˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 30˚➶ ⋆

553 19 14
                                    

TERSENYUM kecil jejaka itu melihat kelibat si gadis pujaan hatinya. Alahai abangnya angau sangat dah ni, takkan tengok awek baru keluar dari hospital je dah angau tahap minta penampar.

"You are always beautiful in my eyes, dear." Tanpa disangka ayat itu keluar dari mulut jejaka. Yang tadinya cuba ditahan agar tidak mengatakan itu tetapi dia kalah dalam permainan ini.

"Ha? Kenapa suara awak slow sangat. Saya tak dengar apa awak cakap la Zayden." Gadis itu masih terpinga pinga dengan tingkah jejaka ini. Dari tadi tak lengkang senyuman dibibirnya apa yang membuatkan jejaka itu bahagia sangat.

"Takde apalah. Tak penting kut, jom la kita gerak kalau dah takde apa apa nak dibawa." Jejaka itu cuba mengatur nada suaranya agar serasi. Takut nampak sangat tengah angau tak pasal pasal kantoi macam tu sahaja plan nak pikat hati si gadis pujaan hati.

"Eh! Sekejap. Saya rasa ada yang tertinggal. Kejap tunggu saya double check." Gadis itu membuat gaya tengah mencari sesuatu. Jejaka itu masih setia menanti si gadis sehingga gadis itu siap melakukan pekerjaanya.

"Dah jumpa ke belum, Sophea sayang?" Gadis itu terpaku untuk sesaat. Sebelum bibir naik tersenyum manis tetapi cuba disembunyikan agar si jejaka tidak melihatnya.

"Ha! Dah jumpa." Lekas langkah diatur mendekati si jejaka yang masih setia berdiri dihadapan muka pintu bilik pesakit itu. Dah jadi rutin dia kesini selama gadis ini berada di hospital.

"Apa yang awak cari?" Kening dijongketkan sebagai tanda dia mahukan kawalan dari si gadis. Tetapi lebih tepat dia blur apabila gadis itu tersenyum manis.

"Awak lupa panggil saya sayang harini." Gadis itu tergelak kecil. Sebenarnya tiada apa yang tertinggal pun kerana kalau jejaka itu yang tolong kemaskan sedikit untuk dirinya pasti tiada satu pun yang tercicir. Melainkan sayang...

"Amboi! Biasa dia tu. Gediknya. Tapi takpe kalau gedik awak saya boleh terima tapi kalau gedik kaum hawa diluar sana saya dah lama bagi tendangan padu dekat diorang." Penuh dengan kegembiraan wajah jejaka itu saat berbicara dengan si gadis. Nampak sangat dah jatuh cinta sedalam dalamnya ni.

"Saya gedik untuk awak je. Bukan untuk orang lain kan?" Gadis itu tergelak kecil sebelum langkah diatur melintasi si jejaka dan memboloskan diri disebalik pintu bilik itu. Lama lama dia disitu memang boleh overdose sebab si jejaka terlampau romantik.

"Comelnya perangai ciptaanmu yang satu ini Yaallah. Tetapi lagi comel kalau dia yang ditakdirkan untukku." Kata si jejaka. Terus bibir naik tersenyum nipis angau dengannya berpisah tiada sejak kehadiran gadis itu di dalam hidupnya. Bagaikan hadir membawa maksud dan lampu untuk hidupnya yang sudah lama tidak bercahaya.

"Awak! Cepatlah nanti lambat. Saya nak makan nasi ayam ni. Dah lama mengidam duduk hospital selalu makan makanan yang sama, bosan saya." Cebik gadis itu. Sejurus itu si jejaka menghamburkan tawaan ke udara. Alahai akibat duduk hospital seminggu tidak dapat makan makanan mewah macam ni la jadinya. Nasib sayang.

"Iye tuan puteri yang cantik, manis. Jom kita pergi ye Sophea sayang..." Meleret suara si jejaka. Ini kalau lambat pergi memang menangis budak ni dekat atas lantai hospital ni. Dah tak kisah pandangan orang sekeliling, asal dapat apa yang dia nak bahagialah alamatnya.

"Jom!" Seiring dengan itu si gadis mengatur langkah mendekati kereta Mercedes AMG A45 milik jejaka itu. Nampak kaya tapi pakai kereta yang itu sahaja. Inilah salah satu sebab kenapa dia suka dengan jejaka itu, kerana sifatnya yang tidak pernah sombong biarpun dia kaya.

Jejaka itu hanya tersenyum nipis. Dia meletakkan beg pakaian gadis itu sebelum langkah diatur mendekati pintu sebelah pemandu dan memboloskan diri ke dalam perut kereta.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now