Tengku Seducer: 29

7.1K 472 59
                                    

Every time you try to forget who I am
I'll be right there to remind you again
You know me (know me, pow, pow)
You know me (know me, oh, yeah)

Ian beralaskan apron dari tadi sambil mendendangkan lagu kebangsaan The Weeknd. Hari ini, dia ingin jadi lain daripada suami yang lain. Dia menyiapkan bekal untuk Alessandra yang sudah bergerak ke agensi awal pagi tadi. Alasan isterinya itu? Dia ada mesyuarat tentang fashion show seterusnya.

"Ian?"

Dia kalih ke arah gerangan yang memanggil dirinya.

"Oh, ayahanda. Dah bangun?" tanya Ian selari tangannya lincah menghias nasi goreng yang dimasak untuk sang isteri.

"Lama dah, baru ada kesempatan nak turun ke bawah. Haih, tak pernah-pernah ayahanda tengok Ian duduk dapur. Ada kes apa ini?" Ku Kaf mengambil tempat di kerusi tabletop. Duduk sahaja dia, ada bibik mereka datang menghidang air seperti selalu.

"Hari ini Ian buat bekal untuk Malaiqa," terang Ian.

"Bekal? Kenapa? Sandra yang minta?" Ku Kaf berkerut hairan.

"Nope. Ian yang nak buat sendiri. Asyik isteri yang siapkan bekal suami, kali ini apa salahnya kalau Ian buatkan untuk Malaiqa. It's like a surprise for her," ujar Ian. Dia menanggalkan apron di tubuh.

"Oh, dah pandai buat surprise sekarang," usik Ku Kaf dengan gelengan kepala.

"Orang ada bini ayahanda, kenalah pandai buat benda yang kita tak pandai sebelum ini," kata Ian. Dia mencubit sedikit roti di atas meja.

"Untunglah. Ayahanda tak ada."

"Ayahanda pleaselah." Ian mengeluh panjang. Agak-agaklah nak bergurau pun.

Ku Kaf tergelak kecil. Sengaja dia ingin mengusik anaknya itu pagi-pagi.

Bibik turut tersenyum dengan telatah anak beranak.

"Bik, nanti panggil Dilan dengan Qas turun. Suruh diorang makan sekali sini," arah Ku Kaf kepada bibik yang dari tadi memerhati mereka berdua.

"Baik Ku." Bibik terus berlari anak ke tingkat atas untuk mencari majikannya.

"Ian, makan sekali." Kali ini, Ku Kaf mencari sosok anaknya. Sudah lama mereka sekeluarga tidak berkumpul bersama.

"No, it's fine. Ian nak siap-siap pergi akademi lepas itu terus nak hantar bekal ini ke Malaiqa," tolak Ian. Dia tidak sudi untuk makan sekali dengan orang-orang yang telah menghina dirinya.

•••

Dia menanggalkan helmet daripada kepala. Cermin sisi ditarik, rambut yang berserabai sana sini dirapikan. Nak jumpa buah hati, kenalah pastikan diri itu sempurna.

Usai itu jaket hitam ditanggalkan daripada tubuh. Bekal Alessandra dibawa bersama melangkah ke dalam agensi X.

Jejak sahaja ke lantai pejabat Alessandra, dia mula bersiul nakal. Entah apalah yang dia gembira sangat.

Alessandra ralit menyusun segala fail di atas almari. Sudah lama dia duduk di sini, barulah ada kesempatan untuk mengemas. Dia mengeluh apabila fail yang terlalu tinggi itu susah untuk dicapai. Dia memang tinggi, tapi tak cukup tinggi untuk fail itu.

Nak taknak, dia kena usahakan juga. Terpaksalah dia menjengket untuk mencapai fail tersebut. Entah macam mana fail itu bergoyang dengan hebat dan bila-bila masa boleh jatuh menimpa tanah.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt