HR 6

447 48 2
                                    

Qis Arlynna hanya duduk bersandar dengan keadaan tangannya disilangkan ke dada sambil menatap wajah lelaki dengan nama Haidar di depannya ini. Tak habis-habis membebel pasal hidup dia yang begitu begini. Macamlah dia nak dengar.

Tepat 30 minit Qis duduk di situ tapi hatinya masih panas bila dapat tahu ayah aturkan blind date antara dia dan lelaki ini. Haih! Memang meletuplah dia bila balik rumah nanti.

"Ha... Lepas tu I paling tak suka dengan orang yang tak menepati masa. Staf bawah I semua lebih kurang macam tu. I ni lagi awal datang kerja daripada diorang. Kalau ada meeting pula, I akan masuk bilik mesyuarat 10 minit awal. That's why I jadi kesukaan boss I..."

Qis menghela nafas perlahan. Apa ni? Pick me man? Tidak... Pick me boy lagi sesuai kut. Dia mula rasa tak betah duduk di situ. Berapa lama lagi dia kena tunggu lelaki ini habis membebel. Nak mencelah pun macam tak dapat je.

Habis bercerita pasal kerja, Haidar sambung dengan topik lain yang berkait dengan topik sebelumnya.

"I ni nak kata ada rupa tu boleh tahan la sebab ramai je staf perempuan yang cuba rapat dengan I.You know what I tak suka dengan perempuan yang beria. Yang banyak syarat. Nak lelaki tinggi lah. Nak lelaki yang stabil ada kerja ada duit. Nak lelaki sweet dan kelakar. Nak lelaki jaga solat lah. Nak lelaki yang itulah inilah..."

Terus kening Qis bertaut.

"Kenapa? Perempuan tak ada hak untuk pilih lelaki yang terbaik ke?" duga Qis. Memang dari awal dia dapat agak lelaki jenis macam ni... Red flag!

"No I mean... Look at themselves. They just looking a guy by physical look. Diorang pun bukan bagus mana. Alih-alih bila dah beranak duduk dapur juga. Betul tak?" Haidar ketawa besar.

Qis pandang lelaki itu dengan rasa jijik. Betapa beraninya lelaki macam ni merendah dan meremehkan perempuan depan seorang perempuan.

Qis bersandar tenang pada kerusinya. Dia masih belum nak bahas kata-kata lelaki ini.

"Situasi sama je kan. Kalau memilih pun tengok pada nasib. Dapat lelaki bagus itu rezeki... Kalau tak? Lelaki curang, lelaki pandang perempuan lain. Lelaki tetap dapat benefit. Perempuan? Akhirnya terkapai-kapai jadi janda. Jadi apa gunanya perempuan letak syarat dan memilih?" Haidar mempersoalkan dengan wajah separa ketawanya.

Mungkin lihat Qis yang senyap dan tidak beri reaksi, Haidar kawal riak wajahnya.

"You okay ke? Senyap je daripada tadi. Atau you terasa dengan apa yang I cakap tadi? I'm sorry tapi I tak maksudkan. I tahu you tak tergolong dalam perempuan macam tu, kan?" tanya Haidar.

Dalam hati, Qis cuma mampu ketawa je. Kalau dia tak tergolong sekali pun tak bermakna dia akan diam.

Nafasnya dihela. "No I tak terasa pun. So what's your type then, Haidar?" tanya Qis.

"Well, I suka perempuan yang jaga penampilan, beauty with brain, solehah, tak bossy, tak suka membebel because I really hate that.  Perempuan yang-"

"Stop. Stop stop just right there. Banyak sangat syarat you ni."

Qis pandang Haidar. Begitu juga lelaki itu sekali terpinga-pinga.

"You asked me what's my type," kata Haidar dengan anggukkan perlahan.

"So we are women. Semua orang ada hak untuk ada pilihan ke atas hidup masing-masing. Sebab kita semua tahu apa yang terbaik untuk diri kita dan tak membabi buta. Tugas kita, fokus pada hidup sendiri dan tak menghakimi orang lain. Apa yang keluar dari mulut kita melambangkan hati dan pemikiran kita," ujar Qis sambil merapatkan tubuhnya ke meja.

His ReturnWhere stories live. Discover now