"Siapa lagi kabel Hirz dalam rumah tu Qis Arlynna kalau bukan abah. Hirz dah ada nombor abah sejak jumpa dekat Cherating kelmarin. I thought you know Qis Arlynna."

Hirzan menoleh ke sisi dan tenung wanita itu. Qis tak dapat lawan setiap kali begitu. Boleh mati sesak nafas dia nanti. Belum lagi masuk jantungnya yang dah mengepam laju dalam dadanya. Cepat saja pandangan dihala ke depan.

"Jangan panggil nama penuh macam tu boleh tak? Padahal ada nama pendek," kata Qis.

"Baik Manjaku, sayang, cinta, buah hati, bidadariku, manisku, kesayangan Hirzan... Ada lagi yang Manja nak tambah?"

Qis mengetap bibir menahan rasa.

Kereta belum jalan lagi tau Qis Arlynna... Tapi dah dua kali kena tahan perasaan, sesak di dada dan jantung yang asyik tak bagi kerjasama. Huaaa... Takkan sampai petang aku kena macam ni! Hati Qis berbisik merengek dalam diam.

Makin dia cuba bendung perasaan yang macam nak meletup dalam dadanya, makin rajin kotak memorinya melayarkan semula pesona Hirzan yang tengah senyum dan merenungnya tadi. Belum lagi campur Hirzan yang semakin kerap menggunakan nama. Bukan lagi 'kau,aku' kerana kata ganti nama itu hanya mereka guna sejak putus dan menjadi kawan.

Jadi, faham-faham sajalah. Rasa lain sangat bila sudah guna semula panggilan nama masing-masing. Guna kau dan aku saja, nada bicara Hirzan masih lembut apatah lagi menggunakan nama.

Arghh! Bencinya... Bencinya! Rasa roh nak keluar dari jasad dan terkulai layu.

"Pakai seatbelt, Manja sayang..."

Suara Hirzan mematikan segalanya. Qis cepat-cepat tarik tali pinggang keledar dan menguncinya. Tak sedar pun yang Hirzan sudah memandu pergi.

Okay...Tenang Qis Arlynna.

***

MAKANAN dalam pinggan tinggal separuh dan Qis tak ada daya nak habiskan. Perutnya sudah kenyang sebab asyik sedut air strawberi smoothie itu. Kekok sebab makan berdua dengan Hirzan. Padahal bukan tak ada berborak langsung. Dia sebenarnya mahu mulakan sesi soal jawabnya tapi buntu nak mula bagaimana.

"Kenapa ajak makan dekat sini? Kalau tak boleh pergi tengok wayang sekejap ke..."

Terasa masuk ke dalam alam nyata semula. Qis pandang Hirzan yang tengah menatapnya. Alahai... Kenapa dia cepat rasa malu ni?

"Kan kita nak bincang pasal kita..." balas Qis.

"Okay, tentang apa?"

Lidah Qis jadi kaku pula. Sebenarnya dia juga tidak tahu apa soalan yang dia patut tanyakan kepada Hirzan. Nafas ditarik sedalamnya lalu dihela perlahan. Semoga saja apa saja jawapan Hirzan nanti, dia mampu bezakan perasaan yang berbunga dengan kelapangan dalam dadanya seperti yang diistikharahkan selama ini.

"Pasal kita, tentang permintaan kau malam tu dekat resort. Apa yang membuatkan kau bersungguh sangat? Tempoh hubungan kita dulu pun tak sampai setahun pun dan kau yang pilih untuk pergi."

Mata mereka berdua saling tidak lepas daripada memandang satu sama lain.

"Kenapa bersungguh? Hirz dah pernah kata, Hirz tak tunggu tiga tahun ni hanya untuk jalin hubungan kawan semata. I want us to keep in touch sampailah masanya, Hirz akan datang balik cari Qis. Hirz minta maaf dan Hirz tak bermaksud nak lukakan hati Qis. I have to..."

"I want to hear your valid reason." Qis mencelah dan berterusan melawan panahan mata lelaki di depannya kini.

"I can't Qis. I may have reason but it's not an excuses."

"What's the difference?"

"Kalau sebab dan alasan tu adalah tentang perkara yang sama, Hirz mungkin takkan cari Qis balik sampai bila-bila. Tapi sebab yang satu tu buat Hirz terpaksa putuskan hubungan yang dulu. Terpaksa... Untuk tiga yang lepas. Dan tak bermakna Hirz jadikan sebab tu sebagai alasan untuk tak dapatkan Qis semula. I try to find way and right time to comeback to you Qis Arlynna. There's no excuses. Just look on my action right now. Hirz dah pernah beritahu, Hirz tukar department sebab kerja tu pisahkan Hirz dengan manja Hirz."

Qis diam. Ayat Hirzan penuh ketegasan.

"Jadi Hirz dah... Istikharah? Sebelum buat keputusan untuk cari Qis semula?"

"Istikharah?" Hirzan menggeleng perlahan. "Qis sentiasa dalam solat hajat Hirz. Qis bukan persoalan atau keraguan sampai istikharah yang Hirz perlu buat. Qis adalah cinta yang Hirz nak. I have been asking and requesting from Allah to make you mine in every single Du'a for the past three years."

"I do love you and I really love you more than you know Qis Arlynna. Terlalu cinta sampai sakit dalam dada ni kerana terlalu rindukan Qis. Terlalu rindu sampai hampir setiap hari dan setiap masa, Qis tak pernah hilang dari fikiran Hirz. Tak pernah. Hirz takkan paksa Qis untuk terima atau buat keputusan sekarang. If loving you requires me to wait, then I will do it even if it takes the rest of my life."

Bam! Jawapan Hirzan yang panjang itu buatkan Qis terkedu dan meremang. Namun hatinya... Hatinya terasa aneh. Senang sekali mendengarkan pengakuan itu. Nalurinya membisikkan yang doanya termakbul. Hatinya senang dan lapang.

Ya Tuhan... Bahagia seperti apa yang aku akan rasa hingga ini jawapan Engkau untuk istikharah aku, getus hati Qis.

Terlalu kuat jawapan Hirzan. Mungkin inilah sebabnya kenapa hati meronta-ronta untuk adakan pertemuan ini. Supaya dia dengar sendiri jawapan lanjut daripada Hirzan memandangkan sebelum ini, dia mengelak dan terus menolak untuk beri peluang kepada lelaki itu ketika di resort tempoh hari.

Walaupun serasanya masih ada soalan tapi bagaikan sudah terjawab. Dalam diam, Qis senyum.

"Kalau itu permintaan Hirz untuk Qis bagi peluang kedua. Untuk Qis buka hati ni semula untuk Hirz... Qis boleh tunaikan. Tapi Hirz... Luka kecil tu masih ada jadi maaf kalau nanti masih ada ragu-ragu. Qis takut kalau ke depan hari, Hirz terpaksa lakukan hal yang sama untuk tinggalkan Qis sekali lagi," kata Qis menyusun setiap patah perkataan dengan tenang.

"Hirz faham. Bagi tahu Hirz semua luka dan apa yang buat Qis ragu-ragu. I'll try everything I could to not break any promise again."

Qis menguntum senyum.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Mar 29 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

His ReturnWo Geschichten leben. Entdecke jetzt