti nak bercinta."

Hati aku bagai di panah petir buat seketika.

"What?!" Apa ni? Aku ni memang selalu single. Tak pernah dan tak nak bercinta sebelum kahwin. Tapi ada ke yang nak aku? Kalau ada yang nak aku pun, mungkin aku tak nak dia? Atau aku minat dia tetapi dia tak nak aku? Ah! Kepala aku pusing.

"Kau tipu kan Nisa? Habislah! Kalau dia terpaksa kahwin macam mana? Lepastu dia tak nak aku dan dia tinggal aku kebulur macam mana?! Kalau dia kongkong aku macam mana? Kalau dia dah ada makwe? Tak ke aku ganggu percintaan dia orang?" Aku menyerabaikan rambut aku yang rapi. Serabut.

Umi! Mengapa Umi tak beritahu anakmu dahulu? Ah!

Tidak semena-mena Nisa menepuk bahu aku.

"Ish along ni. Relaks lah. Jangan nak berdrama sangat macam dalam novel tu. Bukannya Umi suruh lelaki tu bunuh Along pun. Umi baru bercakap-cakap. Belum apa-apa lagi. Nisa datang sini hanya nak memujuk Along. Nisa tak sabar ni, hehe." Ujar Nisa, menenangkan aku yang sedang gemuruh.

Disuruhnya aku relaks? Bermacam jenis jeritan suara dah aku dengar dalam kepala aku ni. Semuanya akal fikiran aku belaka ya, bukan kerasukan.

Andai benar kata Nisa, habislah aku. Menangis tak berlagu lah jawabnya. Aku masih tidak bersedia.

"Pucat semacam ek muka Along. Takut la tu. Rorr." Ucapnya dengan nada mengusik.

"Ish jangan risaulah. Nisa tengok lelaki tu Helok aje. Baik pun ya. Along mesti suka punyalah."

Aik? Dia yang kahwin ke aku yang kahwin ni? Macam mana dia dapat pandang wajah lelaki tu dahulu sedangkan aku baru tahu berita. Khabar apakah ini? Tak masuk akal langsung!









Pagi ini, aku nak berborak dengan umi tentang hal yang telah dikatakan Nisa pada malam semalam. Entah betul atau tidak si Nisa tu. Kadang-kadang dia hanya bergurau dengan aku.

Tapi takut juga ya jika kata-kata nisa semalam adalah benar. Dup dap, dup dap jantung aku ni. Laju betul.

Aku menapak ke arah umi yang sedang bersantai-santai di meja makan. Senyuman diukir sedikit untuk menolak jauh perasaan gementar. Sampai sahaja di meja, aku duduk di kerusi menghadap Umi.

"Umi."

"Ya anak Umi.." suaranya lembut menjawab panggilan aku.

"Umi buat apa?" Soal aku sengaja. Padahal terang-terangan Umi sedang membelek helaian buku masakannya. Umi pandang ke arah aku pelik. Aku dihadapannya hanya menjukkan muka toya.

Umi pandang aku dan kembali menatap buku masakan kesayangannya itu. Sambil membuka helaian, Umi berbicara lagi.

"Umi rasa Umi nak masak Ayam Paprik lah harini. Umi nak buat lebih sikit untuk berbagi dengan Umi Ti kamu tu petang nanti"

Lah? Berkerut dahi aku mendengar ayat ibu. Umi tengok buku memasak hanya untuk cari langkah-langkah masak ayam Paprik?

Nak kata Umi tak reti memasak, tidaklah. Tetapi Umi sudah pernah hidangkan kami semua lauk ayam paprik. Masak sendiri pula tu.

"Umi bukan dah pandai dan pernah masak Ayam Paprik ke? Kenapa kena baca buku tu lagi?" Soal aku hairan.

"Ish, bukanlah. Umi baca buku ni sebab Umi nak cari resipi baru nak masak nanti majlis."

Aku mengangguk faham. Eh kejap. Majlis? Majlis apa?

"Er.. m.. majlis  apa tu Umi?"

Kali ini Umi pula yang pandang aku hairan.

"Majlis tunang kamu lah.. Kan kita dah bincang haritu? Kamu siap approve lagi." Ucap Umi selamba.

Jantung aku bagai hilang dari radar. Tak mampu untuk memproses kata-kata Umi. Aku diam tak terkutik. Aku masih tak percaya dengan kata-kata Nisa dan sekarang, keluar dari mulut Umi sendiri. Di hadapan aku. Tadi baru sahaja aku berniat ingin bertanya sendiri tetapi Umi terlebih dahulu memberitahu.

10 saat selepas itu, aku seperti baru tersedar dari lamunan aku.

"Umi..Umi. Bila ye kita bincang tentang tu? Setahu Along, Along tak pernah setuju apa-apa lagi." Detak jantung aku kembali berdegup. Tetapi sangat laju. Jika tadi seperti hilang dari radar, kali ini seperti baru tamat perlumbaan 800 meter.

"Lah.. Lepas Umi Ti balik tu lah. Umi kejut Along nak bercakap tentang calon. Tapi Along suruh Umi cakap cepat-cepat sebab Along nak sambung tidur. Along cakap Along setuju. Along siap senyum-senyum lagi. Punyalah senyum macam kambing tiba-tiba tanya kita pula pasal ni. "

Hah? Tidur? Umi ada kejut aku tidur ke? Mesti Umi kejut aku masa aku sedang mamai dengan mimpi aku! Ya ampun!

Sabar Raisa, sabar. Depan kau ni, Umi. Bukan orang lain. Ini semua ujian semata-mata!

SMILE, MY DOCTORWhere stories live. Discover now