Tengku Seducer: 41

Start from the beginning
                                    

"Aik? Dah setahun kahwin dengan aku pun tak kenal lagi aku macam mana?" Dahi Alessandra dijentiknya. Perlahan sahaja, kalau kuat nanti risau dia tidur luar pula malam ini.

•••

Alessandra menggigit jarinya. Dia bertindak untuk membaca sendiri akhbar terbaru tentang perlawanan Akademi Unholy MMA hari ini. Pasti dia akan terjumpa komen-komen itu semua. Pintu bilik air yang masih terkatup rapat dijeling sekilas. Selamat, Ian masih mandi.

Dia mula menatal skrin telefon dan membaca semua berita yang keluar pada hari ini. Hujung alisnya bertemu.

"Eh eh amboi, diorang cakap pasal aku ke ni?" Dia monolog sendiri.

Sama seperti Ian, hatinya menjerit sebal membaca perbualan di ruang komen itu.

"Gosh, girls. Just admit that you're jealous cause you're not his wife!" Alessandra sebal. Telefonnya dicampak ke atas katil sejajar punggungnya dilabuhkan di atas katil. Kakinya disilangkan.

Tak berapa lama kemudian, muncul susuk tubuh Ian di sebalik pintu bilik air dengan tuala separa pinggang.

"Hai, my Malaiqa. Tunggu aku?" tegur Ian terlebih dahulu. Rambutnya yang basah menutupi separuh dahi disebak ke belakang.

"Husb? Boleh I tanya satu soalan?" sembur Alessandra.

"Haih, jarang-jarang kau mintak izin dulu, baby. Selalu main sembur aje tanya aku sayang kau lagi ke tak kalau kau jadi ulat bulu," sakat Ian. Dia turut mengayun langkah untuk duduk di birai katil.

"I nak tanya..." Alessandra berdiri di hadapan Ian dengan berpeluk tubuh.

"Tanya apa, baby? Hm?" Tangan isterinya ditarik agar mendekat ke arahnya.

Kenapalah suka sangat jauh dengan suami?

Alessandra berdehem. Haisy, dia mana boleh kalau Ian menggodanya sebegini.

"Cakaplah. Kenapa diam?" Ian menggesa.

"I halang you untuk capai impian you, ke?" soal Alessandra setelah lama dia berfikir. Menurut komen-komen yang dia baca tadi, kata mereka, dia punca Ian kurang beraksi di atas gelanggang.

Ian pincingkan mata memandang wajah Alessandra. "Lagi aku tegah, lagi kau baca ya komen-komen mulut puaka tu semua?"

"I cuma baca, tak ambil bawa masuk ke hati pun," gumam Alessandra. Padahal hatinya sudah dilanda rasa serba salah yang kian menggunung.

Ian kulum senyum. "Iya, ke?"

"Ya, kenapa? You tak percayakan I?" tuduh Alessandra.

"Percaya, wifey. Mustahil untuk aku tak percayakan kau. Jadi apa soalan kau tadi?"

"I ini penghalang impian you ke?"

"Impian aku yang mana satu?" Ian berkerut.

"Impian you untuk jadi peserta terbaik Muay thailah," jawab Alessandra.

Terletus tawa kecil di bibir Ian. "Kau sendiri tak tahu apa impian aku sekarang ini, Malaiqa."

"Maksud you? Apa yang I tak tahu? Salah ke apa yang I cakap tentang impian you?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan Alessandra. Boleh pula lelaki itu ketawa?

Tangannya naik menjalar ke pinggang sang isteri. "Haah, memang salah pun. Kalau kau ambil ujian pasal aku, confirm kau dapat markah 0. Zero!"

"Then, tell me. Apa yang betul tentang impian you?" cabar Alessandra.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now