Alisa hanya menganguk. Tingkah laku anak lelakinya itu sungguh pelik sejak kebelakangan ini. Tengku Aqir lebih suka bermain seorang diri berbanding meluangkan masa bersama Alisa.

" Dia segan dengan Syah tu kot mummy"

Beritahu Alisa. Dia risaukan Tengku Aqir. Wajah anak lelakinya itu hanya murung semenjak mereka pulang dari PD tempoh hari.

" Ye la tu. Mungkin dia penat kot. Ye la baru je balik holiday dengan mama dia kan"

Usik Datin Syamimi kepada Alisa. Alisa hanya tersenyum kecil lalu menyusun buah buahan yang sudah di potong ke atas pinggan.

~~~~~~~~~~

Suasana di meja makan hanya bertemankan bunyi sudu dan garfu yang bertembung sesama sendiri. Semua orang gembira menikmati makanan tengah hari mereka yang dimasak oleh Alisa.

Manakala Alisa hanya fokus menyuap Tengku Aqir makan. Pandangan tajam daripada Tengku Aqil langsung tidak dihiraukan.

" Kalau ye pun dah setuju nak kawin tak payah la nak tengok Sarah macam tu. Kesian dia. Nak makan pun tak tenang ada orang tenung dia"

Ujar Datin Syamimi menghalau kesunyian di meja makan itu. Bukan dia tak perasan Tengku Aqil dari tadi lagi asyik merenung anak angkatnya itu.

Tengku Aqil hanya senyum mendengar ayat Datin Syamimi itu. Kakinya gatal menggosok kaki Alisa dari bawah meja menyebabkan Alisa terpaksa melarikan kakinya.

" You know what mummy. Kali ni Syah setuju dengan cadang mummy. Syah nak kawin dengan Sarah ASAP "

Ujar Tengku Aqil lalu tersenyum sinis ke arah Alisa. Dia sudah lama mencari Alisa. Namun masih menemui jalan buntu. ' patut la tak jumpa. Kau menyorok rumah family aku rupanya' ujar Tengku Aqil dalam hati.

Datin Syamimi yang mendengarkan itu tersenyum puas. Seperti yang dia rancangan. Tengku Aqil setuju untuk kawin dengan Alisa.

" Baiklah kalau Syah dah cakap macam tu daddy setuju. Bila Syah nak buat majlisnya "

Tanya Tengku Syahril setelah sekian lama mendiamkan diri. Semua mata tertumpu ke arah Tengku Syahril. Lelaki itu mengelap mulutnya dengan tisu sebelum bersandar tenang di kerusinya.

Dia sudah tahu tentang rancangan isterinya untuk mengawinkan Tengku Aqil dengan Alisa. Namun dia tidak menyangka Tengku Aqil akan terus bersetuju dengan rancangan isterinya kerana Tengku Aqil bukanlah seorang yang menurut.

" Kalau daddy tak kesah next week kite terus akad. Lepas tu lagi sebulan baru kita buat majlis "

Jawab Tengku Aqil dengan tenang. Matanya yang menghadap Tengku Syahril terus berpaling ke arah Alisa.

Alisa yang mendengarkan itu terus tersedak. Datin Syamimi terus menghulurkan air kepada Alisa dan menepuk belakang badan gadis itu.

" Mama are you ok"

" Sarah tak apa apa"

Tanya Datin Syamimi dan Tengku Aqir serentak. Alisa hanya menganguk dan kembali menyuap Tengku Aqir. Dia langsung tidak memandang Tengku Aqil.

" Ish kamu ni Syah. Kalau ye pun takkan la minggu depan. Mana sempat mummy nak uruskan semua "

Marah Datin Syamimi. Dia memang menginginkan Alisa menjadi menantunya. Namun seminggu masalah cukup masa dia ingin menguruskan semua hal hal perkawinan itu.

' hari tu bukan main nak tengok dulu la apa la. Sekarang sape yang tak sabar sabar nak kawin' ujar Datin Syamimi dalam hati. Pening kepalanya melayan kerja gila Tengku Aqil.

" Tah abang ni. Mana sempat kalau nak kawin minggu depan. Kalau ye pun dah kemaruk nak kawin jangan aci redah je "

Sambung Tengku Syamina pula. Abang itu jika tidak buat kerja gila memang bukan Tengku Aqil la gamaknya. Tengku Syamina sendiri masih tidak puas meluangkan masa dengan Alisa.

Memandangkan Alisa baru sahaja pulang dari Amsterdam minggu lalu. Alisa selalu membantunya menyiapkan tugasan. Menyebabkan dia sangat rapat dengan Alisa.

" Alisa setuju ke nak kawin dengan Syah "

Tanya Tengku Syahril tiba tiba. Dia tahu Datin Syamimi sudah bertanya kepada Alisa terlebih dahulu. Namun dia masih perlu hormat dengan jawapan daripada tuan badan.

Semua mata tertumpu kepada Alisa. Tengku Aqir sendiri memandang mamanya untuk mendapatkan jawapan. Alisa memandang Datin Syamimi dan Tengku Syahril silih berganti sebelum menganguk perlahan.

" Sarah ikut je daddy apa yang baik untuk Sarah "

Ujarnya lalu tersenyum tipis. Mana mungkin dia ingin menghancurkan harapan Datin Syamimi. Wanita itu telah banyak membantu dirinya.

Jawapan Alisa membuatkan semua yang berada di situ tersenyum gembira. Namun tidak untuk Tengku Aqir. Kanak-kanak lelaki itu hanya diam membantu dengan muka yang masam.

" Cucu Tok Mummy ni kenapa senyap je ni "

Tanya Datin Syamimi prihatin. Daripada tadi dia memerhati Tengku Aqir hanya senyap di atas riba Alisa. Tengku Aqir memandang Datin Syamimi dan menghulurkan tangannya.

Datin Syamimi menyambut tangan cucunya itu sebelum Tengku Aqir berubah tempat duduk. Tengku Aqir memandang lelaki yang berada di hadapan Datin Syamimi sebelum berpaling ke arah Alisa.

" Uncle ni ke yang nak jadi papa Aqir mama "

Tanya Tengku Aqir tiba tiba. Daripada tadi lagi dia berkira kira untuk bertanya. Dia sangat sayangkan Alisa. Jadi dia tidak mahu mana mana lelaki menyakiti hati mamanya.

Tengku Aqil memandang budak lelaki yang sedang duduk di atas Datin Syamimi ketika ini. Dipandang setiap inci wajah budah lelaki itu.

Tersentak Tengku Aqil apabila perasan yang rupa budak lelaki itu seiras dengannya. Rambut coklat perang yang lebat, hidung yang mancung dan bentuk wajah yang saling tidak tumpah seperti wajahnya.

" How are you"

Tanya Tengku Aqil kepada budak lelaki itu. Tengku Aqir mengalihkan pandangannya memandang Tengku Aqil.

Wajah masam dihidangkan kepada lelaki itu dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Tengku Aqil menjongkitkan sebelah keningnya seakan bertanya ' siapa ' kepada Datin Syamimi.

" Ouh kenalkan cucu lelaki mummy Tengku Aqir Syahmir "

Ujar Datin Syamimi dengan penuh bangga. Baginya Tengku Aqir merupakan seorang budak yang bijak dan sangat berdikari walau baru berusia 2 tahun.

" Dia anak A...."

" Dia anak saya "

Sampuk Alisa tanpa sempat Datin Syamimi menghabiskan ayatnya. Alisa tertunduk apabila Datin Syamimi berpaling ke arahnya. Datin Syamimi hanya menganguk kecil apabila memahami maksud Alisa.

" So kau ni janda anak satu la kan "

Ujar Tengku Aqil dengan nada dan senyuman yang sinis. Sebenarnya dia juga terkejut dengan penyataan Alisa.

Namun dia dapat meneka yang budak lelaki itu merupakan anaknya kerapa kanak kanak lelaki itu mempunyai rupa paras yang sama dengannya sewaktu dia masih kecil.

"Abang"

" Syah"

" Syah"

Serentak mereka semua yang berada di situ mendengar pertanyaan Tengku Aqil. Alisa makin menundukan pandangannya. Dia malu dengan perlian Tengku Aqil.

Padahal lelaki itu tahu siapa yang telah membuatkan dia mengandung dahulu.

" Don't you think your question is quite rude uncle?"

~~~~~~~~~~~~

TBC 🤍

Aqir tak suka uncle tu kawin dengan mama dia ke. Jadi ke Alisa kawin dengan Tengku Aqil kalau gitu la perangainya 🤔

Kalau korang rasa nak saya teruskan lagi cite ni jangn lupe vote share and comment guys 😘

You Are Mine : Hate of LoveWhere stories live. Discover now